“Bini Dia Lagi Lawa…” – Netizen Akhirnya Ketemu Siapa Wanita ‘Peny0ndol’ Rumah Tangga Hafidz Roshdi?

Makin hangat kisah ‘penyondol’ dalam kalangan rakan artis apabila hari ini media hiburan digemparkan dengan berita kecurangan pelakon lelaki Hafidz Roshdi di media sosial.
Terbaru, seorang individu yang mendakwa dirinya sahabat kepada isteri Hafidz Roshdi, Shuhada telah memberi ‘hint’ tentang siapakah insan ketiga yang telah mengganggu rumah tangga pelakon itu dan isterinya.

Dalam hantaran tersebut, individu itu mendakwa seorang wanita bernama Athira Yuhada merupakan wanita yang sedang ‘hangat’ dicari netizen pada ketika ini.
Hantaran tersebut menjadi tular di Facebook dan meninjau ruangan komen, ada yang mendakwa wanita berkenaan sudah pun bernikah dengan Hafidz Roshdi.
Seriouslah hafidz roshdi ? pic.twitter.com/1QFr9LErng
— ✧✧⋄⋄ (@azirahzulkifli) February 16, 2023
Sementara itu, pelakon lelaki itu hanya memuat naik satu hantaran di Instagram memaparkan foto dirinya sendiri dengan kapsyen “tengah komen kat bawah ke tu?” sebagai respon terhadap kontroversi yang menimpa dirinya pada ketika ini.
“Tengah komen ke, kat bawah tu?” – Hafidz sindir netizen
“Tengah komen ke, kat bawah tu?”. Demikian tulis pelakon, Hafidz Roshdi dalam hantaran terbaharunya di Instagram, memaparkan gambarnya yang sedang duduk mencangkung dan menunjukkan jari ke lantai.
Hantaran itu umpama sindiran buat netizen yang berkerumun di ruangan komen hantarannya itu selepas muncul tangkap layar hantaran isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri yang meluahkan isi hatinya kepada individu yang hanya dilabel sebagai ‘You’ yang mana, mengganggu gugat rumah tangganya.
Gambar itu turut ditanda (tag) ke akaun Instagram ‘tentera’ kelab peminatnya serta anaknya, Humairah Hafidz.
Ruangan komen hantaran itu dihujani pelbagai komen daripada netizen yang menghentamnya mengenai isu kecurangan yang berlaku dan tersebar baru-baru ini.
Terdahulu, tular tangkap layar yang didakwa daripada Shuhada mengenai kekecewaan isteri pelakon itu apabila wanita yang disebut sebagai ‘You’ berkenaan mengganggu keharmonian rumah tangganya dan meragut kebahagiaan anaknya.
Kepada: You, terima kasih sebab sakitkan saya dengan anak-anak saya yang tak berdosa. Terima kasih sebab jadi perempuan yang ambil abah anak-anak saya.
“Terima kasih sebab runtuhkan rumah tangga saya. Terima kasih sebab sesama perempuan pun, You sanggup tengok perempuan lain menderita sebab nak ‘fight for your love’ (berjuang untuk cinta). Haha.
“Terima kasih sebab kacau dan buat emosi anak-anak saya menderita. Terima kasih sebab bahagia atas penderitaan kami. Terima kasih sebab layan dia.
“Terima kasih sebab bagi peluang dekat Allah untuk buktikan kepada kami yang Dia Maha Adil dan Dia akan buat kamu menderita berjuta kali sakit dari saya dan anak-anak. Terima kasih,” tulisnya.
Shuhada juga menulis bahawa dia boleh sahaja menjatuhkan ‘You’ dengan mudah, namun menunggu balasan daripada Allah.
“Siapa hebat cubalah cari siapa ‘You’. Perempuan tak tahu malu, kalau saya nak jatuhkan kamu, sekejap saja dah boleh tular siapa ‘penyondol’ itu. Tapi saya tak buat, saya tunggu Allah balas, kifarah Allah pasti.
“Bukan hanya aku yang menderita. Humairah dan Umar lagi dasyat derita lalui semua ini. Doakan anak-anak saya kuat,” tulisnya.
Terdahulu, Hafidz pernah tampil memberi penjelasan di rancangan Melodi dan tidak lupa, turut menyentuh sentimen agama dalam penerangannya.
Sumber: Instagram Jabatannetizennegara20, https://ohmymedia.cc/
Sumber: Beautifulnara
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.