Ustazah Asma Harun Dedahkan Apa Yg Puteri Sarah Cakap Masa Perkahwinan Dia Dgn Syamsul Ada Masalah Pada Awal - Menujukebenaran
Semasa

Ustazah Asma Harun Dedahkan Apa Yg Puteri Sarah Cakap Masa Perkahwinan Dia Dgn Syamsul Ada Masalah Pada Awal

Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun mendedahkan pelakon Puteri Sarah Liyana pernah menghubunginya untuk mendapatkan khidmat nasihat berhubung isu rumah tangganya.

Berkongsi mengenai perbualan mereka, Ustazah Asma memberitahu ketika itu Puteri Sarah sememangnya mahu mempertahankan perkahwinannya dengan pengarah Syamsul Yusof.

“Sebenarnya Puteri Sarah hubungi saya dah lama… tapi saya tak pernah cerita, masa itu saya di Mekah. Dia hubungi saya dengan tujuan untuk dapatkan khidmat nasihat.

“Puteri Sarah berusaha di peringkat awal untuk menyelamatkan rumah tangga dia… dia tanya apa dia boleh buat dan saya ada kongsikan doa serta zikir.

“Dia nak mempertahankan rumah tangga, dia masih sayangkan suami… siapa tak sayang, ayah kepada anak-anak,” kata Ustazah Asma kepada Gempak.

pss1 - 1

Ustazah Asma ditemui ketika Anugerah Nona Superwomen 2022 di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, Petaling Jaya pada Rabu.

Bagaimanapun, menurut Ustazah Asma, dia tidak sempat untuk bertemu dengan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof disebabkan kekangan masa.

“Kemudian kesibukan saya menyebabkan tidak sempat menyatuninya. Dia nak jumpa, saya fikir ada hikmah kenapa tak dapat pertemuan dengan Puteri Sarah.

“Ketika itu, Puteri Sarah mengharapkan dapat jumpa dia dengan suaminya. Saya kira ada hikmah yang apa berlaku sekarang, itulah perjalanan yang telah ditakdirkan.

“Bukan dia saja, ramai artis yang berdepan masalah rumah tangga cuba menghubungi saya. Bila mereka menghubungi, saya lebih mendoakan dan tips apa yang boleh diusahakan,” ujarnya.

Jumaat lalu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri di Thailand.

Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga sekarang.

Bertambah teruk lagi, apabila Puteri Sarah meminta Syamsul untuk melepaskannya kerana tidak rela dimadukan.

Dalam pada itu,PENGARAH Syamsul Yusof mengambil keputusan bernikah dengan Ira Kazar di Thailand adalah kerana sukar untuk meyakinkan isteri pertamanya iaitu Puteri Sarah Liyana.

Menurut Syamsul, 39, proses pernikahan itu tidak mudah dilakukan di Malaysia kerana dia perlu mendapatkan persetujuan isteri pertama terlebih dahulu.

“Memang boleh bernikah di Malaysia, lebih-lebih lagi wali saya adalah bapa kandung Ira sendiri iaitu Kazar Saisi.

Menyedari keputusan yang dibuat olehnya bakal mendapat tentangan ramai, pengarah filem Mat Kilau ini bagaimanapun percaya masyarakat akan dapat menerima tindakannya itu apabila tiba masanya.

Justeru itu, Syamsul tidak kisah sekiranya dia menerima kritikan atau kecaman masyarakat dan bersedia bertanggungjawab di atas tindakannya itu.

“Saya sedar ada yang terluka dengan keputusan ini, tetapi saya juga yakin bahawa akan tiba masanya nanti mereka akan menerimanya.

“Buat masa ini, tak mengapalah saya dihentam, dikritik dan dibenci, tetapi biarlah saya yang tanggung semua ini.

“Cuma saya harap sangat janganlah isteri-isteri saya yang jadi sasaran untuk dicerca atau menjadi bahan tohmahan. Biar saya sendiri yang terima semuanya,” jelasnya.

Mengakui keputusannya mengahwini Ira telah melukakan hati kedua ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail, Syamsul berkata dia tetap bersabar menanti restu orang tuanya itu.

Ini kerana Syamsul sedar restu ibu bapa sangat diperlukan dalam mencari keredaan hidup di dunia dan akhirat.

Mama, restu mama adalah paling penting dalam hidup Syamsul ini. Biarlah terbang sampai ke bulan sekalipun ia tidak ada makna tanpa restu mama. Kalau restu itu harus Syamsul tunggu, maka akan Syamsul tunggu sampai bila-bila.

“Ayah, tangisan ayah di TV bukan mudah untuk Syamsul tonton. Syamsul akan berusaha untuk mendapat restu ayah satu hari nanti. InsyaAllah,” katanya.

Terdahulu, Syamsul mendedahkan dia terpaksa menyekat aplikasi WhatsApp isterinya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan situasi hubungan mereka.

Kenyataannya itu dibalas oleh Sarah yang memohon untuk Syamsul berhenti mencipta drama dan jangan memutar belit cerita seolah-olah dia menjadi mangsa keadaan.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4

Sumber: GEMPAK

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button