Pegawai bomba ‘frontliner’ tr4gedi Batang Kali, meninggal dunia. Punca kem4tian diberitahu - Menujukebenaran
Viral

Pegawai bomba ‘frontliner’ tr4gedi Batang Kali, meninggal dunia. Punca kem4tian diberitahu

KUALA LUMPUR: Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang, Abd Aziz Usoff yang turut membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali pada 16 Disember lalu, meninggal dunia akibat serangan jantung, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata Abd Aziz meninggal dunia jam 7.55 pagi pada usia 49 tahun.

“Allahyarham merupakan antara pegawai yang menjadi ‘frontliner’ (petugas barisan hadapan) ketika operasi SAR mangsa tanah runtuh di Batang Kali.

“Malah, Allahyarham juga antara yang terawal tiba di lokasi kejadian untuk membantu operasi itu walaupun tragedi terbabit bukan berlaku di kawasan jagaan beliau.

“Beliau sudah berkhidmat dalam pasukan JBPM selama 15 tahun, dan merupakan pegawai sangat berdedikasi, bertanggungjawab serta komited terhadap tugas, terutama ketika melakukan operasi kebombaan. Pemergian arwah adalah satu kehilangan yang sukar dicari ganti,” kata ketika dihubungi, hari ini.

Norazam memaklumkan, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, sebelum disolatkan di Masjid Jamek Nurul Iman, Rawang.

“Allahyarham selamat dikebumikan semalam kira-kira jam 9.30 malam di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Al Ittihad, Sungai Kob, Karangan, Kulim, Kedah.

“Allahyarham yang berasal dari Kampung Banggol Penyegat, Karangan, meninggalkan seorang balu, iaitu Siti Mardhiah Nayan@Ahmad serta empat cahaya mata lelaki,” katanya.

 

Kredit:kosmoonline

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button