Aku uturn balik sbb beg tertinggal, pelik kereta suami ada. Bkk pintu bilik, suami atas katil dgn tubuh lain. Kini dah 5 tahun aku tidak disentuh - Menujukebenaran
Uncategorized

Aku uturn balik sbb beg tertinggal, pelik kereta suami ada. Bkk pintu bilik, suami atas katil dgn tubuh lain. Kini dah 5 tahun aku tidak disentuh

Foto sekadar hiasan

 

Nama ku J, Seorang surirumah. Suatu ketika dahulu aku adalah seorang pensyarah di salah sebuah Universiti Swasta.

Namun aku korbankan kerjaya demi memberi sepenuh perhatian kepada anak anak dan rumahtangga.

Perkahwinan aku telah pun berusia 17 tahun dikurniakan 3 cahayamata 15, 13 dan 10.

Suamiku seorang yang baik, bertanggungjawab terhadap keluarga, anak anak dan kedua ibubapa nya dan juga ibubapaku. Seorang yang ringan tulang membantu kerja kerja dirumah.

Justeru sesiapa sahaja yang mengenaliku merasakan aku adalah wanita terbahagia.

Namun tiada siapa yang mengetahui. Suamiku mempunyai sisi gelap di dalam rumahtangga kami.

Aku mula mengetahui perbuatan suamiku setelah setahun mendirikan rumahtangga. Suamiku gemar melanggan wanita diluar.

Di awal perkahwinan suamiku tertangkap olehku membawa wanita balik ke rumah.

Allah Maha Pengasih..

Tergerak hatiku untuk pulang kerumah dek kerana tertinggal bag kerja aku ketika itu.

Hairan melihat kereta suami di garaj rumah lantas aku segera ke bilik kami. Suami aku sedang hanyut bersama seorang wanita warga asing di atas katil kami.

Long story short,

Selama 17 tahun perkahwinan Aku terus menyimpan dan memendam rasa demi menjaga aib suami. Sama sekali aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa pon perihal sisi gelap suamiku.

Suami tidak pernah serik sering bertukar tukar pasangan. Pernah aku beri kata dua kepadanya namun dalam diam dia masih lagi dengan kegiatan sisi gelapnya.

Berkali kali aku beri peluang kepadanya

Aku mohon dia bertaubat. Namun semuanya sia sia.

Seringkali aku terjumpa bukti bukti kegiatan nya (kadang kadang terjumpa k0ndom, resit hotel dan pernah terjumpa pakaian dalam wanita di dalam bag kerjanya)

Aku tak cerdik?! Biarkan diriku diperlakukan sedemikian?

Ya aku tak cerdik!! ketakcerdikan aku adalah demi pengorbanan aku untuk orang lain. Untuk anak anak yang sememangnya amat rapat dengan suamiku. Berkorban untuk kedua ibubapanya.

Ibubapa agak uzur dan pasti dah dapat menerima jika mengetahui sisi gelap anaknya.

Tiada siapa mengetahui masalah rumahtangga kami. Siapa sahaja yang mengenali kami pasti merasakan kami adalah pasangan yang bahagia.

Suami aku tetap ‘portray’ kan dirinya seorang yang baik. Dan layananku terhadap suami masih sama. Makan, minum nya tetap kujaga walaupon hatiku amat hancur.

Kini genap 5 tahun suami tidak menyentuh dan menunaikan nafkah batin kepada ku.

Pelbagai usaha aku lakukan untuk menarik ‘minat’ nya terhadap ku. Ku berhias, membeli lingerie yang hot dan s3xy namun suamiku langsung tidak mempedulikan ku.

Walaupon kadang kadang aku berasa jijik ingin bersamanya dek kerana suami masih melanggan wanita diluar.

Ya katalah aku tak cerdik. Aku terima…

Cuma satu aku minta Doakan aku terus kuat untuk hadap semua ni. Kuat demi anak anak dan kedua ibubapanya.

Antara komen netizen :

Netizen 1 : Berkorban tidak bertempat nama nya puan.. bergilir-gilir wanita ni risiko yg amat tinggi.. pernah ke puan fikir apa nasib ank2 puan jika satu hari suami puan terkena hiv..dan bagaimana dgn nasib puan.. syukur la dia tak sentuh puan..kalau dia ada penyakit pun puan tak berjangkit..entahla sepatutnya Sygkan diri dan ank2 dulu baru fikir suami.

Netizen 2 : Aduina .bpisah jak laa puan mntak nafkah anak tiap bulan dak rugi jgk tu bpisah xpyala mau goda² laki mu lagi jgn² kenak hiv sdh tu ..dripada tular p kau bgus kau kemas sdh barnagmu sama anakmu jauh² memang

Netizen 3 : Tabah nya awk.. klu Sy nk dgr nama pun da jijik … Kisah silam mgkn bole terima tp ke hadapan bila mcm ni perangai maaf la. Lg mmg dlm agama pun ckp baik menghindari utk kesihatan kita. X psl2 je dpt penyakit Dari perbuatan jijik dia

Netizen 4 : Xyah lah dok tarik minat dia nanti awak yg dpt penyakit dan xyah lah nk jaga hati org lain disebalik hati sendiri derita,nk buat kebaikan pada mertua xkan ada org menghalang skli pon awak dah berpisah dng suami Allahualam jng galakan dia bermaksiat.

Netizen 5 : Cuba amalkan zikir utk lembut kan hati suami….ya Latif, ya rahim pon cukup….mase masak nasik arah berlawan jam….mase peluk suami…tiup kat ubun2…. insyaallah…. semoga berjaya ..x lupe juge lapas solat, mase azan, mase hujan…doa minta Allah murahkan rezeki & doa supaya suami kasih kepada kita

Netizen 6 : Bersyukur lah puan sbb dia tak sentuh puan. Dapat mengelakkan diri dari penyakit berjangkit. Cuma tak faham,kenapa nak bertahan dgn suami yg macam tu. Anak² dah semakin dewasa,kalau mereka tahu pasti mereka pun malu dgn perbuatan bapak dia yg suka makan luar tu. Fikir² kan lah puan..

Netizen 7 : Berkorban tidak bertempat nama nya puan.. bergilir-gilir wanita ni risiko yg amat tinggi.. pernah ke puan fikir apa nasib ank2 puan jika satu hari suami puan terkena hiv..dan bagaimana dgn nasib puan.. syukur la dia tak sentuh puan..kalau dia ada penyakit pun puan tak berjangkit..entahla sepatutnya Sygkan diri dan ank2 dulu baru fikir suami

Sumber : kisah rakyat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button