Uncategorized

Penjual ni marah pelanggan akibat ditegur pegang lauk guna tangan… Bila kena sound balik terus dia buat benda ni

RAKAMAN video memaparkan seorang peniaga wanita yang menegur pelanggan di gerainya mengundang perhatian netizen sejak Khamis pagi.

Dalam video itu, peniaga berkenaan menegur seorang pelanggan wanita, dipercayai kerana memegang makanan yang dijual di gerai miliknya.

“Jangan pegang, jangan pegang. Sebab kita meniaga ni makanan kak. Ha akak elok-elok sikit perangai na,” ujar peniaga itu dalam nada sinis sambil membungkus makanan.

Kemudian, kedengaran suara seorang pelanggan wanita, menegur semula peniaga itu kerana nada yang dituturkannya agak kurang sopan.

“Tegur tak payah la cakap elok-elok perangai. Saya tahu la saya salah, tapi…” ujar pelanggan itu.

Terus tutup live

Video tersebut berakhir di situ kerana peniaga berkenaan menamatkan siaran langsung (live) sejurus ditegur semua pelanggannya.

Klik link dibawah untuk video 

VIDEO

Bagaimanapun, sedutan video berkenaan sempat dirakam semula seorang individu lain yang bertindak menularkannya menerusi laman TikTok pada Khamis pagi sehingga meraih lebih 116,000 tontonan.

Rata-rata netizen turut menyelar tindakan peniaga itu yang dianggap tidak beradab dalam menegur kesalahan pelanggannya.

“Nak pegang tak boleh? Tapi dia bercakap tak berhenti tu cofirm ke air liur tak bersembur? Kat mana dia berniaga ni?

“Part dia (peniaga) kena marah terus tutup kamera.

komwn1

Sebahagian netizen yang mengecam peniaga itu.

“Kalau kena kat aku, dia cakap macam tu, terus cancel yang aku order tu. Nak tegur customer, berbahasa sikit.

“Dia ni mask pun tak pakai, apron pun tak pakai, lagu mana tu?

“Mulut peniaga kena jaga kak oi,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, terdapat juga individu yang tidak menyalahkan peniaga berkenaan, sebaliknya setuju dengan teguran yang dibuat.

“Peniaga macam ni la bagus, menjaga kebersihan makanan dari pelanggan yang suka-suka pegang sana-sini,” tulis seorang pelayar TikTok.

Video kejadian .. sila ke minit terakhir video.

Video penjelasan selepas kejadian.

Sumber : MSTAR ONLINE/awatsheikh

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *