Maya Karin Diserang Panic Attack’ Atas Pentas, Tindakan Faizal Hussein Buat Maya Karin Ramai Cakap “Gentleman” Habis!!

Jumaat lepas, 2 Disember 2022 telah berlangsungnya Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) 2022 pada jam 9:00 malam di saluran TV2 dan berlangsung secara ‘live’ di Encore, Melaka.
Maya Karim Sebagai Penyampai Trofi
Malam FFM32 ini menampilkan pengacara Awal Ashaari dan Che Puan Sarimah Ibrahim. Antara barisan artis yang membuat persembahan malam FFM32, Datuk Zainal Abidin, Siti Nordiana, Azlan & The Typewriters, Ernie Zakri, Marsha dan Hazama.
Penyampai trofi pula telah disampaikan oleh Maya Karin, Namron, Faizal Hussein, Zul Ariffin, Ummi Nazeera, Hairul Azreen, Adrian Teh, Ashraf Muslim dan ramai lagi.
Maya Karim “Panic Attack”?
Satu perkongsian di TikTok milik Zal H, dia ada memuat naik satu video yang menunjukkan detik ketika Maya Karim dan Faizal Hussein menyampaikan anugerah pada malam tersebut.
Dalam video tersebut, Maya Karim kelihatan agak gelabah dan badannya menggeletar sehingga dia terpaksa menanggalkan kasut yang dipakainya.
Faizal Hussein Dianggap Hero.

Malah di Instagram Maya, dia ada menyatakan bahawa Faizal Hussein adalah heronya pada malam tersebut dan tindakan Faizal yang cuba menenangkan Maya kelihatan sangat ‘gentleman’.
Tindakan Faizal tersebut telah mencetuskan pujian dari netizen danmelihat diruangan komen, ramai yang memuji tindakan Faizal dan menyatakan Faizal adalah hero sebenar siap bawakan kasut Maya Karin.
Maya atau Maya Karin Roelcke, 43, sebelum ini menjadi perhatian peminat apabila dilihat tiba-tiba menggigil ketika membacakan pemenang bagi kategori Pelakon Lelaki Harapan Terbaik yang disiarkan secara langsung di TV2.
Maya turut berterima kasih kepada aktor Faizal Hussein yang tampil sebagai rakan penyampainya kerana menjadi penyelamat ketika dia berada dalam keadaan tidak stabil.
“Hero saya, sangat gentleman, siap kutip kasut saya yang tertinggal di pentas,” tulisnya di Instagram.
Maya Karin berterima kasih pada Faizal Hussein kerana membantu.
Dalam pada itu, Maya juga menjelaskan dia terpaksa menanggalkan kasut bagi mengelakkan dirinya jatvh pengsan selain membuatkan dia berasa lebih tenang.
Kata Maya, itu adalah satu-satunya cara untuk mengawal serangan panik ketika itu dan dia perlu membuat tindakan pantas sebelum berlaku sesuatu tidak diingini.
“Satu-satunya cara untuk bertenang dan tidak pengsan adalah memastikan kaki saya jejak tanah. Terima kasih seribu kali kepada Faizal Hussein sekali lagi,” katanya.
Ketika serangan tersebut, Maya sempat meminta maaf kepada kerana terpaksa memegang bahu Faizal dan membuka kasut tumit tingginya bagi mengelakkan dia tidak terjatuh.
Meskipun berdepan saat mencem4skan itu, Maya dengan spontan meneruskan tugasnya dengan cemerlang pada malam tersebut.
Maya Karin diserang panik ketika sedang menyampaikan anugerah.
Sehubungan itu, rata-rata peminat Maya turut meluahkan rasa bimbang melihat keadaan aktres tersebut sekaligus berterima kasih kepada Faizal Hussein.
Saya dah risau dah takut terpengsan. Nasib baik lah Faizal Hussein jadi hero. Nampak tenang muka Faizal Hussein.
“Kesian Maya sampai menggigil tangan. Nasib baik Maya berjaya kawal keadaan dengan baik,” antara komen peminat.
Antara lain komen netizen,
— RedsJakes (@RedsJakes) December 4, 2022
— RedsJakes (@RedsJakes) December 4, 2022
Sumber Murai.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih