“Kuat demi Yem dan Som,” – Bekas Suami Nad Zainal Dedah Keadaan Terkini Anak Lepas Tahu Keadaan Terkini Ibu Mereka

Bekas suami kepada Nad Zainal iaitu Muhammad Faliq Amiruddin dimaklumkan aktres itu sudah ditidurkan atas beberapa faktor antaranya untuk memperbaiki pernafasan.
Belum mempunyai kesempatan untuk melawat, Faliq bagaimanapun berkata dia ada bertemu dengan Nad di rumah dan ketika itu bekas isterinya kelihatan lemah.
“Saya dimaklumkan sekarang ini Nad dah ditidurkan atas beberapa faktor dan salah satunya nak bagi dia, perbaiki pernafasan dia.
Buat masa ini, saya melawat lagi dia di hospital.“Tapi sebelum ini, saya sempat la berjumpa dia sebelum dimasukkan ke hospital, which is di rumah dia.
Waktu itu pun saya tengok dia dalam keadaan lemah.
“Awalnya, saya tak tahu dia sakit apa sebab dia hanya beritahu ada gastrik saja dan dah pergi klinik.
Waktu itu yang saya datang melawat. Malam itu juga digegaskan ke hospital dengan ambulan,” katanya kepada Gempak.

Faliq turut memberitahu dia ada melawat dua orang anak mereka iaitu Fahad Ibrahim (Yem), 6, dan Budi Kalsom (Som), setahun yang kini dijaga oleh pembantu peribadi Nad buat sementara waktu.
Menurut Faliq, Fahad Ibrahim atau Yem seakan-akan memahami situasi memandangkan anak sulungnya itu melihat sendiri ibunya dibawa naik ambulan.
“Anak-anak okay, buat masa ini dibawah penjaga. Tapi saya ada juga melawat Yem dan Som.
Walaupun kami tidak duduk serumah, tapi saya tetap akan pastikan mereka dalam keadan baik.
“Mereka pun tak berapa faham sangat… cuma Yem la ada rasa-rasa sebab dia nampak mak dia masuk ambulans,” ujarnya.
Terdahulu, pelakon Ungku Ismail memaklumkan aktres Nad Zainal yang masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU) akibat paru-paru berdarah kini dalam keadaan kritikal.
Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015.
Pada awal September lalu, aktres berusia 32 tahun itu mengesahkan mereka sudah bercerai namun enggan berkongsi butiran selanjutnya.
Be.kas Suami Nad Zainal Turut Memuat Naik Di InstaSt0ry
Sementara itu, bekas suami Nad iaitu Faliq Amirudin turut memohon doa orang ramai agar bekas isterinya itu diberikan kesihatan yang baik dan kembali sihat.
Dalam entri yang ditulis menerusi Insta Story, Faliq menulis,
“Assalamualaikum, buat sesiapa yang mengenali kawan saya, @nad.zainal, dia dimasukkan ke dalam hospital dari malam tadi (Selasa).
“Sekarang dia ditidurkan atas beberapa faktor, mari kita sama-sama berdoa kepada Allah supaya dia diberikan kesihatan yang baik dan kembali sihat,” tulis Faliq.
Menerusi Insta Stories yang terbaru, Faliq juga berdoa semoga Nad terus kuat demi anak-anak, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun kini berada di bawah jagaannya.
“Awak kuat. Saya tahu. Kuat demi Yem dan Som,” tulisnya ringkas, sebentar tadi.
Untuk rekod,Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.
Sepanjang perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1.
Sumber : Astro Gempak, MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: