Uncategorized

Kesal bila Fezrul Khan enggan mengaku salah walaupun ada bukti, sekali ini luahan Reen Rahim

Reen bersikap profesional dan tidak mahu memanjangkan isu. Susulan dakwaan dice.kik oleh Fezrul Khan ketika sedang menjalani penggambaran sebuah filem, pelakon Reen Rahim memberitahu dia sudah menghubungi aktor berkenaan bagi menunjukkan bukti video perbuatan kasar yang dilakukan.

Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, bagaimanapun kesal apabila Fezrul tidak mengakui kesilapan tersebut dan menganggap kejadian itu sebagai sebahagian proses rakaman.

Reen hampir pengsan melakonkan babak dalam filem berkenaan.

“Saya kemudiannya ada mesej secara personal dan berikan video bukti menunjukkan saya memang benar-benar sakit dan bukannya ingin bersikap kurang ajar.

Namun, dia masih tidak mengaku dan mengatakan perkara itu bukannya benar-benar berlaku.

“Saya sebenarnya mengharapkan selepas perbualan itu ada feedback positif daripada dia, tapi dah dia cakap macam tu, saya nak kata apa?” kepadanya.

Reen berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Daddyku Gangster yang diadakan di Sunway Velocity, Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Kejadian itu berlaku ketika mereka sama-sama terlibat dalam penggambaran filem bertajuk Batu Syaitan.

Dalam satu babak yang dilakokan, Fezrul dilihat merangkul Reen dan tindakan itu dikatakan berlebihan sehingga boleh mendatangkan keceder4an.

Mengakui kurang senang dengan apa yang terjadi, Reen secara tidak sengaja meninggikan suara sehingga menyebabkan berlakunya perselisihan faham antara mereka.

“Sebenarnya sejurus selepas kejadian itu saya memang ingin meminta maaf kepadanya, namun saya lihat pada waktu itu dia sedang dalam keadaan marah.

“Ketika itu memang saya hampir lost dan habis sahaja babak itu saya ada terjerit kepadanya. Terkeluarlah perangai ‘rumah’ saya macam kita bergaduh dengan adik-beradik,” jelasnya.

Reen tidak menolak sekiranya perlu bekerjasama dengan Fezrul lagi.

Sementara itu, Reen berkata dia sentiasa bersikap profesional dan tidak akan menolak sekiranya perlu bekerjasama lagi dengan Fezrul. “Kalau dia cakap tak mahu berlakon dengan saya lagi, apa yang boleh saya cakap? Tapi, saya okay sahaja sekiranya perlu bergandingannya dengannya nanti. Saya juga tidak ada masalah untuk bersama-sama mempromosikan filem kami itu nanti,” jelasnya

Sebelum ini, Reen meluahkan rasa kesal kerana dice.kik oleh seorang pelakon senior ketika menjalani penggambaran sebuah filem.

Bagaimanapun, Fezrul menafikan dia mence.kik Reen dan menegaskan untuk tidak lagi berlakon bersama aktres itu kerana baginya pelakon perlu berlakon dengan jujur bukan semata-mata untuk mengejar glamor.

Berikutan itu, pelakon Fezrul Khan berasa terpanggil untuk menjawab dakwaan itu dan turut memuat naik babak yang dikatakan ‘mencekik’ Reen di TikTok miliknya.

 

boleh tengok dan nilai kan. Kalau belajar Jujitsu pun, anda tak boleh cekik dengan hanya menggunakan sebelah tangan saja. Tanyalah teman lelaki awak yang stuntman tu.

Bila director cut, awak boleh jerit dekat saya? Saya dah berlakon lebih 20 tahun tau.

Dia dalam pada itu menegaskan untuk tidak akan berlakon lagi dengan Reen Rahim kerana merasakan aktres itu perlu berlakon dengan jujur bukan semata-mata mahu mengejar glamor.

Sumber: Mstar Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *