Dikecam Teruk Akhirnya Lelaki Yang Tekup Kek Atas Kepala Makcik Ini Tampil Ceritakan Perkara Sebenar. 'M4ngsa' Juga Turut Tampilkan Diri - Menujukebenaran
Uncategorized

Dikecam Teruk Akhirnya Lelaki Yang Tekup Kek Atas Kepala Makcik Ini Tampil Ceritakan Perkara Sebenar. ‘M4ngsa’ Juga Turut Tampilkan Diri

Pada hari ini ramai anak-anak muda berebut mahu membuat ‘wang mudah’ dengan menjadi seorang pencipta konten digital.

Bagaimanapun, hanya segelintir sahaja yang dapat memberikan manfaat buat masyarakat, selebihnya sekadar mengundang kecaman dan makian netizen sahaja.

Baru-baru ini tular satu rakaman video TikTok di mana ada seorang TikToker membuat konten ‘prank‘ dengan mencampak sebiji kek ke arah muka seorang wanita yang ketika dia sedang menemani anaknya seorang OKU berkerusi roda beriadah di taman rekreasi.

VIDEO

“Ini adalah surprise semata-mata. Ini hanya nak menguji kesabaran akak menjaga anak-anaknya. So kita nak tengok reaksi akak. Minta maaf sangat-sangat

“Tak patut. Kenapa nak buat saya? Saya tengah bawa anak saya tau,” soal wanita tersebut.

“Ya saya nak menguji kesabaran akak membawa anak. So alhamdulilah akak tak serang saya, akak cuma meninggikan suara. So saya minta maaf kak dari hujung rambut sampai hujung kaki,” jelas TikToker itu lagi.

Wanita tersebut berasa sangat kecewa dengan jawapan tidak munasabah yang diulang-ulang oleh TikToker terbabit — sekadar mahu menguji kesabaran seorang ibu menjaga anak OKU.

Tindakan TikToker itu telah mendapat kecaman netizen dan orang ramai mahu pembelaan yang adil buat wanita tersebut yang ‘dimalukan’ di khalayak ramai, lebih-lebih di hadapan anaknya sendiri.

Antara reaksi netizen

 

Difahamkan TikToker itu juga merupakan salah seorang peserta program realiti yang dianjurkan bersama oleh seorang selebriti, rangkaian pasar raya dan platform TikTok.

Seramai 12 TikToker perlu menyiapkan tugasan membangunkan pelbagai tema konten video selama lapan minggu untuk merebut hadiah wang tunai RM80,000.

Tujuan program realiti itu diadakan untuk mengembangkan komuniti pencipta konten digital yang boleh mengubah impak viral kepada positif terhadap orang ramai.

Nampaknya video konten yang dicipta TikToker terbabit sudah jauh tersasar daripada objektif utama, bahkan menerima tentangan dan kritikan masyarakat setempat.

Terkini,TikToker, Daing Iskandar Mohd Tahir memohon maaf atas keterlanjurannya memuat naik video prank baru-baru ini hingga menimbulkan kem4rahan ramai.
Daing Iskandar membuat permohonan maaf itu menerusi video dimuat naik di akaun TikTok, hari ini.

Assalamualaikum, saya Daing Iskandar Mohd Tahir ingin membuat permohonan maaf secara terbuka dan tanpa bersyarat kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya pihak terkesan dengan video itu sama ada secara langsung atau tidak.

“Saya mengambil tanggungjawab penuh di atas baik dan buruk terhasil daripada hantaran video itu.

“Saya ambil iktibar atas kekhilafan ini dan memohon kepada semua pihak agar tidak meniru aksi prank seperti itu.

“Saya juga belajar meneladani adab, budaya, norma ketimuran yang sesuai untuk pengamalan secara harmoni di Malaysia. Saya harap tiada lagi yang share (kongsi) serta tutup video itu,” katanya.

Menerusi video berdurasi tiga minit itu, Daing Iskandar turut menjelaskan wanita yang menjadi ‘m4ngsa’ dalam video berkenaan adalah ibu angkatnya.

“Ia adalah lakonan semata-mata dan sebenarnya bukan nak prank emak, tetapi orang sekeliling, namun tiada langsung (orang) yang peduli,” katanya.

Sementara itu, ibu angkat Daing Iskandar yang tidak mendedahkan namanya mengaku ditawarkan menjadi pelakon bagi menjayakan projek video berkenaan.

Katanya, video itu dihasilkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tanpa ada niat untuk menyinggung sesiapa.

“Saya diberi tugas melakonkan watak sebagai ibu membawa anak Orang Kurang Upaya (OKU) yang mana saya di prank menggunakan kek.

“Saya bersetuju melakonkan watak itu untuk membantunya sebagai anak muda berjaya di TikTok. Saya minta maaf sekiranya lakonan atau prank itu mengguris hati rakyat Malaysia dan berharap anda maafkan kami. Insya Allah kami tak akan lakukan lagi,” katanya.

 

Dalam pada itu, wanita terbabit berkata, dia kasihan kepada Daing Iskandar yang menerima kecaman selepas tularnya video berkenaan, malah mendakwa turut menerima ugutan.

“Saya sayang dia, saya harap kita semua jangan terlalu mengikut emosi kerana lakonan ini hanya bertujuan untuk kesedaran kepada semua,” katanya yang mengakui takut dengan penangan tular.

Sumber: HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button