Selalu Tampil Dgn Imej S3ksi, Akhirnya Ini Tindakan Datuk Syafinaz Kali Ni Buat Peminat Doakan Dia Diberi Pahala Berganda

Beberapa video Datuk Syafinaz Selamat mengajar teknik pernafasan yang betul buat qari dan qariah dalam satu kelas tarannum baru-baru ini sememangnya menarik perhatian ramai.
Biasanya, kita sering lihat selebriti yang juga pensyarah muzik ini menjadi juri dalam pertandingan nyanyian, namun tidak sangka beliau turut terlibat dalam kelas bacaan al-Quran buat para qari dan qariah.
Bersungguh curah ilmu
Dalam satu video yang dikongsikan peminat beliau di akaun TikTok, dapat dilihat Datuk Syafinaz dengan bersungguh-sungguh mengajar teknik pernafasan yang betul buat peserta yang mengikuti begkel tersebut.
Menerusi video itu, qariah berkenaan telah mengikuti saranan guru vokal terbabit dan bacaan tarannumnya terdengar lebih baik.
Banyak pahala Tok Naz bertahun2 mengajar
Perkongsian daripada akaun @syafinazselamat.fans itu berjaya menarik perhatian ramai dan kebanyakan mereka meninggalkan komen dengan memuji ilmu yang diperoleh diberikan kepada orang ramai tidak hanya kepada golongan penyanyi sahaja.
Mereka juga mendoakan agar Datuk Syafinaz mendapat pahala yang berganda-ganda kerana membantu para qari dan qariah memperbetulkan teknik pernafasan dalam tarannum mereka agar terdengar lebih baik dalam mengalunkan ayat suci al-Quran.

Semoga jadi asbab pahala jariah
Ilmu bermanfaat bukan untuk menyanyi je
Ustazah yang mengikuti bengkel di Akademik Tarannum Negeri Sembilan itu turut mengakui sangat berterima kasih dengan ilmu yang dicurahkan dan memberikan 5 bintang ke atas kelas kelolaan Datuk Syafinaz.
“Saya mahu hidup yang gembira tanpa memerlukan nasihat daripada orang lain tentang apa yang perlu saya lakukan. Kalau suka, ikut. Kalau tak suka, ‘just swipe’ (abaikan)”.
Demikian tegas juri tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Datuk Syafinaz Selamat ketika menjawab soalan tentang penampilannya pada malam tadi yang dilabel segelintir netizen sebagai mencolok mata dan tidak sesuai untuk tontonan umum.
Mempertahankan penampilannya yang dikatakan ‘keterlaluan’pada konsert suku akhir GV9, Syafinaz yang juga guru vokal itu menjelaskan itulah imejnya sejak dahulu lagi.
“Dari dahulu sampai sekarang, inilah saya. Usia saya bakal mencecah 50 tahun pada tahun hadapan. Saya tidak mahu hidup saya dikongkong oleh orang lain.
“Jadi kalau anda suka dan gembira dengan saya, ikutlah. Tapi kalau anda tidak gembira (dengan penampilannya), abaikan.
“Semuanya pilihan kita sendiri. Nak komen pun jika perlu sahaja. Kalau rasa tak nak komen, jangan komen apa-apa,” ujarnya kepada Kosmo! Online.
Pada masa sama, Syafinaz turut menasihati masyarakat supaya tidak memeningkan kepala untuk memberi komen terhadap sesiapa sahaja di dunia ini.
“Kenapa awak perlu susahkan hati dan minta? Saya tidak rasa Tuhan kata awak perlu komen semua orang dalam dunia ini.
“Jalani kehidupan anda sendiri. Saya tidak kacau awak, awak jangan kacau saya,” katanya.
Bercakap tentang penampilan dan gaya fesyennya yang sering mencuri tumpuan netizen setiap konsert mingguan GV9, Syafinaz menjelaskan, dia hanya dibantu pasukan yang dipercayai dan selesa bekerjasama.
“Mereka (pasukan tatarias) tahu dan lebih teruja berbanding saya setiap minggu. Saya hanya akan luluskan apa yang saya mahu.
“Pada saya, kita perlu berfesyen tapi jangan jadi hamba fesyen. Jangan buat benda yang menyebabkan kita nampak buruk,” katanya.
Terdahulu, penampilan Syafinaz pada konsert minggu kesembilan, GV9 pada Ahad menuai kritikan segelintir netizen apabila dikatakan seksi dan tidak sesuai untuk ditonton seisi keluarga.
Syafinaz dilihat memakai busana yang menggunakan material kain net, sehingga seolah-olah menampakkan kulit pada bahagian dada dan lengannya.
Rata-rata netizen berpendapat pakaian sebegitu tidak seharusnya dipakai dalam sebuah program yang ditonton seluruh lapisan usia.
“Baju Syafinaz malam ini sangat tidak sesuai,” komen netizen.
“Tiada sesiapa ke nak tegur baju Syafinaz agak s3ksi untuk konsert GV9 pada malam ini?” ciap seorang lagi netizen
Tangkap layar komen netizen berhubung baju Syafinaz Selamat pada malam konsert suku akhir, GV9.
Sebelum ini, penampilan Syafinaz sering meraih pujian ramai pada setiap konsert kerana kerap tampil dengan busana anggun dan unik.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Sumber: TikTok @syafinazselamat.fans