‘Haritu Qistina…’- Usia 15, Giliran Chombi jawab isu ‘try hard’ jadi dewasa - Menujukebenaran
Uncategorized

‘Haritu Qistina…’- Usia 15, Giliran Chombi jawab isu ‘try hard’ jadi dewasa

Penyanyi Chombi kini semakin menjadi sorotan ramai di media sosial. Ternyata lagu terbaharunya berjudul Sayunk I Love You berjaya memikat hati pendengar sehingga di pelbagai platform lagu ini antara yang menjadi perbualan ramai.

Seperti diketahui umum, Chombi atau nama sebenarnya Siti Maryam Ahmad Sairi merupakan anak kepada penyanyi, Harry Khalifah atau mesra disapa Apak. Berusia 15 tahun, Chombi sering dipuji ramai kerana dilihat matang berbanding usia. Meskipun begitu, nampaknya Chombi juga tidak dapat lari daripada terpalit isu usia yang dikatakan try hard untuk menjadi dewasa.

Menerusi mStar, Chombi bagaimanapun tampil meluahkan perasaan kesalnya terhadap isu tersebut selepas ditemubual. ‘Saya ada baca komen-komen daripada kalangan netizen… cuma saya ambil positif tentang hal itu, yang negatif saya tolak tepi sebab nanti akan selalu terfikir saja. Walaupun saya baru berusia 15 tahun tapi kebanyakan kawan semuanya berusia 20 tahun keatas, lagipun saya tidak ramai kawan yang sama umur dengan saya, memang terbiasa dengan perangai dewasa.

‘Saya memang ada sedikit terasa hati bila ada yang komen macam tu, lagi pun apa salahnya kami yang berusia 15 tahun ni, saya tak kacau orang pun,’ katanya kepada mStar.

Ternyata luahan Chombi itu mendapat perhatian ramai yang turut bengang dengan tindakan mempertikaikan usianya malah sebelum ini, pelakon Qistina Raisah juga terpalit isu yang sama.

‘Jadi dewasa pun salah eh’

    

Terdahulu, Harry Khalifah yang merupakan bapanya telah memuat naik video penyanyi itu membuat susu di dapur menerusi platform TikTok, sekali gus meraih perhatian ramai kaum lelaki.

Susulan perkara itu, Harry atau lebih mesra disapa sebagai Apak tampil memberi respons selepas menerima banyak komen yang menawarkan diri mereka untuk menjadi menantunya.

Menurut Apak, dia sentiasa bersifat terbuka untuk menerima kedatangan seorang lelaki yang ingin melamar anak kesayangannya itu.

Namun, dia tetap akan melindungi dan mengawasi anaknya buat masa kini kerana usianya yang masih berumur 15 tahun.

“Sebagai bapa, saya akan protect dia sebab dia masih lagi di bawah umur, masih 15 tahun. Kalau orang nak berkawan pun tiada masalah. Bab melamar kalau nak ikut dari segi pemilihan tu saya tak kisah, saya seorang yang terbuka.

“Kalau dia datang dan boleh jaga anak saya boleh pimpin dia dah cukup tapi jangan dipukul anak saya, sebab saya tak pernah pukul dan jentik anak saya.

“Sebab saya awasi Chombi 24jam. Kalau saya takda, ada orang lain yang akan jaga dia dan lindungi dia.

“Saya pun nasihatkan dia juga, macam mana pun dia masih 15 tahun. Selagi dia belum berkahwin dia di bawah jagaan saya sepenuhnya,” kata Apak.

Dalam pada itu, Chombi juga menyatakan dia sentiasa akan memaklumkan kepada ibu bapanya sekiranya ada lelaki yang ingin mendekatinya.

“Saya akan bagitahu ayah tak pun mommy sebab walaupun saya rapat dengan ayah, saya bagi tahu mommy dulu sebab ayah ni garang. Saya takut,” kata Chombi.

Dalam perkembangan lain, Apak turut menyatakan dirinya akan menghasilkan pelbagai genre lagu yang berbeza buat anaknya, Chombi selepas single Sayunk I Love You itu berjaya menarik perhatian pendengar.

“Sebagai pencipta lagu saya tidak pernah fokus pada satu genre. Sebelum ini lagu Chombi yang Rindu-Rindu genre dia bukan macam ni.

“Mungkin untuk next single dia saya kalau boleh saya nak lain sikit daripada lagu Sayunk I Love You. Mungkin lepas ni kita boleh buat lagu rock ikut seperti saya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Chombi meluahkan rasa teruja apabila single keduanya Sayunk ILove You kini mendapat sambutan luar biasa biarpun baru tiga minggu dilancarkan.

Lebih membanggakan, lagu ciptaan bapanya dan lirik oleh Ajim Maze ini sedang menduduki carta t.rending nombor dua di laman Youtube dan tular di aplikasi TikTok.

Masa awal lancarkan lagu ini saya rasa kurang yakin dan langsung tak berharap tentang sambutan pendengar.

“Tapi tak sangka pula sekarang dah berjaya menduduki carta teratas di pelbagai p.latform,” kata Chombi lagi.

Chombi sebelum ini dikenali dengan lagu Rindu-Rindu dan berjaya mendapat hampir 6 j.uta tontonan di Youtube.

Muzik video Sayunk I LoveYou kini boleh ditonton di YouTube melalui saluran Padu Records dan boleh didengari di semua platform penst.riman digital.

Biodata Chombi, Penyanyi Lagu Rindu Rindu (Anak Harry Khalifah)

Siapa Chombi? Siti Maryam Ahmad Sairi atau nama popularnya, Chombi merupakan seorang penyanyi wanita remaja Malaysia.

Beliau mula dikenali umum selepas kemunculan single sulungnya yang berjudul ‘Rindu Rindu’.

Biodata / Profile / Latar Belakang

Pemilik nama penuh Siti Maryam Ahmad Sairi.
Menggunakan nama pentas, Chombi.

Berumur 13 tahun (2020).

Anak kedua daripada tujuh orang adik-beradik.

Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi.

Merupakan anak kepada Harry Khalifah yang juga dikenali umum sebagai Apak, seorang penyanyi dan komposer terkemuka.

Adiknya, Mizan Harry Khalifah juga bergiat sebagai penyanyi yang meledak menerusi single Keluhan Hati dan Ayah Ibu.

Laman sosial Instagramnya, @sitimaryam_chombi sehingga kini mencatatkan lebih 237,000 pengikut.

Fakta Menarik

Meletup menerusi lagu Rindu Rindu.

‘Rindu Rindu’ yang melonjakkan namanya merupakan sebuah karya ciptaan bapanya sendiri iaitu Harry Khalifah.

Video muzik ‘Rindu Rindu’ sehingga kini telah mencapai lebih tiga juta tontonan di laman YouTube sejak dikongsi hampir tujuh bulan lalu.

Dikatakan ramai sebagai seorang yang mempunyai raut wajah yang matang.

Pernah digoda di Instagram oleh lelaki-lelaki bujang, termasuk yang sudah berkahwin, namun ditolaknya secara baik dengan alasan masih bersekolah dan berada di bawah umur.

Chombi anak Apak Khalifah pula jadi penyanyi… umur baru 13 tahun, tapi ramai nak ‘try’

Kredit : Kosmo/IG

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button