Dikecam kerana gembirakan ibu bapa mentua sambut Krismas di Bali, ini penjelasan Nourul Depp - Menujukebenaran
Viral

Dikecam kerana gembirakan ibu bapa mentua sambut Krismas di Bali, ini penjelasan Nourul Depp

SAMBUTAN Hari Natal tahun ini turut diraikan oleh penyanyi Nourul Wahab bersama keluarga mentuanya di Bali, Indonesia.

Nourul atau nama sebenar Noorulhuda Abdul Wahab, 45, memberitahu mentuanya mengunjungi kediamannya di Bali bagi menyambut perayaan Krismas itu.

Antara aktiviti yang dilakukan ialah memberikan hadiah sesama mereka.

Nourul Depp sambut Krismas bersama ibu bapa mentua.

“Semalam, tak sempat nak tulis kapsyen bagi habis. Ibu dan bapa mentua ada di sini. Saja bagi mereka gembira.

“Apa pun, mentua saya tak amalkan sangat dah agama mereka. Kami buat semua ini untuk gembira dan raikan hadiah hujung tahun,” katanya.

Perkara itu dikongsikan Nourul menerusi Instastory miliknya pada Ahad.

Penjelasan itu juga dibuat susulan komen negatif netizen yang mempersoalkan tindakannya menyambut perayaan tersebut memandangkan dia beragama Islam.

Sebelum itu, Nourul menunjukkan kemeriahan anak-anaknya seronok menerima hadiah Krismas mereka dan menghiasi rumah dengan pokok Krismas.

Nourul turut memuat naik video suaminya, Eric Daniel Depp membuat persediaan menyambut Krismis.

Anak-anak dan ibu bapa mentua Nourul gembira dapat hadiah Krismas.

Bagaimanapun hantaran tersebut telah dipadam.

Dalam hal ini, Nourul berkata perayaan tersebut tidak membuatkan dirinya jauh dari pegangan agama Islam kerana hanya dia dan Allah SWT sahaja yang mengetahui.

“Jika terpesong, bermaksud sebagai Islam yang ‘mass’ di gereja (sembahyang untuk orang Kristian), itu, boleh hukum saya.

“Saya tak pernah meletakkan agama jauh dari fikiran dan hati. Itu peribadinya Tuhan sahaja yang tahu. Kamu yang menghukum itu, terimalah nanti,” katanya lagi.

Video,

Sumber Mstar .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button