Pakai Skirt Senteng Dan Berambut Ungu Lepas Putus Cinta, Janna Nick Curi Tumpuan Netizen

Pelakon dan juga penyanyi Janna Nick nampaknya sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila dia dilihat berpakaian seksi dan berimej baru di Instagram. Tampil berambut rona ungu, Janna juga mengenakan skirt pendek sehingga menampakkan pehanya di Instagram.
Janna yang kini sedang bercuti di luar negara khabarnya dalam fasa ‘healing’ setelah muncul ura-ura yang mengatakan dia sudah putus cinta bersama kekasih hati, Dini Schatzmann.

Pelakon drama Marry Me Senorita ini juga telah menutup ruangan komen, mungkin bimbang dihujani dengan komen lucah netizen di luar sana. Janna juga sempat mengemaskini hantaran di Instagram Story yang menulis kata-kata semangat mengenai perjalanan hidupnya.
Masa silam saya adalah masa silam. Ia menjadikan saya sekarang. Saya tak ada rasa penyesalan dan tidak akan mengubahnya. Saya tidak lagi tinggal di sana. Terdahulu, Janna ada memaklumkan bahawa dirinya sudah ‘single’ dan tidak lagi mengikuti akaun Dini Schatzmann di Instagram.
“Kami masih bahagia..” – Kekasih nafi putus cinta dengan Janna Nick
Baru-baru ini, timbul spekulasi mengatakan hubungan pelakon baru Dini Azan Schatzmann dengan aktres Janna Nick telah berakhir.
Nafi putus cinta
Bagaimanapun, pelakon kacukan Melayu-Switzerland itu menafikan perkara tersebut kerana masih bahagia menjalin hubungan cinta. Menerusi laporan BH Online, pelakon berusia 26 tahun itu kini sibuk melakukan pengambaraan bersama kekasihnya bagi drama arahan Michael Ang.
“Kami masih bersama dan bahagia. Kami sedang menjalani penggambaran drama adaptasi novel, Marry Me Senorita nukilan Suri Ryana.”
“Sudah lebih tiga minggu penggambaran drama ini berlangsung. Ini kali pertama saya digandingkan sebagai teraju utama dengan Janna,” katanya.
Ada sebab jarang kongsi gambar
Selain itu, dia mengakui jarang berkongsi gambar bersama Janna kerana bimbang sekiranya peminat dan pengikutnya bosan apatah lagi sering mendapat kecaman ramai.
“Sebelum ini, kami sering berkongsi foto dan ada yang suka melayangkan kecaman. Apabila jarang muat naik foto pula dikatakan sudah putus… Serba tidak kena jadinya,” ujarnya.
Sumber: BH Online (Zaidi Mohamad)
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih