Lepas Je Rumah Keluarga Reen Rahim Di Naiki Air, Akhirnya Apa Yang Berlaku Dalam Suatu Bilik Buat Dia Rasa Pelik - Menujukebenaran
Uncategorized

Lepas Je Rumah Keluarga Reen Rahim Di Naiki Air, Akhirnya Apa Yang Berlaku Dalam Suatu Bilik Buat Dia Rasa Pelik

Kuala Lumpur: Pelakon Reen Rahim mengaku pelik dan terkejut apabila ruang solat yang sebelum ini menjadi bilik peribadinya berada dalam keadaan baik ketika rumah keluarganya di Klang, Selangor dimasuki air akibat hujan lebat, kelmarin.

Reen berkata, kebiasaannya bilik solat yang berada di tingkat atas akan dimasuki air setiap kali hujan lebat.

“Sebelum ini setiap kali hujan lebat bilik saya pasti akan dimasuki air daripada celahan dinding rumah kerana keadaan rumah yang tidak begitu baik.

“Tapi ketika saya nak kemas bilik solat semalam, saya dapati semuanya baik-baik saja. Kalau dulu tilam saya pasti sudah ada tompok air dan lantai akan basah,” katanya.

Bercerita mengenai kejadian rumah keluarganya yang dimasuki air daripada tingkat atas, Reen berkata, setiap orang kini perlu sentiasa bersiap sedia menghadapinya kerana tidak tahu apa yang bakal berlaku.

“Rumah keluarga tak pernah berdepan situasi banjir. Tapi kalau memang dah ditakdirkan rumah dimasuki air, tak perlu masuk daripada pintu depan pun.

“Ini kerana rumah keluarga saya dimasuki air daripada tingkat atas melalui beranda bilik utama. Disebabkan saliran air ditutup menyebabkan air bertakung dan masuk ke dalam rumah,” katanya.

Tambah Reen, dia memang berhajat untuk mengubah suai rumah keluarganya kerana struktur binaan yang tidak kemas, namun masih mengumpul duit untuk melaksanakannya.

“Saya memang sudah lama pasang niat nak ubah suai rumah keluarga saya tapi masih menyimpan duit lagi.

“Kalau boleh saya tak nak berhutang. Saya rancang nak mulakan proses ubah suai tahun ini kerana nak beri keselesaan kepada mereka,” katanya.

Terdahulu HATI Reen Rahim luluh apabila melihat keadaan rumah ibu bapanya yang bocor dilimpahi air selain pokok kepala di halaman rumah tumbang akibat angin kuat.

Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berkata, dia sudah menyimpan hasrat untuk menaik taraf rumah tersebut namun tidak menyangka kejadian itu menimpa keluarganya.

“Allahuakbar, hancurnya hati… niat tahun ini memang simpan duit sebab nak renovate rumah Umi sebab paling takut jadi macam ini,” katanya.

Reen berkongsi mengenai keadaan rumah ibu bapanya di Instagram pada Khamis.

Air menitis dalam rumah ibu bapa Reen Rahim.

Air menitis dalam rumah ibu bapa Reen Rahim.

Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat air menitis memasuki rumahnya di beberapa bahagian seperti ruang tamu dan dapur.

Tidak hanya itu, rumah ibu bapa pelakon berkenaan juga hampor dihempap pokok kelapa yang tumbang akibat angin kuat.

Dalam pada itu, Reen memberitahu kejadian tersebut akan membuatkan dia berazam untuk bekerja lebih keras bagi mengumpul wang membaiki rumah tersebut.

“Sudah tertulis jadi macam ini, mungkin ini buatkan saya lagi nak kerja kuat simpan duit untuk buat rumah Umi elok-elok. Doakan Umi dan abah kuat okay.

“Patut hari ini Reen bawa mereka jalan-jalan tapi confirm balik ni Reen kena ‘bersilat’ kemas rumah,” katanya lagi.

Reen Rahim bersama ibu bapanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian dan simpati peminat yang mendoakan agar urusan keluarganya tersebut dipermudahkan.

“Allah uji, Allah sayang… semoga Reen sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

“Tidak mengapa Reen. Nanti Allah buka jalan rezeki untuk dapat lebih baik. Allah nak bagi lagi, dia akan bagi ujian lain dulu,” antara komen netizen.

Klik link dibawah untuk video

VIDEO

Terdahulu,REEN RAHIM TERIMA KECAMAN & KOMEN LUCAH

Pelakon Reen Rahim menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini ada memuat naik fotonya dimana dia dilihat memakai baju berwarna ‘peach’ dan seluar merah jambu.

Bagaimanapun, foto yang dikongsikan pelakon itu menimbulkan rasa kurang senang pengguna laman sosial apatah lagi foto yang dipamerkan itu menampakkan celah kelangkangnya.

Malah, foto tersebut juga tidak terlapas daripada menerima kecaman serta komen nakal dan lucah daripada pengguna laman sosial.

Meskipun ramai yang mengkritik, namun ada segelintir mendoakan agar Reen diberikan hidayah serta berpakaian menutup aurat suatu hari nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button