Penampilan terkini Syamsul Yusoff tarik perhatian ramai, akhirnya netizen perasan sesuatu yang tak disangka

Penampilan baharu pelakon dan pengarah terkenal Malaysia menjadi perhatian warganet kerana beliau memuat naik satu gambar di Inst4.gramnya semalam yang seakan-akan dengan pelakon luar negara.
Syamsul Yusoff tampil dengan sut serba hitam dan rambut panjangnya disisikan kebelakang dengan rapi dengan menangkap gambar dirinya dihadapan cermin dengan bergaya.
Beliau tampil dengan gaya lain dari dirinya yang sebelum ini yang menampakkan beliau kelihatan smart dan stylo.
Macam J0hn Wick Atau Genji?
Rata-rata peminatnya memberi komen yang mengatakan beliau seolah-olah macam John Wick, ada yang mengatakan macam Genji iaitu pelakon Jepun.

Peminatnya memberi komen terhadap penampilannya dan memberi resp0n yang baik terhadap dirinya.
Sekadar info, Syamsul Yusoff atau nama sebenar Mohd Syamsul Mohd Yusof merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis, penerbit, dan penyanyi Malaysia.
Beliau terkenal menerusi filem-filem bergenre aksi dan seram sehingga berjaya mencipta rekod sebagai Pengarah Terbaik paling muda pernah memenangi anugerah Festival Filem Malaysia ke-23 iaitu pada usia 25 tahun.
Beliau ialah anak kepada pengarah ters0hor negara yang pernah mendapat jolokan Six Million Dollar Man, Datuk Yusof Haslam.
Terdahulu,Pelakon dan pengarah tersohor, Syamsul Yusof tampil mendedahkan sisi lain kehidupannya yang jarang dipaparkan kepada umum.
Berdasarkan sebuah perkongsian di TikTok miliknya, Syamsul dilihat sedang bergiat aktif mengusahakan ladang dusun durian jenis mahal iaitu Musang King.
“Melawat ladang… Mudah-mudahan Allah SWT izin,” tulisnya beserta tanda pagar musang king.
“Bijak Guna Duit Beli Tanah, Bukan Main Saham” – Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat suami kepada pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana menceburi bidang baharu selain daripada kehandalannya dalam mengarah filem.
Malah, ada juga dalam kalangan pengikutnya yang kagum dan memuji tindakan Syamsul kerana melaburkan wangnya dengan menjadi seorang petani.
“Pelaburan bijak demi masa depan” – Netizen
“Alhamdulillah..akak pun cita2 nak ada kebun..seronoknya..beruntung Allah izin dan beri pada adik”
Difahamkan ladang dusun durian selebriti ini terletak di Jelebu, Negeri Sembilan.
VIDEO boleh ke Tiktok Syamsul Yusoff @syamsulyusoffilm
Sumber : XTRA
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: