Lepas tular foto suami beliau, Isteri 'kembar' Shuib dedah suatu benda yang suami dia sama dgn Shuib - Menujukebenaran
Uncategorized

Lepas tular foto suami beliau, Isteri ‘kembar’ Shuib dedah suatu benda yang suami dia sama dgn Shuib

ISTERI kepada Leftenan Komander Mohamad Khairul Anuar Md Halim mendedahkan suaminya itu sebelum ini memang sering menjadi bahan usikan keluarga dan rakan-rakan terdekat ekoran wajahnya mirip dengan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib.

Norliyana Abdul Rahman, 35, berkata, disebabkan wajah mereka seiras ada juga memanggil suaminya dengan nama ‘Shuib’ namun tidak pernah menyangka foto suaminya tular sehingga menjadi perhatian ramai.

“Saya memang terkejut sebab sebelum ini keluarga dan kawan-kawan sahaja yang cakap wajah suami macam Shuib tapi kami anggap ia gurauan dan tak sangka pula foto suami viral.

“Malah rakan-rakan dan keluarga saya sendiri kerap mengusiknya dengan memanggilnya ‘Shuib’.

Khairul bersama isteri dan anaknya.

“Tak pernah terfikir pula Shuib yang sebenar nak berjumpa dengannya,” katanya kepada mStar.

Terdahulu Shuib berkongsi foto Muhammad Khairul yang juga anggota Malaysia Battalion (MALBAT) 850-9 itu berpakaian seragam ketika acara perbarisan di Instagram.

Malah pelawak itu turut meminta bantuan netizen untuk menjejaki lelaki berkenaan kerana ingin bertemu sendiri dengan ‘kembarnya’.

Tambah ibu kepada tiga cahaya mata ini, wajah suaminya lebih mirip dengan Shuib berbanding sekarang.

“Gambar lama-lama dulu lebih seiras sebenarnya sebab waktu itu dia masih kurus. Sekarang dah kurang sebab suami dah berisi sikit,” ujarnya.

Dalam pada itu, Norliyana juga mendedahkan Muhammad Khairul dan Shuib mempunyai persamaan lain iaitu suaminya juga seorang yang kelakar.

Tetapi kata Norliyana, sifat humor suaminya tidak setanding dengan Shuib yang lebih kelakar.

“Suami saya pun kelakar orangnya, tapi tak la sama ‘level’ dengan Shuib tetapi dia memang lucu orangnya,” katanya.

Mengulas mengenai hasrat Shuib ingin bertemu dengan Muhammad Khairul, Norliyana berkata, perkara itu perlu mendapat kebenaran daripada pihak majikan suaminya sebelum memberi persetujuan.

318972577_3315621255359507_6580369289106689628_n

Shuib cari lelaki seiras wajahnya.

Pun begitu, Norliyana berkata, mereka ada menerima panggilan daripada produser Suria FM yang mencadangkan tarikh dan masa untuk bertemu Shuib di konti.

“Sekarang ini saya hanya tunggu masa serta ruang kalau ada kesempatan untuk suami dan Shuib bertemu memandangkan kami sekeluarga bercadang bercuti di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

“Apa-apa pun kena tunggu persetujuan daripada pihak majikan suami sebelum boleh buat sebarang keputusan,” jelasnya.

“Memang rakan selalu usik cakap wajah saya seperti Shuib tetapi saya tak ambil serius sangat sebab itu cuma gurauan.“

Tetapi kali ini tak sangka pula gambar saya akan tular hingga mendapat perhatian ramai termasuk Shuib sendiri,” kata Leftenan Komander Mohamad Khairul Anuar Md Halim.

Mohamad Khairul Anuar, 35, yang juga anggota Malaysian Battalion (MALBATT) 850-9 adalah individu yang tular apabila wajahnya dikatakan seiras pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu.

 

Bapa kepada tiga anak itu berkata, dia hanya menyedari gambarnya tular di Facebook (FB) selepas dimaklumkan isteri dan beberapa rakan.

Menurutnya, dia kemudiannya membaca setiap komen di FB berkenaan yang menyamakannya dengan Shuib, namun tidak membalas komen itu kerana menganggap ia adalah perkara biasa.

“Selepas itu ramai pula yang beritahu Shuib sudah memuat naik hantaran di Instagram (IG) dan mencari saya.

Saya sudah menghubunginya melalui IG isteri kerana saya tiada akaun IG.

“Kemudiannya produser sebuah stesen radio ada menghubungi kami dan mencadangkan tarikh dan masa untuk berjumpa Shuib di konti.

“Kebetulan tarikh itu sama dengan perancangan saya mahu membawa keluarga bercuti di Kuala Lumpur.

InsyaAllah kalau diberikan kesempatan dan masa terluang kami akan bertemu,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, niatnya mahu berjumpa pelawak itu kerana untuk meraikan jemputan Shuib selain pertemuan itu boleh mengeratkan silaturahim.

“Saya juga ‘layan’ lawak Sepahtu dan tonton program mereka. Tak sangka juga Shuib sendiri yang mahu bertemu dan menghargai jemputan itu,” katanya yang kini sedang bercuti di kampung halaman di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Bercerita lanjut, Mohamad Khairul Anuar berkata, sebelum ini ada keluarga isterinya memberitahu wajahnya seiras Shuib, malah rakan juga kerap mengusik, malah pernah memanggilnya Shuib.

Katanya, gambar yang tular itu dirakam ketika perbarisan dan mungkin sudut gambar diambil jurugambar dan kerutan wajahnya kerana cuaca ketika itu menyebabkan wajahnya seiras Shuib.

“Saya tak mahu bandingkan wajah sama seperti siapa pun tetapi kalau orang yang komen itu pada saya adalah pandangannya dan saya hormati.

“Saya tak kisah jika mahu komen atau bergurau asalkan ia tidak mengganggu sensitiviti sesiapa,” kata pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bertugas di Pangkalan TLDM Lumut.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button