Suami Selamba Komen Masakan Fatin Afeefa Masin, Tak Sedap Macam Awal Bercinta..

Belum seminggu berseminggu bergelar sebagai suami isteri, nampaknya ada sahaja momen romantik yang dikongsikan oleh pelakon Fatin Afeefa bersama suaminya yang juga merupakan seorang usahawan, Aliff Awang.
Baru-baru ini, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @cik_bungaaaa di laman TkToknya, kelihatan pelakon yang berusia 28 tahun itu sedang memasak untuk suaminya sambil membuat siaran secara langsung bersama pengikutnya di aplikasi tersebut.
Dalam video itu, Fatin telah memasak suaminya nasi goreng dan ayam masak merah dan meminta ulasan mengenai hidangan yang disediakannya.
Bagaimanapun, suaminya itu ‘complaint’ masakan nasi goreng jepunnya agak masin dan ayam masak merahnya itu manis dan tidak pedas.
“Sedikit masin, berbanding masakan waktu masa bercinta dulu,” ujarnya yang memberi komen mengenai nasi goreng yang dimasak oleh Fatin.
Kemudian, Aliff atau lebih mesra disapa Opai itu mencuba pula hidangan ayam masak merah namun, dia mengatakan masakan tersebut agak manis dan tidak pedas.
Sedikit masin berbanding waktu baru-baru bercinta dulu.
Ayam sambal ni manis. Manis sangat dan tak rasa pedas.

Video
Bagus jujur macam ini, senang isteri nak perbaiki masakan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Aliff menegur masakan isterinya dengan jujur yang membolehkan Fatin memperbaiki kemahiran di dapur kelak.
Reaksi warganet
Macam suami aku, jujur sangat. Bukan itu sahaja, netizen terutamanya dalam kalangan wanita turut berkongsikan pengalaman yang sama mengenai suami mereka juga sering memberi jawapan yag jujur mengenai masakan yang dihidangkan pada setiap hati.
Terdahulu Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang mendedahkan, terdapat seorang individu yang mendakwa isterinya telah memilih dia sebagai pasangan hidup adalah disebabkan harta.
Namun begitu, dakwaan yang dileparkan oleh netizen itu tidak benar sama sekali memandangkan Fatin berkata suaminya bukan satu-satunya lelaki kaya yang pernah mendekatinya sebelum ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aliff atau lebih mesra disapa Opai di laman TikToknya, dia telah meminta penjelasan daripada Fatin asbab memilihnya sebagai suami.
“Ada seorang mamat ni, dia cakap Fatin Afeefa ni kahwin dengan Opai sebab ada kereta mahal je.Korang nak sangat kan? cab4r Opai kan? Jom tanya bini aku dia kahwin dengan aku sebab apa,” ujarnya.
Pun begitu, sebaik sahaja dia bertanyakan soalan tersebut kepada isterinya, Fatin menegaskan Opai bukan lelaki kaya yang pertama mendekatinya.
Sebaliknya, dia memilih suaminya itu disebabkan wajahnya yang kacak dan comel yang menjadi salah satu faktor daya tarikan pertamanya.
“Saya nak awak tahu satu benda, awak bukan lelaki kaya yang pertama yang mendekati saya. Tapi awak yang paling hensem. Jadi saya kahwin dengan awak sebab hensem, comel.
“Saya pejam mata pun , saya boleh rasa kehenseman awak tu. Kaya nombor dua,” katanya lagi.
Susulan itu, Opai memaklumkan dia tidak kisah dengan respon netizen sebaik sahaja mendengar sendiri jawapan daripada Fatin sama ada mahu percaya atau tidak.
Sekadar info, Fatin Afeefa selamat bergelar isteri kepada usahawan Aliff Awang pada 30 Disember dan pernikahan yang mengejutkan ramai itu selamat melangsungkan di Putra Glass Hall, Subang Jaya, Selangor.
Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun bercer4i empat tahun selepas itu.
Sumber: oh my media
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih