Tvlar vide0 masa wajah cengkung dan susut jadi perhatian ramai, Ramai Tk sangka ini yg Sarah lalui

Kuala Lumpur: “Saya sudah fikir masak-masak. Tiada peluang kedua untuk Syamsul,” kata pelakon, Puteri Sarah Liyana mengenai keputusan untuk memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Puteri Sarah berkata, keputusan yang dibuat hari ini adalah muktamad. “Ini jalan terbaik. Keputusan saya muktamad,” katanya.
Sementara itu, Puteri Sarah yang tiba di Mahkamah Syariah pada jam 10.25 pagi dengan menaiki kereta jenis Mercedes-Benz kelihatan gembira dan bersemangat. “Saya gembira dan bersemangat,” katanya yang mengenakan jubah hitam.

Puteri Sarah berkata, dia juga gembira apabila dua adiknya hadir menemani. “Saya sudah bersedia dan bersemangat sebab ada adik-beradik datang menemani,” katanya.
Selain dua adiknya, turut hadir adalah peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah. Kira-kira 30 pengamal media daripada pelbagai agensi berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi untuk membuat liputan kes ibu kepada dua cahaya mata itu.
Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand, baru-baru ini.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3
Peminat kongsikan semula video Sarah masa September tahun 2020
Cukup sudah 4 tahun perjuangan mempertahankan rumah tangga, kini tiba masanya untuk aktres ini menamatkan segala-galanya. Dalam masa yang sama, penularan semula video lama Puteri Sarah beberapa tahun lalu nyata mengundang air mata netizen.
Bayangkan berapa lama dia pendam semuanya
Bertemankan anak gadisnya di sebelah, Sarah sedang membuat video penjagaan wajah namun mukanya yang cengkung dan pucat sangat jelas kelihatan.
Walaupun sedang menanggung dugaan hebat, dia tenang merahsiakan kemelut itu daripada pengetahuan umum. Seperti yang ramai tahu, dahulu pihak Ira Kazar sendiri muncul mengakui tentang hubungan dengan Syamsul saat aktres ini menanti masa melahirkan Sumayyah (tahun 2019).
LIHAT VIDEO DISINI
Sarah dah banyak nangis…Mulakan hidup baru, awak berhak bahagia Sarah
Meraih hampir 1 juta tontonan, ramai netizen terkejut melihat keadaan Puteri Sarah yang jelas-jelas sedang kuat memendam masalah sendirian. Namun kini semuanya sudah berakhir, mereka mendoakan agar dia dapat membina kehidupan baru yang jauh lebih indah selepas ini.
Kredit : TikTok puterisarahfans
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: