Nad Zainal sudah mula tunjuk tanda positif, mampu gerakkan tangan. Ungku Ismail tanya satu soalan dan ini reaksi Nad - Menujukebenaran
Uncategorized

Nad Zainal sudah mula tunjuk tanda positif, mampu gerakkan tangan. Ungku Ismail tanya satu soalan dan ini reaksi Nad

Lebih seminggu ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta, pelakon Nad Zainal menunjukkan perkembangan positif apabila kini sudah boleh bercakap dan memegang telefon.

Perkara tersebut dimaklumkan rakan baiknya, Ungku Ismail atau nama sebenarnya, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz menerusi satu perkongsian video dalam Instagram malam tadi.

“Doktor dah berjaya keluarkan mesin pernafasan. Sekarang dia gunakan pernafasan yang biasa tapi kuat dengan airbag. Kuat bunyinya.

“Bagaimanapun, dia masih di dalam ICU. Dah boleh bercakap, suara dia sangat-sangat perlahan dan serak, susah saya nak dengar.

“Dari segi pergerakan, dia dah boleh pegang telefon tapi masih tak boleh taip. Masih perlukan rawatan fisiologi lagi,” katanya.

Sementara itu, Ungku, 36, memberitahu, keadaan jari-jemari Nad kini berada dalam keadaan kaku disebabkan lama ditidurkan dan tidak berfungsi seperti kebiasaan.

“Jari-jari dia yang lama tak pakai sekarang semua keras beku (kaku). Masih dalam pengawasan rapi di ICU bagi memastikan dia mampu menggunakan paru-parunya untuk pernafasan dengan kapasiti yang bagus.

“Sepertimana orang normal buat (bernafas), begitulah kita nak kembalikan Nad ke arah tersebut. Kita doa sama-sama Allah SWT permudahkan urusan dia.

“Berikan dirinya kesembuhan dan apa sahaja yang menyakitinya sekarang,” ujar Ungku yang cukup dikenali menerusi drama rantaian, Teman Lelaki Upahan.

Klik link dibawah untuk video

VIDEO 

Terdahulu pada 22 November, media melaporkan Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah.

Demi meringankan beban kewangan ditanggung Nad, satu tabung kecemasan ditubuhkan sejak empat hari lalu untuk membantu kos perubatan dramatis hebat itu dan kini hampir mencecah kutipan sebanyak RM153,000.

Tak Kisah Dia Kaya Atau Pakai Barang Branded’ – Ungku Ismail Perjelas Isu Tabung Kecemasan Nad Zainal

Di Instagram, pelakon, Ungku Ismail Aziz berkongsi perkembangan terkini mengenai Nad Zainal. Bukan itu sahaja, dia turut memberi penjelasan mengenai tabung kecemasan yang telah ditubuhkan untuk Nad sejak semalam.

Artikel Berkaitan: Tabung Kecemasan Nad Zainal Dilancarkan, Bantu Tampung Kos Rawatan Medikal Pakar

Ada perkembangan setiap hari

Sebelum apa-apa, saya nak clear tentang isu merajuk dan sentap. Tak ada istilah benda itu semua. Saya minta korang berdoa, bukan bercakap soal cinta dan kerja. Saya selalu ingatkan korang semua untuk mohon doa buat Nad. Tak apa it’s okay. Ramai pula yang mempertikai macam-macam.

Menurut Ungku Ismail, Nad menunjukkan perkembangan setiap hari meskipun ada kalanya oksigen dan tekanan darahnya turun naik. Tambah Ungku Ismail, Nad sudah boleh menggerakkan tangan dan kepalanya sejak beberapa hari yang lalu. Oleh itu, Ungku berharap semua orang mendoakan agar paru-paru Nad kembali pulih dan berfungsi secara baik.

Dia masih dalam ICU. Apabila dia dalam ICU kita tak boleh nak bergembira sangat. Sekarang kami semua harap paru-paru dia sembuh dan tak perlu pakai mesin bantuan alat pernafasan. Doktor tengah buat analisis hari demi hari. Ibu bapa dia tak kuat walaupun nampak tenang. Saya mohon semua mendoakan Nad. Kita tak berada di tempat dia.

Di samping itu, Ungku turut berbicara mengenai tabung sumbangan yang ditubuhkan buat Nad. Menurut Ungku, tabung itu merupakan inisiatif kawan-kawan dan para peminat. Segala kutipan akan diberikan kepada keluarga Nad. Jelas Ungku, dia berharap netizen tidak mempersoalkan mengenai kekayaan dan harta yang dimiliki oleh Nad serta keluarganya sehingga tabung berkenaan perlu diwujudkan.

Tak kisah la mak bapa dia kaya, Nad kaya, ada insurans dan pakai barang branded ka. Sumbangan ni semua secara ikhlas dan tanda prihatin terhadap individu lain. Terpulang dekat semua.

Mungkin mereka memerlukan pertolongan. Kalau apa-apa perkembangan lain, nanti saya akan maklumkan kelak.

Sama-sama kita doakan agar Nad Zainal diberikan kesembuhan dengan cepat.

Terdahulu ibu kepada dua cahaya mata itu dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri Isnin lalu akibat pendarahan paru-paru dan diintubasi bagi merehatkannya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button