Uncategorized

Ebit Lew Bantu Ibu Tunggal Cantik Umur 23 Tahun Tapi Netizen Komen Benda Lain Pula

Pendakwah bebas Ebit Lew baru-baru ini menghadiahkan seorang ibu tunggal yang bekerja dalam servis penghantaran makanan dengan sebuah motosikal.

Menerusi hantaran Ebit di Instagram, ibu tunggal berusia 23 tahun itu mempunyai seorang anak dan menghantar makanan dengan berjalan kaki untuk menyara hidup.

“Terjumpa adik emy kerja menghantar makanan dengan berjalan kaki panda walker. Juga pembantu sambilan sebuah restoren. Emi 23 tahun anak yatim dan ada anak seorang. Di area Kerinchi Lembah Pantai. Suami dah terpisah. Dalam proses mahkamah.

Terharu tengok adik ni muda lagi cari rezeki berjalan sana sini. Ujian adik sabarlah. Di usia muda dengan ujian begini. InsyaAllah disebalik ujian dan kesusahan kerana Allah sayang kita.

Katanya dah lama ingin jumpa saya. Hari-hari tengok ustaz suka tolong orang. Tiba-tiba Allah jumpakan disini.

Selalu doa nak jumpa. Jumpa pun syukur sangat. Tak sangka beri saya hadiah begini. Saya memang tengah kumpul duit nak cari rezeki beli motor untuk cari rezeki. Semoga Allah jaga adik jadi wanita yang solehah dan anak menjadi anak yang baik dan hebat” – Ebit Lew

Wanita yang mesra disapa sebagai Emi itu juga bekerja sambilan sebagai pembantu di sebuah restoran dan menetap di sebuah flat sekitar Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Ebit turut menulis di ruangan kapsyen menyatakan dia berasa terharu dengan ketabahan wanita itu dalam mencari rezeki.

“Cantik Pun Kena Tinggal” – Dibantu Ebit Lew Sebab Ibu Tunggal, Netizen Komen Hal Lain Pula

Terharu tengok adik ni muda lagi cari rezeki berjalan sana sini. Ujian adik sabarlah. Di usia muda dengan ujian begini. InsyaAllah disebalik ujian dan kesusahan kerana Allah sayang kita.”

RAMAI PULA TAWAR DIRI

Walau bagaimanapun, tinjauan ke ruangan komen menunjukkan rata-rata netizen memuji kecantikan Emi dan ada yang menawarkan diri untuk berkahwin dengan wanita berkenaan.

Dalam pada itu, ada juga yang menyuruh wanita itu supaya berkahwin baru kerana berasa kasihan dengan keadaan yang dihadapi.

Meninjau di ruangan komen lain pula, netizen turut mendoakan yang terbaik untuk gadis tersebut dan berharap ada lebih ramai pihak yang dapat menghulurkan bantuan. Dalam masa yang sama, rata-rata netizen turut sama memuji kecantikannya yang dilihat sangat ayu dengan raut wajah yang manis.

“Lawa macam ni pun orang tak hargai. Bukan pakai filter, tu betul-betul.”

“Lawanya dia. Semoga ada insan yang baik terima dia sebagai isteri…”

“Muda lagi dan cantik pulak tu. Semoga jadi wanita dan seorang ibu yang kuat.”

“Sampai sanggup jadi walker allahuakbar. Mesti dia dah habis ikhtiar tapi demi anak naluri ibu tetap semangat untuk sesuap nasi…”

Sumber: HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *