Ramai komen kata Datuk Shafinaz terlebih sporting di GV9, sekali ini respon Tok Naz - Menujukebenaran
Uncategorized

Ramai komen kata Datuk Shafinaz terlebih sporting di GV9, sekali ini respon Tok Naz

Guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat mengakui dia selesa dengan warga kerja Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) sehingga ada yang menyifatkan dirinya ‘extra sporting’ ketika berada di posisi juri bagi musim kali ini.

Syafinaz, 49, berkata dia juga senang bekerja dengan hos program tersebut, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

 

“Saya hanya jadi diri sendiri. Cuma saya mungkin lebih relak sebab Nabil dan Elly Mazlein. Saya rasa selesa dengan mereka. Jadi bila saya sudah selesa, saya pun akan ‘naik gila’ juga.

“Mungkin ramai orang tak percaya. Dulu-dulu saya ada cakap saya ni seorang yang gila-gila. Hanya orang yang rapat sahaja yang tahu saya jenis yang bagaimana. Tak kenal maka tak cinta.

“Kalau nak kata ‘extra sporting’ musim kali ini, mungkin kerana saya sudah selesalah. Begitu juga dengan barisan juri, memandangkan sudah terbiasa kerja dengan mereka juga sebelum ini,” katanya kepada MH.

Syafinaz yang sinonim menerusi lagu Ingin Bersamamu turut mengulas mengenai pendekatannya di dalam memberikan komen infotmatif dalam soal teknik vokal kepada para peserta.

“Kalau anda melihat cara saya beri komen sama sahaja. Cuma bezanya ialah jenis pertandingan. Macam sekarang, ia GV. Jadi kita akan bercakap dengan mereka yang sudah biasa menyanyi.

“Ia berbeza macam contoh seperti Big Stage atau Bintang RTM yang mana pesertanya terdiri daripada mereka yang masih baharu nak menyanyi. Jadi cara bercakap itu berbeza.

“Malah ada juga pertandingan yang mempunyai cikgu vokal sendiri. Jadi bila saya beri komen itu, ia sebenarnya adalah untuk cikgu vokal itu juga. Bila dia mendengar, mungkin ada yang boleh diperbaiki,” katanya lagi.

 

Saya mahu hidup yang gembira tanpa memerlukan nasihat daripada orang lain tentang apa yang perlu saya lakukan. Kalau suka, ikut. Kalau tak suka, ‘just swipe’ (abaikan)”.

Demikian tegas juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat ketika menjawab soalan tentang penampilannya pada malam tadi yang dilabel segelintir netizen sebagai mencolok mata dan tidak sesuai untuk tontonan umum.

Mempertahankan penampilannya yang dikatakan ‘keterlaluan’pada konsert suku akhir GV9, Syafinaz yang juga guru vokal itu menjelaskan itulah imejnya sejak dahulu lagi.

“Dari dahulu sampai sekarang, inilah saya. Usia saya bakal mencecah 50 tahun pada tahun hadapan. Saya tidak mahu hidup saya dikongkong oleh orang lain.

“Jadi kalau anda suka dan gembira dengan saya, ikutlah. Tapi kalau anda tidak gembira (dengan penampilannya), abaikan.

“Semuanya pilihan kita sendiri. Nak komen pun jika perlu sahaja. Kalau rasa tak nak komen, jangan komen apa-apa,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, Syafinaz turut menasihati masyarakat supaya tidak memeningkan kepala untuk memberi komen terhadap sesiapa sahaja di dunia ini.

“Kenapa awak perlu susahkan hati dan minta? Saya tidak rasa Tuhan kata awak perlu komen semua orang dalam dunia ini.

“Jalani kehidupan anda sendiri. Saya tidak kacau awak, awak jangan kacau saya,” katanya.

Bercakap tentang penampilan dan gaya fesyennya yang sering mencuri tumpuan netizen setiap konsert mingguan GV9, Syafinaz menjelaskan, dia hanya dibantu pasukan yang dipercayai dan selesa bekerjasama.

“Mereka (pasukan tatarias) tahu dan lebih teruja berbanding saya setiap minggu. Saya hanya akan luluskan apa yang saya mahu.

“Pada saya, kita perlu berfesyen tapi jangan jadi hamba fesyen. Jangan buat benda yang menyebabkan kita nampak buruk,” katanya.

Terdahulu, penampilan Syafinaz pada konsert minggu kesembilan, GV9 pada Ahad menuai kritikan segelintir netizen apabila dikatakan seksi dan tidak sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

Syafinaz dilihat memakai busana yang menggunakan material kain net, sehingga seolah-olah menampakkan kulit pada bahagian dada dan lengannya.

Rata-rata netizen berpendapat pakaian sebegitu tidak seharusnya dipakai dalam sebuah program yang ditonton seluruh lapisan usia.

Sumber: MH, KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button