“Mengata Anak Orang Memang Seronok” – Ditudvh Tak Reti Jaga Anak, Suliza Salam Tampil Balas Komen Sark4stlk Netizen - Menujukebenaran
Uncategorized

“Mengata Anak Orang Memang Seronok” – Ditudvh Tak Reti Jaga Anak, Suliza Salam Tampil Balas Komen Sark4stlk Netizen

Susukan penularan video memaparkan aksi sum.bang dikatakan mirip wajah Ismail Izzani, ibu kepada penyanyi berkenaan menjadi mangsa kecaman netizen di media sosial.

Rata-rata menyalahkan ibu Ismail iaitu Datin Suliza Salam, 57, yang didakwa tidak pandai menjaga anak selain memintanya menegur penyanyi berkenaan memandangkan ini bukan kali pertama dia terlibat dalam kontroversi.

Tidak mampu lagi berdiam diri, Suliza dilihat membalas komen biadab netizen yang disifatkan sebagai seronok mengutuk dan melemparkan fitnah terhadap dirinya dan keluarga.

Suliza memberitahu hanya Allah mampu memberi keampunan dan mengubah perbuatan manusia dan bukannya menerusi kata-kata orang lain.

Suliza tampil membalas komen biadab netizen terhadapnya

“Nak, kamu nanti belum tahu juga, kan? Mengata anak orang memang seronok. Pengakhiran hidup siapa-siapa belum tentu.

“Allah yang Maha Pengampun. Bukan kata-kata orang yang akan ubah dia atau sesiapa juga, tetapi Allah. Fahamkan itu ya,” katanya.

Terdahulu, nama Ismail, 22, menjadi sebutan ramai apabila dia dikatakan individu dalam video yang berciuman dengan seorang wanita berpakaian seksi di sebuah kelab malam.

Menerusi video itu, lelaki tersebut dilihat berpelukan sambil menari dan kemudian mencium pipi dan leher seorang wanita.

Dalam pada itu, Suliza yang juga penyanyi era 1980-an memberitahu dia menghargai segala teguran dan mendoakan netizen agar Allah menjaga aib mereka.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih atas tunjuk ajar dan teguran. Semoga Allah melindungi dan merahmati kamu sekeluarga. Dijauhkan daripada segala aib dan musibah,” ujarnya.

Sementara itu, netizen masih meluahkan rasa tidak puas hati dan meninggalkan komen sarkastik berhubung kontroversi melanda Ismail di Instagram Suliza.

Ibu Ismail jadi mangsa kecaman netizen

“Nak bertanya, Mail dah kena rotan belum? Sudah-sudahlah back up anak, benda sangat jelas,” komen netizen.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan Ismail berhubung isu tersebut bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak berjawab.

Ini bukan kali pertama nama penyanyi lagu Luar Biasa mencetuskan kontroversi malah pernah mencetuskan kemarahan peminat apabila pernah berpelukan dengan seorang rakan artis senior pada 2018.

VIDEO

 

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button