"Saya malu kalau anak tau perangai saya..” Tiktoker yg Baru Kematian Suami Mohon Pegawai Agama Senyap² je - Menujukebenaran
Uncategorized

“Saya malu kalau anak tau perangai saya..” Tiktoker yg Baru Kematian Suami Mohon Pegawai Agama Senyap² je

Saya malu berjumpa anak kalau mereka tahu saya kena tangkap khalwat,” itu luahan seorang wanita yang juga merupakan tiktoker tegar berusia 43 tahun sejurus ditahan bersama pasangan lelakinya oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam kerana disyaki berkhalwat.

          

Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa) berkata, pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988 kerana disyaki berkurung sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.

Beliau berkata, wanita itu sepatutnya mendidik tiga anak perempuannya selepas kematian suami, malah tidak sepatutnya melakukan perbuatan tidak bermoral itu kerana boleh mengundang malu kepada keluarganya.

“Mereka dibawa ke Balai Polis untuk dibuat laporan tangkapan dan dibawa ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan,” katanya.

Dalam serbuan berasingan di rumah tumpangan di sini, seorang wanita yang berstatus isteri orang beranak dua dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki berstatus duda anak tiga.

Pasangan masing-masing berusia 23 dan 31 tahun itu ditahan ketika berdua-duaan dalam sebuah bilik di rumah tumpangan berkenaan sambil memberi alasan mahu berbincang berhubung masalah peribadi masing-masing.

Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa baru berpisah dengan isteri keduanya pada Disember lalu dan berhasrat mahu berkahwin dengan pasangannya itu yang mendakwa dalam proses bercerai dengan suami.

“Kami hanya mengambil keterangan mereka untuk membantu siasatan sebelum kes dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah kerana kesalahan berkhalwat,” katanya.

Mengikut seksyen itu, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Katanya, pihaknya meneruskan operasi berkala di hotel murah atau rumah tumpangan di bandar raya ini selain operasi di daerah dalam membanteras kegiatanm aksiat dalam kalangan muda-mudi.

 

Kredit: topnews via KRT page

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button