Jiran saksi 3 beradik kena renjatan elektrik, ibu dedah sebelum kejadian seorang anaknya ada bercakap sesuatu - Menujukebenaran
Uncategorized

Jiran saksi 3 beradik kena renjatan elektrik, ibu dedah sebelum kejadian seorang anaknya ada bercakap sesuatu

TATKALA banjir di Kelantan masih belum reda, seluruh rakyat Malaysia bagaikan berduka apabila tiba-tiba menerima perkhabaran tentang kematian tiga beradik pada Isnin.

Dalam kejadian di Kampung Bendang Surau, Morak, Tumpat, Kelantan pada Isnin, Nor Syazwani Mohd Nazir, 33, Sakinah, 29, dan Nurul Fatiah, 27, m4ut dipercayai terkena renjatan elektrik.

Memetik laporan Harian Metro, ibu m4ngsa, Zainun Sulaiman, 62, berkata ketiga-tiga mangsa belum berkahwin dan mempunyai hubungan sangat erat antara satu sama lain.

Pada pagi sebelum kejadian tersebut berlaku, Nor Syazwani dan Nurul Fatiah yang bekerja sebagai guru tadika agama s3mpat memasak nasi goreng dan membuat cucur untuk sarapan sebelum melakukan kerja rumah yang lain.

“Sakinah pula kurang sihat serta berasa sakit dada dan dia ada berkata mungkin dia nak m4ti disebabkan sakit itu namun saya memar4hinya sambil memberitahu ia sakit biasa saja.

“Ketika sedang berehat di ruang tamu, saya terdengar bunyi bising seperti orang menjerit di rumah jiran bersebelahan dan terus keluar untuk melihat apa yang berlaku.

“Saya ternampak tiga anak perempuan terbaring di dalam air sebelum diberitahu mereka sudah meningg4l dunia kerana renjatan elektrik,” katanya.

Dalam pada itu, saksi, Che Zahiyah Che Yaakob, 53, yang juga jiran mereka berkata, tiga beradik itu sedang berjalan ke arah tali air sebelum kejadian m4lang tersebut berlaku.

“Nor Syazwani pegang pada tiang rumah saya dan tiba-tiba dia terus terj4tuh sebelum badannya menjadi kejang dan tersentak sebelum Fatiah yang memang berada di belakang cuba membantu namun turut mengalami keadaan yang sama.

“Sakinah yang berjalan di hadapan mereka berpatah untuk membantu dan turut terjatuh serta terus kejang seperti dua beradik itu.

“Saya terus menjerit memanggil ahli keluarga lain dan suami segera mengambil kain sebelum cuba menyentuh salah seorang dari mereka dan turut terasa aliran elektrik menyebabkan dia berundur,” katanya.

Ketiga-tiga m4ngsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bed4h siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Morak sebaik proses itu selesai.

Sumber Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button