Ungku Ismail Buat ‘Surprise’ Tunjuk Nad Zainal Dah Sedar. Tindakan Nad Buat Norreen Sebak - Menujukebenaran
Uncategorized

Ungku Ismail Buat ‘Surprise’ Tunjuk Nad Zainal Dah Sedar. Tindakan Nad Buat Norreen Sebak

Umum sedia tahu keadaan pelakon berbakat besar Nad Zainal sebelum ini. Berita mengenai keadaan kesihatan Nad Zainal yang terlantar di hospital dan terpaksa ditidurkan telah meraih simpati ramai.

Sejak dari itu, rakan selebriti seperti Ungku Ismail mengambil peranan untuk sentiasa ‘update’ akan keadaan terkini Nad Zainal tersebut.

Malah rakan-rakan lain turut menubuhkan tabung kutipan kecemasan untuk membantu apa yang perlu.

Terbaharu, Norreen yang merupakan salah seorang rakan selebriti Nad Zainal berkongsikan satu rakaman menceritakan pengalamannya.

Menurut pelakon wanita ini Norreen terharu bila dia mendapat panggilan dari Ungku Ismail.

Apa yang ditunjukkan oleh Ungku Ismail adalah Nad Zainal yang tersenyum di dalam panggilan video berkenaan.

Namun, apa yang membuatkan Norreen sebak adalah Ungku secara tiba-tiba menghalakan kameranya ke arah Nad yang dilihat tersenyum manis terbaring di atas katil.

Abang Ungku buat surprise dia call aku tunjuk muka Nanad (Nad Zainal). Nad dah bangun.

Dia tak bagi warning ke apa dia terus tunjuk muka Nanad. Nanad senyum!

Meskipun sudah sedarkan diri, Nad masih memerlukan rehat secukupnya kerana keadaan pelakon berusia 32 tahun itu masih lemah.

Dia nampak okay. Walaupun beberapa saat je aku terus menangis silent. Jadi terima kasih kepada mereka yang mendoakan terutamanya yang menghulurkan sumbangan sebab duduk kat ICU memang bukan murah-murah ya.

Di InstaStory

Biarpun begitu, di ruangan komen warganet meluahkan rasa terhibur dengan gelagat Norreen yang gembira dengan khabar gembira ini. Malah ada juga yang meninggalkan rasa syukur atas keadaan terkini Nad Zainal tersebut. Berikut antaranya:

“Alhamdulillah..Tak jadi aku nak nangis”

“Hati aku bercampur baur..Nak nangis sebab happy atau aku nak gelak sebab kau Noreen”

“Mood macam bertukar tau mula kita nak nangis pastu Kak Noreen gelak terbahak aku”

Selain dari itu, terbaharu Ungku Ismail turut berkongsikan keadaan terkini Nad Zainal yang mula sudah sedar.

Perkara tersebut dimaklumkan rakan baiknya, Ungku Ismail atau nama sebenarnya, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz menerusi satu perkongsian video dalam Instagram malam tadi.

“Doktor dah berjaya keluarkan mesin pernafasan. Sekarang dia gunakan pernafasan yang biasa tapi kuat dengan airbag. Kuat bunyinya.

“Bagaimanapun, dia masih di dalam ICU. Dah boleh bercakap, suara dia sangat-sangat perlahan dan serak, susah saya nak dengar.

“Dari segi pergerakan, dia dah boleh pegang telefon tapi masih tak boleh taip. Masih perlukan rawatan fisiologi lagi,” katanya.

Sementara itu, Ungku, 36, memberitahu, keadaan jari-jemari Nad kini berada dalam keadaan kaku disebabkan lama ditidurkan dan tidak berfungsi seperti kebiasaan.

 

“Jari-jari dia yang lama tak pakai sekarang semua keras beku (kaku). Masih dalam pengawasan rapi di ICU bagi memastikan dia mampu menggunakan paru-parunya untuk pernafasan dengan kapasiti yang bagus.

“Sepertimana orang normal buat (bernafas), begitulah kita nak kembalikan Nad ke arah tersebut. Kita doa sama-sama Allah SWT permudahkan urusan dia.

“Berikan dirinya kesembuhan dan apa sahaja yang menyakitinya sekarang,” ujar Ungku yang cukup dikenali menerusi drama rantaian, Teman Lelaki Upahan.

Klik link dibawah untuk video

VIDEO 

Terdahulu pada 22 November, media melaporkan Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah.

 

Kredit:syor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button