“Tak Sia Sia Kena M4ki Demi..”– Luah Abby Abadi Selepas DSAI Diumumkan PM Ke 10

Pelakon Abby Abadi,44, sebelum ini memaklumkan bahawa dia turun berkempen untuk bantu sebuah parti politik sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), iaitu Pakatan Harapan (PH).
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan juga menggunakan media sosial sebagai medan untuk berkempen dan beberapa postingnya telah menerima reaksi tidak baik dari pengikut Instagram sehingga ada yang “unfollow” kerana tidak puas hati cara dia berkempen.

Dalam perkongsian terbaru di Instagramnya, Abby memuatnaik video memaparkan dirinya sedang kegembiraan sambil memegang poster Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru saja dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Klik link dibawah untuk video
“Yey! tak sia2 kena m4ki. Demi Malaysia yg lebih baik.Demi Masa depan Anak2. Terima Kasih atas Perjuangan & pengorb4nan selama harini. ALLAH izinkan juga akhirnya naik sbg Perdana Menteri DS anwaribrahimofficial. Sukses terus DSAI”
“ps; warga singapore, jumpa kami esok lusa tulat ye di P7 Marina Bay Sand. Sy bawak Rempeyek Harapan, Kek Choc Moist Abang Mat Sabu, ChocoJar Syed Saddoq. Ehhh lupa Kerepek Pisang DS Wan Azizah”
“Kawan baik kesayangan Sy azzaelite bawak Sejadah Gebu Nasional ye kali ni. Choc cookies Ismali Bera, Deedat Zahid Hamidi hihi”
Support tau!’ katanya.
Terdahulupelakon Abby Abadi ada memaklumkan secara umum di platform Instagram bahawa dirinya akan turun berkempen bagi membantu parti politik sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Susulan memberitahu hal itu di dalam media sosial, Abby menerima pelbagai tohmahan serta kecaman daripada para netizen.
Di dalam satu ‘posting’ yang dimuat naik olehnya, gambar berkenaan mempunyai kata-kata inspirasi berkait dengan fitnah serta di perkongsian sama, dia selitkan video bukti-bukti fitnah yang diselitkan oleh sebuah parti politik.
Kenyataan Penuh Abby Abadi
“InshaALLAH, jika ALLAH izinkan Mama akan ikut berkempen bermula harini . Abah @jai_faizal147 join nnti k.. hehe
Tiada kepentingan apa2, cuma mengharapkan pengurusan negara yg lebih baik, demi masa depan anak2…. aminn
Sy kongsikan agar ramai yg ambil tahu & buka mata. Sebenarnya Rakyat Malaysia ni banyak kategori.. ramai yg nampak/tak nampak apa yg berlaku dalam negara sendiri.
Sbb sebahagian besar dari kita mmg tak pernah/taknak ambil tahu tentang politik sbb bukan urusan kami, katanya… Itu yg rugi! Sebab politik ini sebahagian dari ISLAM & melibatkan urusan pentadbiran negara kita ya.
Bila ramai yg tak peduli, tak ambil tahu.. tu yg senang2 kena tipu. Berpuluh tahun pimpinan yg berkuasa salahgunakan kuasa, makan duit kiri kanan, projek masuk juta2 sakau sana sini, satu keturunan rumah banglo, duit lebih simpan oversea lagi..
Kita Rakyat? makin lama makin tersekat2 nak bayar itu ini. Yg mmg dah kaya raya takpelah.. kita yg biasher2 ni? Kos hiduppp makin menjadi2, kerajaan sblm ni naik kan itu ini lagi & lagi.. sampai bila kalau kita tak usaha tukar waktu mengundi?
Rugi wak rugii.. bila ramai dikalangan kita yg syok sendiri, yg pentingkan diri, yg tak ambil kisah,layan je apa ada.. Yg susah makin susah.. yg senang terus senang.
Lagi tragis yg dah selalu dpt projek dgn kerajaan dulu, terusss sokonh sbb yelah senang kt dia. Yg lain susah lantak kaulah! padan muka. Janji aku ok. Korang susah nasiblah siapa suruh tak berusaha katanya
Sedih sbnrnya bila ALLAH bagi nampak keadaan negara kita skrg ni, ekonomi makin sakit, hutang berbillion.. dorg buat hutang, joli sana sini, rakyat yg kena bayar, pun ramai yg sokong lagi.. haru sungguh! Apapun, doa yg terbaik & mintalah yg terbaik dari ALLAH.. Jom turun berkempen! #hulukelang #gombak #pakatanharapan #dsai #amirudinshari “
“Tak Perlu Usik Pihak Lawan!” – Tak Suka Cara Berkempen, Pengikut ‘Unfollow’ Abby Abadi ‘Berjemaah’
Apabila meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata netizen mempersoalkan perkongsian ‘panas’ yang dibuat oleh selebriti tersebut dengan memburukkan parti lain.
Bukan hanya mempertikaikan, malah mereka juga ingin ‘unfollow’ Abby di Instagram kerana merasakan dia menyebarkan kebencian ketika berkempen di platform berkenaan.
Sumber : WanNetwork
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: