“Kaup duit dlm jug… kitorang tak buta ok…” – Peminat bngkar, Duit Hidayah dirampas ketika hari pemergian Abam? - Menujukebenaran
Semasa

“Kaup duit dlm jug… kitorang tak buta ok…” – Peminat bngkar, Duit Hidayah dirampas ketika hari pemergian Abam?

Sejak kedatangan Nor Hidayah ke rumah milik Allahyarham suaminya pada Jumaat lalu, isu kemelut dengan pelawak Ali Puteh hangat diperkatakan kembali. Bahkan, jiran yang menetap di kawasan kediaman itu turut membongkarkan apa yang mereka nampak pada hari tersebut.

First day pemergian Abam…kemain sedap rampas duit dari Hidayah waktu dia tengah menangis.

Terbaru, salah seorang peminat Abam pula ungkit semula beberapa peristiwa yang tidak disenangi ketika hari pemergian Allahyarham 3 tahun lepas.

Antara yang paling mengejutkan adalah, sejumlah duit pada Hidayah telah dirampas oleh ahli keluarga suaminya meskipun tatkala dirinya sedang sedih. Meskipun sekian lama mengunci mulut, namun katanya kebanyakan saksi yang berada di sana juga nampak kejadian itu.

Sikit demi sikit kebenaran ditunjukkan…terima kasih sentiasa support kakak Hidayah

Sambil berkongsi perkara itu di laman Facebooknya, adik Hidayah meluahkan rasa syukur kerana semakin banyak bukti kebenaran tentang pihak sebelah sana didedahkan. Susulan itu, Mohd Zainuddin mengucapkan tanda penghargaan kepada semua pihak yang ambil berat tentang perkembangan kakaknya dari dulu sehingga kini.

Rupanya ramai mata yang memerhati…semoga Hidayah kuat tempuhi dugaan ni

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa buat Hidayah dan anaknya Hamzah agar urusan menuntut hak dipermudahkan. Dalam pada itu, mereka yang turut berada di tempat kejadian 3 tahun lepas tidak ketinggalan berkongsi kisah masing-masing juga.

Dalam pada itu,

Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah menggesa pelawak Ali Puteh membayar RM60,000 kepadanya yang ditetapkan mahkamah sebelum ini dalam kadar segera tanpa kaedah ansuran.

Hidayah berkata dia tidak bersetuju sekiranya pihak Ali mahu menjelaskan jumlah bayaran berkenaan secara ansuran kerana tempoh masa yang agak lama sudah diberi dan kini dia ingin fokus dengan kehidupan bersama anak, Syed Uthman Hamzah serta perniagaan.

“Saya tidak bersetuju dengan bayaran secara ansuran kerana perkara ini sudah diberi tempoh masa yang agak lama serta peguam saya juga memberi notis selama 21 hari untuk memberi kerjasama, tetapi pihak sana (Ali) tidak memberi sebarang jawapan.

“Dengan ini, saya menegaskan untuk pihak sana segerakan bayaran tanpa sebarang ansuran kerana saya tidak mahu ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku agar tidak ada perkara berbangkit kerana hal ini adalah perintah mahkamah yang jelas.

“Saya juga ingin fokus dengan kehidupan saya dan Hamzah (anak) serta bisnes saya. Jadi, saya minta permudahkan urusan saya dan bayar dalam kadar segera kerana saya telah beri ruang dan tempoh masa yang agak lama sebelum ini. Hal ini akan diketengahkan dengan tindakan segera jika pihak sana masih melengah-lengahkan dan tidak memberi kerjasama,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya juga sama ada peguam daripada pihaknya sudah dimaklumkan yang Ali mahu membayar secara ansuran, Hidayah berkata peguamnya tidak menerima sebarang surat seperti mana yang diwar-warkan oleh pihak sana.

Menerusi laporan Harian Metro sebelum ini, Ali memberitahu dia akan menjelaskan bayaran RM60,000 kepada Hidayah yang ditetapkan mahkamah sebelum ini secara ansuran.

Katanya, proses pembayaran itu masih dalam perbincangan membabitkan peguamnya dan peguam Hidayah.

Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Kredit : FB Mohd Zainuddin, kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button