“Baju Syafinaz malam ini sangat tidak sesuai” – net1zen perasan ada benda yang tak kena pada juri tetap GV9 - Menujukebenaran
Uncategorized

“Baju Syafinaz malam ini sangat tidak sesuai” – net1zen perasan ada benda yang tak kena pada juri tetap GV9

SHAH ALAM – Penampilan juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat pada konsert suku akhir malam ini dilabel sebagai mencol0k mata dan tidak sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Pada konsert malam ini, Syafinaz dilihat memakai busana yang menggunakan material kain net sehingga seolah-olah menampakkan kulitnya pada bahagian dada dan lengannya.

Rata-rata netizen berpendapat pakaian sebegitu tidak seharusnya dipakai dalam sebuah program yang ditonton oleh seluruh lapisan umum.

“Baju Syafinaz malam ini sangat tidak sesuai,” komen netizen.

“Tiada sesiapa ke nak tegur baju Syafinaz agak s3ksi untuk konsert GV9 pada malam ini?” ciap seorang lagi netizen

Tangkap layar komen netizen berhubung baju Syafinaz Selamat pada malam konsert suku akhir, GV9.

Sebelum ini, penampilan Syafinaz sering meraih pujian ramai pada setiap konsert kerana kerap tampil dengan busana anggun dan unik.

Asheed Tiada Rezeki Ke Semi Final Selepas Raih 58.60%, Shila Amzah Meroket Dengan 85.30%! Ini Nilai Markah Semuanya

Penyanyi Asheed (Def Gab C) diumumkan sebagai bintang yang tersingkir dalam saingan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) minggu suku akhir sekaligus gagal melangkah ke peringkat seterusnya.

Asheed yang menyampaikan lagu Lena Diulit Intan yang dipopularkan oleh Wings hanya memperoleh 58.60 peratus markah, menduduki tempat yang paling rendah minggu ini.

Sementara itu, persembahan bertenaga Shila Amzah ketika menyampaikan lagu Survivor dari Destiny’s Child berjaya meraih markah tertinggi iaitu sebanyak 85.30 peratus.

Hazrul Nizam dan Jaclyn Victor masing-masing menduduki kedudukan ketiga dan keempat dengan 81 peratus dan 80.50 peratus.

Berikut kedudukan markah kesemua bintang bertanding minggu ini;

Saya Mahu Mendengar Komen,” – Asheed Berlapang Dada Tersingkir GV9, Tak Rugi Cari Ilmu

Dalam perkembangan yang lain, Penyanyi dan vokalis kumpulan Def Gab C, Asheed berlapang dada selepas namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir sekaligus gagal lolos ke saingan separuh akhir Gegar Vaganza 9 (GV9), minggu hadapan.

Menurut Asheed atau nama sebenarnya, Mohd Ashid Ahmad, 49, berkata dia berpuas hati dengan persembahannya menerusi program realiti hiburan itu.

“Saya ambil peluang untuk sertai GV kerana sebelum ini jarang orang beri komen terhadap nyanyian saya. Orang puji, kata suara sedap suara unik apa semua, tapi tak ada yang komen. Jadi saya mahu mendengar (juri) komen.

“Itulah yang saya mahu, dan saya puas hati. Berjaya sampai ke minggu ke sembilan ini pun, alhamdulillah. Banyak juga ilmu yang dapat” katanya kepada MH.

“Saya Mahu Mendengar Komen,”  Asheed Berlapang Dada Tersingkir GV9, Tak Rugi Cari Ilmu“Saya Mahu Mendengar Komen,” – Asheed Berlapang Dada Tersingkir GV9, Tak Rugi Cari Ilmu

Ditanya apa kelemahan paling diingati yang dimaklumkan pihak juri kepadanya, Asheed mengakui dia tidak pernah lelah untuk terus belajar dalam bidang yang diminatinya ini.

“Macam contoh sebelum ini saya menyanyikan lagu Bahasa Inggeris, ada teguran membina daripada juri, macam tadi pun ada. Bunda (Hetty Koes Endang) menyentuh mengenai penghayatan saya yang kurang.

“Walau tahun depan umur saya 50 tahun, tidak semestinya saya tak boleh belajar. Mungkin pada masa akan datang rezeki saya akan cerah, siapa tahu.

“Contohnya buat lagu, meletup balik macam dahulu. Jadi untuk hal berkaitan ilmu ini, tak rugi kalau kita belajar,” katanya yang turut akui resam pertandingan, pasti akan ada yang tidak bernasib baik.

 

Kredit:MH/kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button