Datuk Aznil Nawawi mentor program Raja Viral dedah sesuatu mengenai prank lempar kek. Rupanya dia dh ada pesan benda ni dkt lelaki tersebut

SUSULAN penularan video personaliti media sosial Daing Ellando yang melakukan prank ke atas seorang wanita, nama pengacara Datuk Aznil Nawawi turut terpalit sama.
Ia ekoran pengacara tersohor itu merupakan mentor kepada TikToker berkenaan yang terlibat dalam program Raja Viral.
Menjelaskan perkara tersebut, Aznil, 60, berkata, dia sudah dimaklumkan video tersebut hanya lakonan semata-mata dan semua pelakon dalam rakaman tersebut dibayar.
“Katanya ia bertujuan sebagai satu social experiment untuk melihat reaksi masyarakat Malaysia. Selepas video tersebut dibuat tiada pun orang datang membantu.

Aznil dimaklumkan ia hanya kajian sosial untuk rakyat Malaysia.
“Silapnya dalam video tersebut, dia tidak mendedahkan tujuan sebenar,” katanya.
Aznil mengulas isu video berkenaan dalam satu perkongsian video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.
Dalam pada itu, Aznil memberitahu sudah menasihati semua yang terlibat agar tidak melakukan perkara boleh mendatangkan masalah semata-mata meraih perhatian.
“Saya baru tahu hal tersebut dan sebelum ini dah cakap jangan buat content yang boleh ‘makan’ diri sendiri.
“Dia bayar semua orang yang ada di situ untuk buat content tersebut… ia adalah di luar pengetahuan saya,” ujarnya.
Aznil berkata, sebagai mentor dia mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa terjadi dan akan berusaha menasihati peserta program tersebut supaya lebih prihatin dalam menghasilkan kandungan di media sosial.
“Saya akan ambil tanggungjawab ini untuk bimbing mereka dengan lebih baik supaya boleh dijadikan contoh apabila buat content di media sosial.
“Kita boleh sahaja buat perkara viral dengan acuan sendiri seperti menunjukkan kasih sayang,” jelasnya.
Sementara itu, ramai selebriti meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan video berkenaan dan menyifatkan ia sebagai biadab dan kurang ajar.
Malah pelakon Ruhainies mahu membaling kasut tumit tingginya ke arah pelaku gara-gara terlalu marah dengan video berkenaan.
Tindakan Daing menerima kecaman hebat dari netizen dan selebriti.
Aktor Sharnaaz pula mahu bersemuka dengan Daing dan meminta personaliti media sosial itu membuat prank tersebut terhadap dirinya.
“Mai (mari) prank aku… Nak alamat tak? Kalau tak, ramai nak prank hang ni,” tulisnya menerusi ruangan komen di Instagram mStar.
Bagaimanapun, pelakon Yana Samsudin mendakwa wanita yang menjadi mangsa prank memakai mikrofon dan menerima bayaran untuk membuat video berkenaan.
“Uish, kenapa akak tu ada mic? Ini lakonan dik. Geram pula walaupun lakonan. Semua yang ada dekat situ dibayar,” tulisnya.
Terdahulu, tindakan dilakukan Daing mendapat kecaman hebat kerana ia turut membabitkan sensitiviti Orang Kurang Upaya (OKU).
Menerusi video tersebut Daing bertindak biadab apabila melumurkan sebiji kek ke arah wajah seorang wanita yang sedang menolak anaknya di atas kerusi roda.
Video,
— RedsJakes (@RedsJakes) December 10, 2022
Sumber Mstar/kucingpink
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih