Ak intai mak dlm bilik, lihat mak peluk sesuatu. Ak berdehem, mak cpt2 baring. Rupa2nya mak sembunyi sesuatu. - Menujukebenaran
Uncategorized

Ak intai mak dlm bilik, lihat mak peluk sesuatu. Ak berdehem, mak cpt2 baring. Rupa2nya mak sembunyi sesuatu.

Foto sekadar hiasan.

Assalam semua pembaca. Teringin pulak nak kongsi kisah lama. Kisah yang dah berlalu hampir 10 tahun lepas. Masing2 dah ada kehidupan sendiri namun duka tersebut kekal dalam ingatan.

Sebelum tu aku perkenalkan dulu adik beradik aku. Kami ada 6 orang adik beradik dan aku nombor 4. Along, angah, acik, aku, ila dan naim. Along aku duduk jauh dengan kami. Kami di utara dan along nun jauh di selatan.

Sebab zaman dulu rumah kami tak ada sekolah menengah jadi mak hantar along duduk dengan nenek aku dekat Johor. Maka berdikarilah along sendirian di sekolah agama dekat johor.

Zaman dulu pulak tak ada telefon bimbit dan telefon tiang tu pun kalau ada along kena jalan 4 km dari sekolah dan mak perlu ke pekan untuk menggunakannya. Jadi mak hanya mengutus surat buat along dengan harapan along balas.

Sekali dua adalah along balas. Itupun jika posmen masuk ke kampung kami. Zaman tu susah sikit. Ibu mana yang tak rindukan anak. Mak aku hantar dia jauh sebab nak kasi pendidikan pada dia.

Abah aku cerita tiap2 malam mak aku tahajjud sebut nama along2. Doa along jadi orang berguna. Doa along jadi haffiz, mampu uruskan sendiri jenzah emak nanti. Kalau mak nampak budak2 sebaya along, abah kata mak mulalah cengeng. Menangis rindu.

Tapi apa boleh buat. Jarak memisahkan. Kalau kereta uzur abah sihat, dapatlah abah bawa mak balik johor. Kalau tidak mak hanya mampu menarap potret along. Daam setahun mungkin 2, 3 kali sahaja mereka jumpa.

Pendek cerita, along tamat belajar. Tak jadi haffiz tapi alhamdulillah jadi orang berguna. Mak punya suka sampai buat kenduri doa selamat. Abah kata excited betul mak jemput orang kampung datang kenduri. Sempena dengan along tamat belajar.

Sebulan selepas tu, abah kata along dapat kerja. Along telefon uncle chong (tauke kedai runcit) kawan abah. Dia antara yang ada telefon di rumah. Along cakap along dah kerja. Kerja sambilan sahaja di sebuah restauran.

Bila abah balik beritahu mak, mak punya suka sampai terus sujud syukur atas tanah masa tengah sapu sampah. Bila dengar je ketawa abah, mak baru sedar dia sujud atas tanah. 2,3 tahun lepas tu along dah jarang contact mak. Abah pun.

Mak pula walaupun sibuk menjaga kami, tapi mak tetap tak lupa. Hari-2 mak cerita pasal along pada kami. Aku ingat lagi masa tu, mak cakap alonglah harapan mak dan adik-2 masa mak dan abah tua nanti. Aku pula angguk-2 saja acah faham. Zaman makin berlalu.

Along berkahwin dengan wanita dari johor juga. Selepas 1 tahun kahwin, along seakan lupa mak dan abah. Akak ipar aku juga tidak ada menghubungi emak dan abah bertanya khabar. Sepi. Maka mak dan abah pergi ke rumah along.

Masa tu aku umur dalam darjah 5 lebih kurang (tak ingat sangat). Akak ipar aku kerja, along pun kerja. Kami datang rumah tu sekolah datang beramah mesra dengan dinding, pagar and so on.

Rumah tidak ada orang. Sudahlah begitu, balik kerja je kakak ipar aku tinggal makan apa yang mak aku masak. Membantu di dapur usah dikatalah. MemAng tidak sekali.

Raya memang along tiap2 tahun raya belah isteri dia. Pernah sekali sahaja along balik beraya di rumah. SEKALI. Itupun banyak mak abah yang tanggung duit minyak. Along berhenti kerja. Nak mula bussines sendiri.

Aku dan adik beradik lain memang tak sokong sebab takut along jenis yang cepat putus asa. Tapu orang kata doa mak ni kan tak ada hijab, hari-2 doa akhirnya along berjaya buka restauran.

Tahun demi tahun berlalu. Aku mula bising pada along. Suruh along balik beraya. Mak dan abah pula bukannya makin muda. Esok-2 bila mak abah tak ada baru nak datang sujud kat kubur. Aku dan adik beradik lain semua bising. Tapi respon along cuma “busy, orang ramai.

Crew restoran tak cukup”. Mak aku punya husnuzon tahap tinggi langit. Aku dah cakap kat mak, restoran abang tu dah maju. Pekerja ramai, apa lagi yang tak cukupnya. Mak cuma cakap “biarlah along nak raya di sana agaknya”. Bulan-2 pula kadangkala along ada beri mak wang, tak banyak tapi cukuplah katanya. Hmm.

Aku setiap kali raya mesti mengintai mak dalam bilik. Curi-2 intai, itupun setelah kawtim dengan boss (abah). Malam raya selalunya mak akan sediakan kelengkapan dan bahan untuk masa esok pagi. Lepas je siap mak akan masuk bilik, berehat katanya.

Aku pun intai di sebalik pintu, nampak mak pegang gambar kami masa kecik2 (gambar along cantum dengan gambar kami). Mak pluk gambar tu, pejam mata dan aku rasa mak menangis. Tapi wajah tetap tenang.

Bila aku buat-2 berdehem nak masuk bilik, mak cepat-2 baring. Konon tengah berehat. Retak hati aku tengok mak macam tu. aku ada mesej along tapi katanya aku tak faham dia. Entahlah.

Mak aku ada cakap, setiap kali raya akak ipar aku tak pernah cakap apa-2 pada mak. Aku memang benci dia dari dulu lagi. Dia selalu lebihkan keluarga dia. Masukkan gambar makan-2 dengan keluarga, keluar jalan-2 dengan keluarga dia.

Habis kami? Pernah dia fikir? Aku bukan nak duit. Aku tak hamak pun. Tapi aku nak masa seorang anak. Aku nak tu. Aku tak nak mak aku nangis di hujung usia.

Kakak ipar aku jenis cakap depan semut pun tak mti. Kalau belakang allahu, tuhan je tahu peritnya. Mak aku pernah pinjam duit pada dorang. Masa tu aku dengan abang2 lain baru nak masuk belajar, tak cukup duit. Akak ipar aku pergi canang kat semua orang kampung. Bila mak aku balik johor, satu kampung tahu. Malu mak aku.

Kakak ipar aku tak reti masak. Along aku saja yang tahu sebab dulu mak sempat ajar dia masak mana yang mudah. Setiap kali kami balik johor dan datang rumah along, mesti mak aku akan jadi hamba abdi dia. Siang pagi malam keja masak aje.

Kami pulak yang lelaki ni kadang-2 masuk dapur tolong mak. Akak ipar duduk di ruang tamu main telefon. Along jangan haraplah dia nak marah. Mak aku? Hmm pendam selagi mampu.

Hujung usia mak aku, ada kisah yang berlaku. masa tu aku cuti awal. Aku balik 1 minggu sebelum raya. Aku tengok mak bersungguh-sungguh nak siapkan barang-2 nak raya.

Baju raya mak pilih yang mahal. Sanggup mak nak keluarkan duit (tapi aku tak bagi, aku bayar) sebab nak beli baju mahal. Aku layankan saja sebab ingat sekali sekala mak nak bergaya.

