Uncategorized

“Berlakon Jujur Bukan Kejar Glamor” – Nafi Cekik Reen Rahim Di Set, Fezrul Khan Dah Serlk Berlakon Sama

Baru-baru ini, pelakon Reen Rahim ada meluahkan rasa kesal kerana telah dicekik oleh seorang pelakon senior ketika menjalani penggambaran sebuah filem bergenre seram.

Kata Reen yang ditemui program hiburan Melodi, dia sudah terlibat dalam bidang lakonan selama 11 tahun dan ini merupakan kali pertama dia mengalami insiden seperti itu.

Jelasnya, pelakon senior yang tidak disebut namanya itu telah bertindak mencekiknya sehingga menyebabkan dia berasa seperti hendak pengsan ketika di set.

Sebenarnya babak itu tidak sepatutnya di lakonkan betul-betul sehinggakan saya ‘hilang’ sekejap. Babak apa semua tu saya tak nak cakap, nanti anda boleh cari sendiri, tak nak panjang-panjang cerita.

Engkau bukan pelakon baru pun mestilah tahu skill. Berlakon je lah tak payah buat betul-betul. Sebab saya dah nak pengsan dah masa tu. Dekat situ yang saya nampak, dia tak rasa benda tu real.

Berikutan itu, pelakon Fezrul Khan berasa terpanggil untuk menjawab dakwaan itu dan turut memuat naik babak yang dikatakan ‘mencekik’ Reen di TikTok miliknya.

 

boleh tengok dan nilai kan. Kalau belajar Jujitsu pun, anda tak boleh cekik dengan hanya menggunakan sebelah tangan saja. Tanyalah teman lelaki awak yang stuntman tu.

Bila director cut, awak boleh jerit dekat saya? Saya dah berlakon lebih 20 tahun tau.

Dia dalam pada itu menegaskan untuk tidak akan berlakon lagi dengan Reen Rahim kerana merasakan aktres itu perlu berlakon dengan jujur bukan semata-mata mahu mengejar glamor.

Dalam pada itu, Reen Rahim luluh apabila melihat keadaan rumah ibu bapanya yang bocor dilimpahi air selain pokok kepala di halaman rumah tumbang akibat angin kuat.

Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berkata, dia sudah menyimpan hasrat untuk menaik taraf rumah tersebut namun tidak menyangka kejadian itu menimpa keluarganya.

“Allahuakbar, hancurnya hati… niat tahun ini memang simpan duit sebab nak renovate rumah Umi sebab paling takut jadi macam ini,” katanya.

Reen berkongsi mengenai keadaan rumah ibu bapanya di Instagram pada Khamis.

Air menitis dalam rumah ibu bapa Reen Rahim.

Air menitis dalam rumah ibu bapa Reen Rahim.

Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat air menitis memasuki rumahnya di beberapa bahagian seperti ruang tamu dan dapur.

Tidak hanya itu, rumah ibu bapa pelakon berkenaan juga hampor dihempap pokok kelapa yang tumbang akibat angin kuat.

Dalam pada itu, Reen memberitahu kejadian tersebut akan membuatkan dia berazam untuk bekerja lebih keras bagi mengumpul wang membaiki rumah tersebut.

“Sudah tertulis jadi macam ini, mungkin ini buatkan saya lagi nak kerja kuat simpan duit untuk buat rumah Umi elok-elok. Doakan Umi dan abah kuat okay.

“Patut hari ini Reen bawa mereka jalan-jalan tapi confirm balik ni Reen kena ‘bersilat’ kemas rumah,” katanya lagi.

Reen Rahim bersama ibu bapanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian dan simpati peminat yang mendoakan agar urusan keluarganya tersebut dipermudahkan.

“Allah uji, Allah sayang… semoga Reen sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

“Tidak mengapa Reen. Nanti Allah buka jalan rezeki untuk dapat lebih baik. Allah nak bagi lagi, dia akan bagi ujian lain dulu,” antara komen netizen.

Klik link dibawah untuk video

VIDEO

Terdahulu,REEN RAHIM TERIMA KECAMAN & KOMEN LUCAH

Pelakon Reen Rahim menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini ada memuat naik fotonya dimana dia dilihat memakai baju berwarna ‘peach’ dan seluar merah jambu.

Bagaimanapun, foto yang dikongsikan pelakon itu menimbulkan rasa kurang senang pengguna laman sosial apatah lagi foto yang dipamerkan itu menampakkan celah kelangkangnya.

Malah, foto tersebut juga tidak terlapas daripada menerima kecaman serta komen nakal dan lucah daripada pengguna laman sosial.

Meskipun ramai yang mengkritik, namun ada segelintir mendoakan agar Reen diberikan hidayah serta berpakaian menutup aurat suatu hari nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Sumber: Beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *