Ditemukan tak bernafas di ruang tamu rumah, Aida Aris diuji. Al Fatihah - Menujukebenaran
Uncategorized

Ditemukan tak bernafas di ruang tamu rumah, Aida Aris diuji. Al Fatihah

IBU kepada pelakon Aida Aris iaitu Siti Khadijah Abu Sujak menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.40 pagi Selasa di sebuah klinik di Rawang, Selangor.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 84 tahun.

Berkongsi berita sedih itu, Aida, 50, berkata, dia melihat ibunya dalam keadaan tidak bernafas di ruang tamu rumah mereka sebelum dibawa ke klinik berhampiran sebelum diberikan bantuan pernafasan (CPR) selama 45 minit.

Ibu Aida sebelum ini tinggal bersamanya.

Bagaimanapun, doktor kemudiannya mengesahkan ibunya meninggal dunia.

“Sekitar pukul 9.45 pagi saya lihat ibu saya sudah tidak bernafas. Saya bawa ke klinik berhampiran dan mereka berikan bantuan pernafasan (CPR) selama 45 minit.

“Bagaimanapun ibu saya tak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi mStar.

Dalam pada itu, Aida memberitahu Allahyarham sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital akibat paru-paru berair dan menerima rawatan selama dua bulan.

“Dua bulan lepas ibu saya mengalami masalah paru-paru berair dan dimasukkan ke hospital. Pada 13 Disember lalu baru dia dibenarkan pulang selepas keadaan kesihatannya pulih,” ujarnya.

Rakan artis iaitu Sharifah Shahira yang turut berkongsi berita tersebut memberitahu jenazah kini masih berada di klinik berkenaan bagi tujuan pengesahan kematian oleh pihak polis.

Dua bulan lepas ibu saya mengalami masalah paru-paru berair dan dimasukkan ke hospital

Shahira atau Sheira turut meluahkan rasa sedih dan ralat kerana tidak dapat menziarahi arwah ketika sedang sakit sebelum ini.

“Jenazah masih berada di klinik berkenaan untuk pengesahan kematian oleh pihak polis sebelum urusan pengebumian dilakukan.

“Kesian Aida menguruskan ibunya sendiri kerana tidak ramai adik-beradik yang duduk dekat. Saya juga sedih tak dapat nak ziarah sebelum ini,” jelasnya.

Kredit limauaaamboi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button