Kuih-2 raya bersusun bertingkat-2, daun palas selalu beli satu ikat tapi hari tu beli dua ikat. Berlambak. Itik, ayam, daging… semua mak beli. Bila aku tanya, akhirnya keluarlah sebuah jawapan dengan wajah yang berseri-2.

“Along nak balik lusa” aku tanya lagi kenapa tak balik raya? Raya along sibuk mak kata. Aku senyum sinis. Heh, macam aku tak tahu bini kau yang tak nak. Sibuk nak berkepit dengan keluarga sana.

Hari yang dijanjikan kunjung tiba. Mak aku masak banyak juadah berbuka. Penuh satu meja. Katanya anak cucu nak makan. Tunggu punya tunggu along kata tak jadi balik. Anak dia mengmuk tak nak balik. Kereta dia pun meragam. Mak senyum sambil jawab “tak apa long, mak faham” aku masa tu macam orang naik hantu.

Berbakul-2 makian aku sembur pada along. Dia cuma diam. Entah dia atau entah bini dia yang bca mesej. Emak kemas meja, emak masukkan lauk-2 yang dimasak dalam bekas dan simpan dalam peti.

Aku alang dan acik menitis air mata sambil bantu mak. Mak kata lauk ni simpanlah boleh makan lagi dua tiga hari. Panaskan saja. Lepas tu mak terus masuk bilik.

Malam ni kami berlima datang duduk atas katil mak. Mak mengadu dia lenguh. Adik aku urut kaki mak, aku urut tangan. Alang dan acik baring pluk mak. Mak kata rindu masa kami kecik-2 dulu. Selalu melekat je dengan mak.

Malam tu mak cerita semua pasal kami. Bermula dengan pregnat, melahirkan dan menjaga kami sampai besar panjang. SEMUA. Menitis air mata jantan kami.

Sahur pagi esoknya, mak skit badan. Lenguh-2 katanya. Kami tak kasi mak bangun. Lauk pauk kami panaskan. Tunggang terbalik jugaklah dapur dibuatnya. Kami suap mak, duduk sembang lagi.

Entah kenapa aku rasa tak sedap hati. Tengah sembang-2 mak cakap kalau along ada mesti lagi best. Kami marah sebab mak terlalu lembut dengan along. Mak kata mak tak sampai hati.

Lepas solat berjemaah subuh, mak rebah. Pendekkan cerita, mak menghembuskan nafas sebaik menunaikan solat subuh. Mak sempat menyuruh kami menyampaikan salamnya buat along. Sedih. Sebak. Kami telefon along tapi panggilan tidak berjawab.

Pendekkan cerita lagi, along menghubungi kami semula ketika urusan memandi dan mengkafankan jen4zah selesai. Itupun setelah melihat hampir 100 miscall dari kami semua. sebaik sahaja aku beritahu yang emak sudah tiada, along menagis. Tiada gunanya log. Tiada guna.

Along suruh tunggu dia balik, dia nak tengok mak tapi kami sepakat untuk menyegerakan urusan pengebumian. Kasihan jen4zah. Ustaz juga ada menasihati kami agar menyegerakan urusan. Along sampai di rumah malam itu. Menangis meraung meratal semuanya ada.

Along pluk abah tapi abah tolak. Abah kata kenapa pulang? Along bersujud minta maaf tapi abah kata mak kau dah takde. Along pergi pula pada kami, menangis minta maaf. Kami juga kosong ketika itu. Kosong jiwa. Kosong minda.

Sahur itu kami panaskan lauk masakan terakhir emak. Ada diantaranya yang masih elok. Kami makan sambil menitis air mata. Abah suap kami seorang demi seorang. Katanya masa tinggal berdua dengan emak, itulah guruan merek.

Saling menyuapkan. Esoknya along ke kubur mak, meraung meratap memanggil emak kembali. Tapi tiada sahutan. Tiada senyuman. Tiada suara riuh emak bercerita. Tiada lagi insan yang mendoakan.

Kini, sudah 10 tahun peristiwa itu berlalu. Tapi kenangan dengan arwh mak masih segar dalam ingatan. Setiap kali ramadhan, masih terngiang-2 suara mak memanggil kami makan.

Menyambut kami di pintu rumah setiap kali balik cuti. Lidah kami masih terasa keenakan masakan emak. Masih terbayang keletah lincah mak memasak di dapur. Rindu. Rindu yang tak terluah.

Along pula menanggung sesal yang tak sudah. Along berpindah duduk di rumah lama kami. Rumah kenangan emak dan abah. Tapi abah masih terluuka. Masih belum mampu maafkan perbuatan alonf.

Akak ipar aku pula sibuk berubat sana sini supaya along kembali ‘taat’ kepadanya. Macam mana aku tahu? Sebab aku sendiri pernah terkena benda buruk yang dihantar. Doa aku semoga dia berubah.

Pengajaran cerita aku ialah anak lelaki, utamakan ibumu. Ibu satu. Tiada ganti. Hiilang itu maka hiilanglah selamanya. Baliklah beraya hiburkan hati mak abah masing-2.

Jangan sekadar menghulur wang. Hulurkan juga kasih sayang. Kerana kasih sayang pengikat tali kekeluargaan. Maaf cerita panjang. Hope dapat ambil pengajaran.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Cik Mimy, Menyesal aku baca cerita kau dikk… Tahu x, akak baca sambil menangis berjuraian air mata bila masuk bab kata along x jadi balik dan mak adik cerita tentang pengalaman dia lahirkan korg semua… Serius wa nangis terokk..

Cerita kita hampir sama cuma beza nya along n kak ngah… Kakak pada akak juga berperangai begini… Pentingkan kerjaya… Kami 11 beradik, dia lah yg paling ego paling hebat di hati dia…

Seminggu shj arwh mak akak s4kit demam biasa, beliau pergi sblm solat zohor… Semua terkejut semua x sangka sbb abah yg skit lumpuh masa tu… Betullah kata adik tu, bukan wang ringgit yg mak bapak harapkan dari seorg ank tp kasih syg n perhatian, itu dah cukup utk ubat kerinduan ibu bapa.

Raya ni x de ape pun yg akak harap melainkan adik beradik akak n ank2 sedara pulang beraya ke umah ladang ni, utk ubat kerinduan abah n dtg melawat kubur mak akak… Tu sj… Klu korg baca (tuju pd adik beradik akak, sbb dorg pun follower page ni), pls lah blk korg tahun ni tgk abah, sudah2lah tu merajok, abah marah x lama pun, buanglah ego tu, baliklah…

Semua na blh jaga na blh rawat na uruskan, hanya penykit rindu abah pada korg je yg na x leh ubatkan… X de penawar utk kerinduan ayah pada ank2… Dah 13 thn korg x pulang Malaysia, abah pun bila pergi ke sana korg elak… Jgn terlambat mcm arwh mak sblm ni… Pls.

Emma Amy, dram4tiknya ayah dia sampai tolak2 si along..hahaha sorry tak boleh nak relate dengan cerita ni. harap2 along dengan keluarga confessor boleh berbaik,nasi sudah jadi bubur, jangan putus silaturahim keluarga, lagi2 dengan adik beradik.

kalau betul along tu kena guna2 baik bawak dia pegi berubat, tapi biasenye susah la jugak nak ubat orang2 ni. kadang2 sampai m4ti pon tak baik. maaf kalau kata2 saya ni menyinggung sape2, nak raya dah kan? maaf zahir dan batin yer.

Nur Aisyah, Saya ada kakak yg macam ni. Tak masuk kategori sampai mcm ni lah, cuma dia suka bergduh dngn mak. Senang cerita suka menjawab.

Bila mak saya mengal, walaupun dia bkn anak kesayangan ibu, nampak dia yg paling terkesan dngn pemergian mak. Awal mak saya mengal, sampai suami kena cari sbb dia pergi tidur atas kubur.

Tapi sekarang, nama mak tu tak pernah lekang dari bibir dia. Setiap kali balik kampung, setiap hari dia pergi melawat kubur. Dan dia lah yg tak lupa buat tahlil setiap tahun. Dia lah yg selalu wasap ajak khatam quran ramai2 dalam group family. Dan saya percaya, dia orang yg paling bnyk doakan mak.

Yati yatt, eii, geram la aku..bongok la kak ipar kau tu..dapat lelaki dengar cakap kau, mak mertua bukan jenis mulut puaka, kau tu bawa bawa la bertolak ansur..setiap tahun, raya ada 2 kali kot..

raya haji dan raya puasa..dah raya puasa tempat husband, raya haji dekat tempat wife la pula..next year raya puasa tempat wife, raya haji p la tempat husband..dah kenapa sampai tak bagi balik ni?gile ape semua nak berebut, hak milik kau sorang..sorry la aku cakap ni.

Nazihah Nazri, Tak kira anak lelaki atau ank prpmn, dua2 wajib kena hormat & layan ibu bapa sebaiknya. Ank prpmn pun lps kwin, dosa ditanggung suami, tp siaplah dia kalau xde ibu bapa yg melahir, membesar, menyayangi & memberi sepenuhnya ksh syg &perlindungan sepenuhnya tnpa belah bhgi.

Dlm hbgn suami istri, menantu &anak kne lyn ibu bapa & ibu mertua tnpa berbelah bahagi. Jgn dibezakan
Br dtg keberkatan. Hari ni kte buat org, esok2 kita pulak merasa org lain buat kita.

Syakira Akim, Allahu… Menitis air mata baca ni. Pengorbanan seorang mak, kasih sayang dan rindu mak pada anaknya sehingga membawa ke hujung nyawa… Anak2 lelaki kene ingat, syurga di bawah tapak kaki ibunya.

Bila berkahwin, para isteri pula kene ingat, suami kene taat pada ibunya… Jangan dihalang hubungan silaturahim ibu & anak… Keberkatan hidup bila dapat redha dan restu dari ibu dan ayah.

Muhammad Arif, Dik dan semua anak2 lelaki, ingatlah semua, mak ayah adalah tanggungjawab kita sampai mti, s4kiti dan berkira dengan mak ayah, Allah SWT akan berkira dan akan s4kiti kita.

Dari semua kisah derhaka yang abg baca termasuk kisah along kamu, abg sedar sesuatu, selagi mak ayah hidup, buat baiklah kepada mereka.

Islam sendiri ajar, kepada ibubapa keutamaan berbuat baik bagi anak lelaki adalah sampai mti di mana ibu didahuluukan 3 kali ganda, kemudian baru ayah, lepas itu isteri dan anak2, soal nafkah, pula keutamaan keperluan kepada isteri dan anak2 lepastu baru ayah kemudian ibu.

Namun tahap nafkah cukup mengikut tahap yg Islam tetapkan, ada tahap wajib dan ada tahap harus dan ada sempadannya, namun dari segi berbuat baik kepada ibubapa, keutamaannya adalah sampai m4ti.

Abg pegang semua tu, dan kesannya alhamdulillah, rezeki tak pernah tak cukup malah abg lebih tenang, abg dan isteri belum ada zuriat, namun kami rasa kami mudah redha dan ikhlas.

Yang paling terbaru kesan berbakti kepada ibubapa yang abg dapat ialah wife abg dapat tukar ikut abg kerja di Terengganu, sedangkan bukan mudah nak masuk Terengganu dgn tempat yang limited, wife abg cikgu,

so bayangkan kawan2 wife yang lebih 5 tahun mohon tak dapat, tapi wife abg 3 bulan saja mohon dan kali pertama mohon, terus dapat, suatu keajaiban yang mana abg yakin kesan berbakti kepada mak ayah.

Sebenaenya Abg PJJ dgn isteri sebab nak jaga ayah skit terminal iln3ss, walau tak jaga secara direct akibat ayah tak nak stay dgn abg, ayah nak stay sendirian tanpa sesiapa teman, tapi abg sempat duduk dekat dgn ayah, wife mula tinggal sendirian di KL di rumah kami sebagai cikgu, manakala abg balik bekerja di Terengganu untuk dekat dengan ayah,

pada masa yang sama abg akan spend masa sebulan sekali dengan mak, mak dan ayah abg berpisah sejak abg kecil dan mak dan ayah tinggal berasingan di daerah berbeza, dari situ abg berulang alik, alhamdulillah, sempat abg rapat dgn ayah walaupun abg tak puas bersama ayah disebabkan ayah kembali ke rahmatullah tahun lepas.

Masa sebelum tukar balik untuk dekat dgn mak.ayah dulu, ramai yang cakap jangan, sebab tak berbaloi, sebab kalau ayah tak de nanti takkan abg nak terus berjauhan dengan isteri. Bukan mudah nak tukar hidup berdekatan semula.

Abg senyum saja, sebab dalam hati abg, dah tekad, andai aku berbakti kepada mak ayah, dan pada kali ni ayah, ayah skit terminal ilnesss, dengan berbakti ini, kebaikan jauh lebih hebat yang abg akan dapat, abg yakin itu, dari mendengar cakap org, abg tekad, fikir agama dulu, dan dari situ kami PJJ,

wife menangis juga bila abg decide utk berjauhan memandangkan kami banyak perancangan terutama bab untuk dapat anak, tapi bila berjauhan tak mustahil untuk kami susah untuk berzuriat kerana akan jarang berjumpa. Abg terang kepada isteri, fikir Allah SWT dulu, perkahwinan bukan semata2 kerana zuriat, tapi kerana melaksanakan tuntutan Allah SWT, fikir hikmah dari semua ini…

Abg pujuk cara baik dan dalam berat hati, isteri abg belajar melepaskan abg berjauhan…sejak 2017 abg jadi weekend husband, ulang alik Terengganu dan KL. Setiap kali abg mngalkan isteri setiap minggu, setiap kali itulah isteri abg menitiskan air mata disebabkan berat hati untuk berjauhan saban minggu…

Berbagai cabaran masa berjauhan, termasuk wife abg mula dapat masaalah PCOS sebab tertekan kerana berjauhan dgn abg termasuk masaalah hrmon akibat tekanan.

Abg syukur dapat bos dan warga kerja di tempat baru yang amat baik dan memahami. Abg rasa tenang dan gembira bekerja di tempat baru ini. Semua ini amat membantu kehidupan PJJ abg.

Dijadikan cerita, sepanjang berulang alik Terengganu – KL – Terengganu berbagai keajaiban yang abg dapat, duit tak pernah tak cukup malah pernah suatu ketika duit dalam akaun terasa seolah2 tidak terjejas walaupun abg kerap keluarkan.

Ada masaalah peribadi abg boleh bertenang dan sabar. Malah kereta abg tak pernah meragam.walaupun berulang alik hampir setiap minggu Terengganu – KL – Terengganu.

Apa sekali pun, berbaktilah kepada ibubapa, kerana itu tuntutan agama. Untuk para wanita yang merupakan isteri, tolong jangan sekat suamimu dari menjalankan tanggungjawabnya kepada ibubapa suami. Andai seorang wanita mula mengawal suaminya dari terus berbakti kepada ibubapa suaminya itu,

percayalah, disitu bermulanya titik kemusnahan dalam kehidupan berumahtangga kamu, disitu bermula hiilangnya keberkatan dan hiilangnya keredhaan Allah S.W.T. dalam keluarga kamu, katanya nak keluarga sakinah mawaddah, tapi andai hak ibubapa suami,

kamu sebagai isteri akibatkan suami gagal lunaskan, bukan sakinah dah, tapi bakal binasa dan tercela perhubungan itu termasuk dilaknat sekalian alam termasuk Allah SWT,

kerana kesan suami derhaka kepada ibubapa ialah neraka jahanam dik oiii…bukan pintu kubur je kena sksa… dan dari situlah rumahtangga kamu mula bergerak menuju kemusnahan dan neraka.

 

Kredit: kisahkini

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button