“Duit tak cukup….” – Akhirnya ini pengakuan Azri Iskandar bila disoal wartawan statusnya terkini hubungannya dgn Dr Azra Buat Ramai Terkejutt - Menujukebenaran
Uncategorized

“Duit tak cukup….” – Akhirnya ini pengakuan Azri Iskandar bila disoal wartawan statusnya terkini hubungannya dgn Dr Azra Buat Ramai Terkejutt

Pejam celik pejam celik, kita sudah hampir hujung tahun tapi mesti dalam kalangan kita tertanya-tanya apa kesudahan mengenai mengenai kisah percintaan antara pelakon terkenal, Azri Iskandar dengan seorang wanita dikenali sebagai Azra Diera Abdul Hamid.

Mana tidaknya, ramai yang tertunggu-tunggu bila hari bahagia mereka akan tiba memandangkan sebelum ini Azri pernah memaklumkan dia bakal berkahwin bersama tunangnya itu pada hujung tahun ini.

Namun begitu, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh @Melodi di laman TikToknya, Azri telah menjawab persoalan mengenai majlis perkahwinannya itu.

Jelas pelakon yang berusia 54 tahun itu lagi, buat masa ini dia masih kekurangan duit dan masih dalam proses mengumpulkan wang perbelanjaan bagi menuju hari bahagianya bersama Azra.

LIHAT VIDEO DIBAWAH SEKALI….

Malah, dia turut berharap akan melakukan majlis untuk secepat yang mungkin memandangkan mereka masih mempunyai perasan suka sama suka.

“Saya dengan Azra masih kawan macam biasa lagi. Kami tengah simpan duit. Nantilah tunggu, jangka cuti sekolah Disember tapi doakan saya dapat kerja, harap banyak dapat kerja. Kami dah janji nak buat secepat boleh sebab yang paling penting adalah duit sebab belum cukup.

“Saya jangka bila sampai je cuti sekolah itu saya dah ada dah (duit). Allah yang tentukan sejauh mana cinta saya dengan Azra, tak boleh nak lebih-lebih sebab cinta saya paling agun adalah pada yang Maha Esa,” katanya.

Dalam pada itu, Azri menegaskan dia berpegang kepada janji dimana akan mendedahkan wajah wanita yang dicintainya itu pada masa yang sesuai kepada umum kelak.

“Azra ini kalau betul jodoh saya, cintalah memang sayang dia dan alhamdulilah setakat ini dia sayang saya lagi, doakan saya ya.

“Janji itu memang saya pegang, doakan jadi je dahulu bila jadi ada gambar kan..ambil banyak-banyak dan cantum-cantumkan boleh besar tu,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, Azri Iskandar pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ellie Suriaty namun, mereka telah bercerai pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun melayari bahtera perkahwinan.

Video.

Sumber Obulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button