Persembahan Siti Aafiyah di majlis graduasi tarik perhatian ramai. Comel sungguh!

Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa merupakan anak kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza. Ramai peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sekian lama mengikuti perkembangan penyanyi berkenaan baik dari segi kerjaya, kehidupan peribadi mahupun anak-anak kepada penyanyi pujaan mereka itu.
Jika dahulu Datuk Seri Siti Nurhaliza telah diuji dengan 11 tahun penantian cahaya mata pertama kini penyanyi lagu Cindai itu berbahagia dengan kehadiran buah hati sulungnya Siti Aafiyah.
Rezeki penyanyi nombor satu negara yang mesra disapa Tokti itu semakin melimpah ruah apabila dikurniakan lagi seorang cahaya mata lelaki pula.
Tumpuan Tokti kini lebih ke arah perniagaan dan kehidupan peribadi memandangkan beliau mempunyai dua orang anak yang sedang membesar.

Pasti ada sahaja akal kanak-kanak berkenaan yang menarik perhatian dan mencuit hati para peminat.
Menerusi laman instagram, Tokti berkongsi video gelagat anaknya serta aktiviti terkini anaknya itu buat tatapan para peminat beliau.
Terbaru menerusi perkongsian di laman instagram, Tokti memuat naik satu video yang memaparkan Aafiyah yang lengkap berjubah dan betudung untuk menghadiri satu majlis graduasi.
Apa yang mencuri tumpuan ialah momen ketika si cilik itu yang membuat persembahan hafazan dan menari di majlis tersebut.
“Semalam anak ibu Aafiyah buat persembahan sempena Graduation day.. Aafiyah menghafaz & menari .. Ibu tak dapat hadir kerana tugas yang perlu diselesaikan di Singapore.. Alhamdullillah.. Aafiyah berikan yang terbaik .. Bukan main dia menari ye.. Tq Ayah dah temankan Aafiyah .. Love you!!Semoga terhibur menonton ye,” tulis Tokti di ruangan kapsyen.
VIDEO
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 67.1 k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji persembahan yang dilakukan oleh Aafiyah.
Komen netizen:
Cahaya mata sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau turut mesra disapa Tokti yang diberi nama, Siti Aafiyah juga antara anak selebriti yang sering menjadi sorotan ramai.
Meskipun, Aafiyah tidak mempunyai akaun media sosial sendiri, Tokti juga sering berkongsikan perkembangan Aafiyah kepada peminat.
Umum diketahui, Siti Aafiyah kini membesar dengan sangat bijak malah baru-baru ini dia telah menjadi pemain piano paling muda iaitu berusia 4 tahun.
Meskipun begitu, terbaharu nampaknya kebolehan Siti Aafiyah membuatkan peminat semakin kagum selepas tularnya satu rakaman video pendek memaparkan dia sedang melakukan aktiviti bersama beberapa kanak-kanak lain dan adiknya. Kelihatan juga, Tokti merakam telatah puterinya itu.
Tetapi ternyata disebabkan rakaman video tersebut, kebolehan Siti Aafiyah yang petah bercakap dalam bahasa Inggeris membuatkan ramai tertarik dan tambahan lagi, dia juga boleh mengubah bahasa Inggeris tersebut kepada bahasa Melayu dengan mudah yang mana ketika dia berbual bersama Tokti dan bersama kanak-kanak lain disampingnya ini.
Video
Rakaman yang tular dikongsikan oleh watieysoong tersebut menyebabkan Siti Aaifyah hangat diperkatakan warganet apabila kepandaian dalam menguasai dua bahasa tersebut dalam usianya itu mengundang rasa kagum ramai disamping video tersebut juga meraih ribuan tanda suka ramai.
‘Biasa budak boleh kuasai 1 bahasa je’
‘Pandai Aafiyah speaking English…’
Terdahulu, Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid mengikut jejak langkahnya dengan menjadikan bidang nyanyian sebagai pilihan kerjaya.
Ibu kepada dua orang anak itu sebaliknya lebih gemar sekiranya Siti Aafiyah, 4, yang mesra dengan panggilan Aafiyah memilih untuk menjadi seorang ahli perniagaan apabila dewasa kelak.
Siti Nurhaliza bagaimanapun tidak menolak sekiranya Aafiyah dikurniakan bakat nyanyian dan memilih untuk menjadi seorang penyanyi.
Setiap ibu bapa pasti mahukan anak-anak mereka mempunyai kerjaya yang terbaik, sudah tentu ayah dia (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) mahu Aafiyah menjadi ‘business women’ dan meneruskan perniagaan yang ada.
“Namun sekiranya bakat dia luar biasa (dalam bidang nyanyian), saya rasa yang penting adalah ketahanan mental dan fizikal sebab saya sendiri sudah melalui sepanjang tempoh 26 tahun menjadi anak seni.
“Saya bersyukur telah dijaga dengan baik oleh kedua ibu bapa dan berjaya mengharungi cabaran bergelar anak seni,” katanya ketika menjawab pertanyaan media sama ada beliau akan menyokong minat anaknya itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena persembahan eksklusif ‘A Night To Remember’ Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.
Tambah penyanyi berusia 43 tahun itu, dia akan berasa lebih gembira sekiranya anak perempuannya itu tidak memilih untuk menjadi seorang seniman.
“Bakat itu adalah anugerah Allah, seperti saya sendiri yang menerimanya daripada ibu saya, tinggal lagi apakah pilihan dirinya sendiri, sebagai ibu bapa saya perlu sokong cuma dia ada pilihan sendiri apabila dewasa nanti.
“Sebagai ibu saya juga berasa risau sama ada dia mampu ke tidak (berjaya dalam bidang seni), sama ada dia akan hanyut atau tidak, ini adalah kerosakan saya sebagai ibu bapa, sama seperti yang ibu saya alami.
“Jadi saya lebih berasa gembira kalau dia memilih untuk menjadi seorang ahli politik atau lain-lain,” jelasnya.
Sejak kebelakangan ini, beberapa rakaman video menunjukkan Aafiyah mempamerkan bakat nyanyiannya tular di media sosial sehingga sehingga menyebabkan ramai pihak merasai kanak-kanak itu mahu mengikut jejak langkah ibunya. –
Sumber:HCL
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: