“Majlisnya minggu depan. Tak sabarnya kita"-Ogy Ahmd Daud Tahniah! Ada Orang Masuk Meminang Ogy Ahmd Daud. Bila Dtanya Slapa Jjaka Ini Jwapan Ogy - Menujukebenaran
Uncategorized

“Majlisnya minggu depan. Tak sabarnya kita”-Ogy Ahmd Daud Tahniah! Ada Orang Masuk Meminang Ogy Ahmd Daud. Bila Dtanya Slapa Jjaka Ini Jwapan Ogy

Kuala Lumpur – Hantaran terbaharu di Instagram pelakon berk.aliber, Fauziah Ahmad Daud, 60, yang sudah menerima pinangan mence.tuskan tanda tanya dalam kalangan netizen.

Menurut Fauziah atau lebih dikenali Ogy, dia telah melalui proses merisik, meminang dan majlisnya bakal diadakan minggu depan.

Sekadar info, Fauziah Ogy Dato Ahmad Daud AMN ialah seorang pelakon komedi, penyanyi dan pengacara Malaysia. Beliau ialah seorang anak kepada biduan Dato Ahmad Daud dan primadona filem Melayu, seniwati Datin Saadiah.

Beliau juga terlibat dalam penjayaan Akademi Fantasia Musim 5, Akademi Fantasia Musim 6 dan Akademi Fantasia Musim 9 sebagai pengk.ritik tetap.

Beliau berkahwin dengan pelakon Eman Manan pada 23 Disember 1990, perkahwinan mereka mendapat liputan meluas daripada media ketika itu. Pasangan ini memfailkan perc.eraian pada 2 Julai 2003 selepas 13 tahun hidup bersama.

Orang Luar Negara

Pada mulanya dirisik, kemudian dia masuk meminang, pinangan diterima. Majlisnya minggu depan. Tak sabarnya kita.

“Berdebar-debar hatinya, setelah sekian lama akhirnya,” tulis Ogy.

Menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata meluahkan rasa teruja dengan berita itu selain mendoakan u.rusan bintang filem Azura itu dipermudahkan.

Menjengah ke ruangan komen mendapati rata-rata meluahkan rasa teruja dengan berita itu selain mendoakan urusan bintang filem Azura itu dipermudahkan.

Namun hasil pemerhatian, Ogy sempat membalas beberapa komen warganet yang bertanyakan siapakah gerangan lelaki pilihannya itu.

Ogy bagaimanapun hanya memberitahu orang luar negara di ruangan balas.

Pasangan ideal, 4 aktor pernah ‘tawan hati’ Ogy Ahmad Daud

OGY Ahmad Daud atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud antara anak seni yang cukup berbakat dalam negara.

Bukan sahaja dalam dunia lakonan, Ogy juga cukup berbakat dalam cabang seni yang lain seperti pengacaraan dan nyanyian.

Mengimbas kembali penglibatannya dalam dunia lakonan, anak kepada biduan Datuk Ahmad Daud dan primadona filem Melayu, Datin Saadiah ini memulakan kerjayanya pada 1973 menerusi filem berjudul Hati Batu.

Kemudian, dia terus mengorak langkah dalam dunia lakonan sebelum diangkat menjadi heroin. Berikut Majoriti senaraikan empat hero yang pernah bergandingan dengannya dalam beberapa filem malar segar yang masih diingati ramai:

Ali Setan

Filem ini cukup ikonik dan mendapat tempat di hati penonton sehingga kini. Menerusi filem ini, Ogy bergandingan dengan Allahyarham Azmil Mustapha.

Mula ditayangkan pada 16 Februari 1985, filem ini bergenre romantik komedi arahan pengarah terkenal, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.

Ketika filem ini ditayangkan, Ogy sudah dikenali sebagai seorang penyanyi manakala Azmil pula masih bergelar pelakon baharu.

Namun, keserasian mereka dalam filem ini yang membuatkan penonton cukup terhibur melihat aksi mereka.

Azura

Filem Azura mula ditayangkan di pawagam 13 Disember 1984 dan telah berjaya menaikkan nama Datuk Jamal Abdillah sebagai pelakon popular.

Watak Azura dan Zack (lakonan Jamal) cukup berbekas dalam kalangan penonton seperti lagu berjudul Azura yang sehingga kini masih didengar.

Filem ini juga walaupun tidak mendapat kutipan yang baik semasa ditayangkan, masih kekal ditonton hingga kini.

Balada

Filem Balada merupakan merupakan sebuah filem yang diterbitkan pada 1993 yang diarahkan Tan Sri Jins Shamsudin.

Menerusi filem ini, Ogy digandingkan dengan penyanyi, pelakon dan pencipta lagu, Datuk M.Nasir.

Bagaimanapun, filem ini tidak mendapat sambutan yang baik dalam kalangan penonton walaupun mempertaruhkan dua pelakon hebat.

MV5BMTY0ZjE3NTYtZjJlYi00NGE0LTg0NzQtMzdlOWMxY2RlYTNjXkEyXkFqcGdeQXVyNDkyMzMyODM@._V1_

Puteri

Filem Puteri merupakan sebuah karya arahan Datuk Rahim Razali dan ditayangkan pada 1987.

Menariknya, filem ini pertama kali menggandingkan Ogy dengan Eman Manan sebagai pelakon sebelum mereka bercinta.

Tiga tahun selepas filem ini ditayangkan, Eman berkahwin dengan Ogy pada 23 Disember 1990 dan mendapat liputan luas media ketika itu.

Namun, pasangan ini memfailkan perceraian pada 2 Julai 2003. — Majoriti

Kredit : TV3/IG

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button