Sukar dihubungi, akhirnya wartawan dapat jawapan kenapa susah sangat nak temubual Hael Husaini

Penyanyi kacak Hael Husaini tampil menjawab dakwaan cuba untuk mengelak daripada ditemubual oleh media sejak kebelakangan ini.
Bercakap kepada Berita Harian, Hael menegaskan dia tidak pernah punyai masalah dengan wartawan ekoran tindakannya tidak membalas mesej atau menjawab panggilan.
Hakikatnya, Hael sebenarnya tidak mempunyai telefon bimbit sejak empat tahun lalu.

“Rakan wartawan masih kawan saya. Alasan kenapa sukar dihubungi kerana saya sudah empat tahun tidak mempunyai telefon bimbit.
“Saya juga jarang menggunakan media sosial. Segala kemas kini dalam media sosial diuruskan syarikat pengurusan. Jadi, sebarang urusan temubual juga diuruskan mereka.
“Saya selesa cara ini kerana mereka hanya memaklumkan perkara penting yang membabitkan soal kerja.
“Segala komen negatif juga akan tapis. Bukanlah nak kata saya kalis kecaman, tetapi saya seorang yang cepat runsing.
“Jadi, lebih baik saya tidak membaca atau mengambil tahu komen negatif. Saya mahu lebih fokus pada kerjaya,” katanya.
Dalam perkembangan terbaharu, Hael memaklumkan konsert sulungnya Hael Husaini Live In KL terpaksa ditangguhkan ke Februari tahun hadapan atas beberapa faktor teknikal.
Terdahulu,Khαbar angin mengatakan bahawa penyanyi dan komposer, Hael Husaini melakukan pembedαhan kosmetik ditepis oleh Hael sendiri.
Dαkwaan tersebut berlegαr dalam kalangan netizen susulan penampilan dirinya yang lebih segak dan berketrampilan berbanding sebelum ini.
Mengakui dirinya kini lebih menitik beratkan soal penampilan selari dengan kematangan usia, Hael, 34 hanya mampu tersenyum dengan dαkwaan tersebut.
“Pasal isµ ini, saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Reaksi saya, hanya senyum saja. Pada pandangan saya, makin kita meningkat tua semakin pandai kita menjaga diri,” jelasnya.
Menurut Hael, sekiranya ada yang membαndingkan dirinya yang dulu dan sekarang, Hael berterima kasih kepada mereka yang membantu mempersiapkan dirinya.
“Iyalah kalau nak ikutkan dahulu, mungkin saya tidak berapa bijak dalam penataan gaya, termasuk tidak ada ‘glam team’.
“Jadi sekarang ia banyak diuruskan oleh mereka yang profesional. Secara tak langsung mungkin ia kelihatan berbeza sedikit berbanding sebelum ini.
“Macam dulu, umpama saya sikat rambut dan pakai gel rambut sendiri, sekarang sudah ada pasukan yang siapkan. Jadi mungkin boleh dikatakan adalah perubαhan itu dari semasa ke semasa untuk saya tampil lebih yakin di depan kamera,” tambah Hael.
Jelasnya lagi, penampilan sebagai seorang artis perlu bagi memastikan penampilan diri tampak lebih bersedia.
“Bagi saya, ia antara kerja dan komitmen. Sebelum ini mungkin saya tidak pernah belajar. Ingatkan sebagai penyanyi hanya ‘berikan’ suara.
“Cuma bila saya perhαti dan belajar melihat selebriti terdahulu bagaimana mereka menjaga penampilan, sudah tiba masa untuk ambil inisiatif sama.
“Ambil berαt mengenai perkara sama atau apa sahaja yang melibatkan visual bila berada di hadapan peminat. Ada ketikanya saya bersiap sendiri sahaja. Itu kadang-kadang ada yang jadi dan tidak,” ujarnya sambil seloroh.
“Saya pun tidak juga bersandarkan kepada mana-mana rujukan. Lebih selesa tampil mengikut keselesaan dan apa yang sesuai sendiri,” tambahnya sambil mengakui faktor kejayaan seseorang penyanyi bergantung kepada pasukan yang bagus.
Sumber: HM online via gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: