“Hadam betul2….jangan main rembat… makan diri nanti…” abang Hidayah ‘sound’ Ali Puteh - Menujukebenaran
Semasa

“Hadam betul2….jangan main rembat… makan diri nanti…” abang Hidayah ‘sound’ Ali Puteh

Kemelut antara balu kepada pelawak terkenal, Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali dengan adik arwah, Ali Puteh nampaknya belum selesai.

Setelah berbalas-balas perkongsian di media sosial, banyak pihak telah sama mengeluarkan kenyataan termasuklah abang kepada Hidayah dikenali sebagai Mohd Azmier.

Hadam betul2 hukum faraid

Menerusi Facebooknya, dia meminta agar ‘pihak sebelah sana’ untuk memahami betul-betul berkenaan hukum faraid lebih-lebih lagi arwah mempunyai anak lelaki yang masih kecil.

Dia yang memuat naik sekali video potongan ceramah dari seorang ustaz telah meminta supaya Ali mengambil tahu lebih dalam berkenaan hukum faraid dan tidak membuat kesimpulan dengan sesuka hati sendiri.

“Hadam betul2 hukum jangan main rembat je, makan diri nanti. Bak kata ustaz bab2 harta ni depa suka berdrama berepisod2,” tulisnya.

Jangan asyik mengelak bayar saman

Sebelum ini, Azmier pernah memerli pelawak tersebut yang dikatakan cuba mengelak untuk membayar saman walaupun sudah diberi notis sebanyak dua kali. Ujarnya, ‘pihak disana’ mengambil jalan berdiam diri walaupun sudah diberi waktu tambahan.

Terdahulu, video Hidayah menyatakan yang dirinya tidak dibuka pintu sewaktu datang ke rumah peninggalan suaminya.

Namun, tak lama selepas itu, Ali Puteh telah memuat naik video mengatakan yang rumah tersebut telah ditabur garam dan kulit limau seolah-olah menuduh perbuatan tersebut datang dari kakak iparnya.

Walau bagaimanapun, video berkenaan telah dipadam dan masalah tersebut kekal berlarutan hingga saat ini.

Siapa sangka di hari genapnya 3 tahun pemergian Allahyarham Abam Bocey, kemelut antara keluarga dan juga isterinya memanas kembali. la selepas kunjungan balu pelawak berkenaan menyaksikan rumah didiami sebelum ini seperti tidak terjaga selain tiada orang yang tampil menyahut salam mahupun buka pintu.

Tak ada tanda-tanda sihir kat situ…Semua itu diguna pakai untuk pagar rumah. Tak lama selepas itu, All Puteh pula muncul dengan satu rakaman lain menunjukkan penemuan beberapa benda pelik seperti cicak kering, garam kasar, kulit limau dan lain lain selepas wanita berkenaan serta peguam beredar dari perkarangan kediaman tersebut.

Walau bagaimanapun, seorang ustaz di tampil menjelaskan pendapatnya tiada sebarang unsur khurafat boleh dikaitkan berdasarkan tarang-barang’ berkenaan.

Orang takde di rumah, orang bekerja apa semua. Terbaru semalam, Ali Puteh dilihat telah melakukan satu live bersama ustaz tersebut untuk menjelaskan satu persatu yang berlaku. Jelasnya, dia kecewa kerana keluarga didakwa tidak mengendahkan kunjungan tersebut sedangkan waktu itu memang tiada orang berada di rumah kerana sedang bekerja.

Sejak pemergian Allahyarham, kediaman tersebut telah didiami oleh adiknya yang bongsu untuk dijaga dan risau rosak jika tidak berpenghuni. Benda ni bukan baru sekali…Pernah 6 ke 7 pengamal perubatan Islam datang ke rumah.

Ketika ditanya ustaz mengapakah begitu yakin tuduh balu abangnya sebagai pelaku. Jelas Ali, penemuan tersebut bukanlah baru pertama kali berlaku malah sempat terjadi sebelum ini.

Malah ketika Allahyarham masih ada juga pernah terjumpa tarang-barang’ seumpama dengannya. Bukanlah ingin menuduh membuta tuli namun dia pelik kerana abang iparnya ada mengatakan bangkai cicak tersebut awalnya masih lagi segar, namun akhirnya sudah kering apabila dilihatnya kemudian.

VlDE0:

Yang jaga rumah tu adik saya…Kalau rumah tu tak berjaga, dah bertutup sawang semua. Bukan itu sahaja, All Puteh turut mempersoalkan kedatangan Dayah selepas 3 tahun.

Sedangkan selama ini, dia mendakwa balu abangnya tersebut tidak pernah ambil peduli dengan sebarang kos untuk menjaga kediaman berkenaan termasuklah soal rumput panjang serta bil elektrik dan juga air.

Sumber: trendingnetwork

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button