Bahu cedera kena tendang, Akhirnya Ashraf Muslim ceritakan apa sebenarnya yang terjadi - Menujukebenaran
Uncategorized

Bahu cedera kena tendang, Akhirnya Ashraf Muslim ceritakan apa sebenarnya yang terjadi

Pelakon Ashraf Muslim terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu dengan menaiki ambulan selepas mengalami kecederaan akibat ditendang kuda pada Ahad lalu.

Ashraf atau Muhd Ashraf Muslim, 41, berkata, dia mengalami kecederaan di bahagian bahu kiri selepas ditendang dan disadung oleh kuda miliknya ketika menyertai sebuah program perlumbaan kuda di Penn Endurance Cherating Beach, Terengganu.

“Pertama kena tendang dengan kuda orang lain. Kedua di sadung dengan kuda sendiri.

No pain, no ride. Tunggu sebulan lagi, apabila sudah sembuh Insya Allah kita ride semula,” katanya. 

Ashraf berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang memperlihatkan dia sedang terbaring di dalam ambulan bagi mendapatkan rawatan di hospital.

Dalam video tersebut, Ashraf memakai anduh pada bahagian bahu selain pergelangan tangan kanannya turut berbalut.

Dalam pada itu, Ashraf memberitahu disebabkan insiden itu dia tidak dapat menghabiskan perlumbaan 40 kilometer bersama kudanya namun berjanji akan kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan.

Klik link dibawah untuk video

VIDEO

Namun pelakon itu menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak penganjur atas rawatan segera yang diterima selepas kejadian berlaku.

“Mungkin kali ini tiada peluang untuk saya habiskan 40 kilometer tapi berbekalkan semangat yang ada, saya akan lawan.

Doakan saya dan saya doakan kalian semua dimurahkan rezeki dan diberikati Allah SWT. Amin.

“Apa-apa pun terima kasih kepada yang membantu dan Alhamdulillah pihak perubatan untuk acara kali ini sangat mesra dan pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah yang sungguh cekap dan teliti serta mesra dengan pesakit… terima kasih doktor dan jururawat,” katanya lagi.

Sumber: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button