Julia Farhana buat laporan polis dedah jadi mangsa fitnah Lufya Omar. Rupanya ini hubungan beliau dengan Dr Che Hafiz

SELEPAS bekas suami Lufya Omar mendakwa menjadi mangsa fitnah pelakon berkenaan, aktres Julia Farhana turut berkongsi perkara serupa sekali gus mendedahkan dia adalah tunang kepada Dr Che Hafiz.
Julia atau Julia Farhana Marin, 28, berkata, ekoran berdepan fitnah Lufya dia terpaksa membuat laporan polis bagi mempertahankankan dirinya.
“Kenapa bila dah dekat tarikh perkahwinan baru terjadi semua ini?
“Saya buat laporan plis kerana sahabat dan rakan kongsi perniagaan saya diganggu dengan gambar-gambar saya di tempat awam berserta pelbagai fitnah.
Fitnah besar (berbukti) bahawa saya melakukan sesuatu yang salah di sisi undang-undang. Itu tujuan laporan polis dibuat,” katanya.

Julia mendakwa dirinya jadi mangsa fitnah.
Julia berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya berserta salinan laporan polis bertarikh 7 November 2022 serta paparan tangkap layar perbualannya bersama seseorang dipercayai Lufya.
Dalam pada itu, Julia memberitahu dia pernah cuba berbincang dengan Ludya namun tindakan itu tidak berakhir dengan baik malah difitnah dengan tuduhan tidak berasas.
Meskipun Dr Che Hafiz menasihati agar tidak berhubung dengan Lufya namun dia tetap berdegil kerana menghormati pelakon itu sebagai ibu kepada anak bakal suaminya.
“Berkali-kali bakal suami nasihatkan supaya jangan berhubung dengannya. Saya degil. Saya respon sebab apa? Sebab nak hormati dia dan buka peluang untuknya berbincang dengan saya sekiranya diperlukan.
Saya terima masa lalu bakal suami saya. Niat saya mudah, saya nak berbaik. JULIA FARHANA PELAKON
“Saya tiada masalah kalau nak berbincang, bagaimanapun saya dihina. tunang saya terima fitnah dan hinaan tentang saya. Namun saya masih kata tidak mengapa. Mungkin dia salah faham. Sekarang, secara umum?,” jelasnya.
Berkongsi kekecewaan tersebut, Julia berkata, dia enggan masuk campur dalam kemelut melibatkan Dr Che Hafiz dan Lufya namun keadaan menjadi keruh apabila namanya turut dikaitkan sama.
“Saya tak ada niat untuk terbabit dalam masalah ini. Saya terima masa lalu bakal suami saya. Niat saya mudah, saya nak berbaik tetapi dibalas sebegini.
“Saya adalah orang yang waras dan saya nak kembali kepada kehidupan peribadi saya,” katanya.
Terdahulu BEKAS suami kepada pelakon Lufya Omar iaitu Dr Che Hafiz menyangkal dakwaan dia tidak memberi nafkah kepada anak tunggal mereka sejak bercerai pada Julai 2020.
Dr Che Hafiz atau Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, berkata, dia mempunyai semua bukti dan meminta Lufya tidak menggunakan media sosial sebagai medium menyebarkan dakwaan tidak benar.
“Soal isu pemberian nafkah anak, saya sebagai seorang bapa kandung sudah pasti tahu akan tanggungjawab dan tidak mengabaikan anak sendiri.
“Saya ada bukti kukuh untuk diberikan kepada mahkamah. Jadi saya harap Lufya gunakan saluran yang betul dan bukan jadi bersikap seperti budak-budak melepaskan perasaan di media sosial dan menimbulkan spekulasi tidak benar,” katanya.
Hafiz meluahkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya serta memuat naik foto salinan laporan polis bertarikh 7 November 2022.
Laporan polis tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan kenyataan berbaur fitnah dikeluarkan Lufya terhadapnya.
Dalam pada itu, Dr Che Hafiz menyifatkan tindakan Lufya sebagai melampau meskipun mereka pernah berbincang jalan terbaik menyelesaikan semua kemelut melibatkan mereka berdua sebelum ini.
“Saya jaga aib dia selama ini dan rasa tidak perlu dedahkan kerana dia bukan lagi isteri saya. Dia sudah melampau dan saya harap dia dapat gunakan saluran tepat bagi menyelesaikan isu yang timbul.
“Saya dan bakal isteri cuma nak cari jalan penyelesaian yang baik untuk Haura dan sudah cuba terbaik berbincang dengannya tetapi ditolak malah dibalas pula dengan kata-kata kurang sopan serta fitnah,” jelasnya.
Lufya sebelum ini mendakwa bekas suami culas membayar nafkah anak mereka.
Sementara itu, Dr Che Hafiz turut mendakwa kenyataan yang pernah dikeluarkan Lufya sebelum ini juga adalah tidak benar.
“Saya tidak hairan jika Lufya sanggup berbohong membuat kenyataan palsu berunsur fitnah kepada masyarakat.
“Apa sahaja kenyataan dikeluarkan dia adalah tidak benar sama sekali dan sudah diubah mengikut kehendaknya,” jelasnya.
Untuk rekod, Lufya dan Cr Che Hafi mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia lima tahun.
Bagaimanapun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam, Selangor.
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: