Masih belum bertemu dengan isteri baru abang, ini kata-kata Syafiq Yusof pada Syamsul - Menujukebenaran
Hiburan

Masih belum bertemu dengan isteri baru abang, ini kata-kata Syafiq Yusof pada Syamsul

Adik pengarah kontroversi, Syamsul Yusof iaitu Syafiq Yusof menyifatkan abangnya seorang yang tabah meskipun berdepan kemelut rumah tangga bersama isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Syafiq yang juga seorang pengarah berkata, dia percaya abangnya mampu memperbetulkan semula keadaan dengan cara tersendiri.

“Mengenali abang, dia seorang lelaki yang tabah seperti ayah kami.

“Apa sahaja masalah, kerja abang mesti siap. Saya percaya abang mampu kendalikan,” katanya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Syafiq berkata, dia tidak pernah mencampuri soal peribadi abangnya kerana masing-masing sibuk dengan pelbagai projek termasuk penggambaran filem.

“Kami tidak duduk serumah dan jarang berjumpa. Kali terakhir berjumpa pada Aidilfitri lalu. Tetapi, perbualan lebih kepada filem dan projek baharu.

“Kami bercakap di telefon pula sekitar dua bulan lalu, tetapi sama ada berkaitan soal kerja atau peribadi, biarlah saya simpan sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan drama bersiri terbaharu arahannya, Special Force Anarchy terbitan Disney Hotstar dan Skop Productions, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Syafiq berkata, dia masih belum berkesempatan bertemu dengan isteri kedua Syamsul, Ira Kazar.

Syafiq bersama barisan pelakon drama bersiri, Special Force Anarchy terbitan Disney Hotstar dan Skop Productions. - NSTP/Aziah Azmee

Syafiq bersama barisan pelakon drama bersiri, Special Force Anarchy terbitan Disney Hotstar dan Skop Productions. – NSTP/Aziah Azmee

Malah, Syafiq mengakui, dia juga tidak mengetahui sama ada orang tuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail sudah bertemu Ira atau sebaliknya.

“Saya tak berjumpa lagi, saya juga tak pasti ibu bapa juga begitu. Kalau boleh, soal keluarga biarlah kekal sebagai hak peribadi keluarga.

“Namun, saya faham, kami adalah keluarga seni, jadi terpaksa terima bila jadi perhatian.

“Bagaimanapun, sesiapa berfikiran waras boleh tahu tak semua perkara dalam internet benar. Ada bercampur baur, malah kebanyakannya mungkin fitnah,” katanya.

Syafiq berharap orang ramai berhenti mencetuskan spekulasi tidak benar yang memburukkan lagi keadaan keluarganya.

“Paling utama, saya harap netizen tidak buat andaian bukan-bukan. Selain itu, saya harap isu ini selesai cepat dan tak nak soal peribadi keluarga terus menjadi bualan ramai.

“Tiada apa yang saya dapat katakan. Cuma, saya mendoakan kebahagiaan dan ketenangan ibu bapa dan keluarga.

“Saya tak masuk campur, namun sebagai adiknya, saya tetap doakan kebahagiaan dan ketenangan Syamsul dan keluarganya,” katanya.

 

Sumber: BH online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button