Masih Ingat Penyanyi Awan Nano Ini, Dah makin tenggelam dalam bidang seni, tak sangka rupanya ini punca dia makin menyepi - Menujukebenaran
Hiburan

Masih Ingat Penyanyi Awan Nano Ini, Dah makin tenggelam dalam bidang seni, tak sangka rupanya ini punca dia makin menyepi

Masih ingat Penyanyi Hafiz Suip yang cukup popular dengan lagunya Awan Nano?

Lama tidak mendengar perkhabaran dari artis yang mula melonjak naik selepas dirinya bergelar juara Akademi Fantasia.

‘Kehilangan’ juara Akademi Fantasi (AF) musim ke-7 ketika namanya gemilang di puncak menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat.

Apa punca Hafiz menyepi dari bidang seni suara?

Benarkah penyanyi berusia 33 tahun itu sudah mula kehilangan pengaruh?

Mengakui namanya agak ‘tenggelam’ dalam lambakan penyanyi baharu, Hafiz berkata, menyepi dari bidang nyanyian bukanlah pilihannya.

Sebaliknya, dia yang pernah masyhur dengan lagu Bahagiamu Deritaku dan Awan Nano berkata, sepanjang tiga tahun ‘menghilang’ itu dia melalui jalan yang suk4r dalam mencari ilham untuk menulis lagu.

Dalam nada yang sebak dan luluh, Hafiz mendedahkan bagaimana fasa itu tambah memeritkan apabila beberapa kali lagu yang digubahnya tidak diterima untuk dipasarkan.

“Apabila saya bagi lagu saya (kepada syarikat rakaman) sesetengah pihak mengatakan lagu itu bukan untuk pendengar-pendengar zaman sekarang.

Saya tidak tahu apa penyelesaiannya. “Namun, saya percaya semua yang berlaku bergantung pada rezeki… ada masa kita berada di bawah dan ada masa kita berada di atas,” kata Hafiz berkongsi perasaan dengan Astro AWANI.

Ketika industri hiburan dibanjiri dengan bintang-bintang baharu yang digelar sebagai ‘Budak Baharu Nak Up’ (BBNU), Hafiz tidak pula gelisah atau berkecil hati hanya kerana golongan itu mengambil alih kedudukannya dan sebilangan rakan-rakannya.

 

Sebaliknya, sebagai seorang yang berfikiran positif, Hafiz yang juga bapa kepada Muhammad Riyadh Zefri 6, dan Alkaf Zayne 3 berkata, fenomena BBNU merupakan suatu yang positif untuk perkembangan industri muzik.

“Untuk menaikkan nama memang senang tetapi untuk kekal berada di atas sesuatu yang mencabar dan itu merupakan cabaran besar di dalam industri hiburan pada hari ini,” ujar Hafiz lagi. Hafiz yang juga juara Akademi Fantasia musim ketujuh bernikah dengan Nureffy pada 14 Mei 2016.

Rupa fizikalnya yang terlihat agak kurus dan yang semakin susut itu membuatkan para pengikutnya tertanya-tanya tentang keadaan dirinya

Didalam muatnaik tersebut, Hafiz memohon maaf dan merayu doa daripada pelayar media sosialnya sambil berpesan tentang azab Allah serta kematian.

“Assalamualaikum wbt nama saya Mohd Hafiz Bin Mohd Suip well known as hafiz suip in this world (bukan semua kenal pun) but hafiz suip really sorry for what he had done to you gaiss.

“If let say kecik hati, tersalah cakap, dan sebagainya yang ada dendam yang tersimpan selama ini maafkan saya.

“Ini bukan cerita sedih atau cerita dongeng.. tapi hakikat nya saya takut Azab Allah SWT di mana satu hari apabila saya mati saya akan di hisab..

“Gaiss saya tak da lah mintak lebih cuma doakan yang baik dan saya mintak kalian bermodalkan 5min ja..

“Ada masalah 2 rakaat mintak ngan Allah itu ja…jangan harapkan makhluk..maksudnya jangan harapkan diri kita sekalipun…

“Sebab yang menggerakkan kita Dia jugak.. InshaAllah hati tenang pasti jumpa solusi..

“Nama DR SAM tu sempoiiii rindu saya orang nya.. “Dua Rakaat Settle All Masaalah” izinkan saya tuan guna tagline.”

Rata-rata para peminat Hafiz yang risaukan keadaannya itu meninggalkan komen dengan mendoakannya.

Malah, ramai juga yang bertanyakan kesihatannya itu.

“Kenapa kurus sangat ni?” demikian soalan yang ditulis kebanyakan peminat menerusi ruangan komen Instagram Hafiz.

“Awak budak baik..msti ramai org doakan awk..moga awk dan family dilindungi & diberkati Allah swt,” tulis salah seorang peminat Hafiz.

Terdahulu, pada 2019 Hafiz menerusi laporan Harian Metro menegaskan, dia tidak sakit atau terkena buatan orang.

“Saya tak sakit mahupun terkena buatan orang. Tolonglah hentikan spekulasi,” katanya.

Berkongsi lebih lanjut mengenai foto berkenaan, Hafiz atau nama lengkapnya Mohd Hafiz Mohd Suip menjelaskan dirinya mungkin kelihatan kurus kerana sudut gambar yang diambil.

“Saya mungkin nampak sebegitu (kurus) disebabkan sudut foto yang mengiring ke tepi.

“Alhamdulillah setakat ini saya sihat, tak sakit apatah lagi terkena buatan orang,” jelas Hafiz yang turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang membayangkan rumah tangganya juga goyah.

“Keluarga saya bahagia dan isteri amat menyayangi saya. Kami kini sedang menguruskan anak, Muhammad Riyadh Zafri yang berusia setahun lapan bulan,” kongsi Hafiz.

Pada masa sama, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Awan Nano ini juga turut menghargai peminat yang peka dan mengambil berat akan dirinya.

Sumber, Astro Awani. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button