Ini Kata Kata Baby Shima Kepada Komen Negatif Tentang Persembahan Dia Di Terengganu Yg Kebetulan Pada Isra Mikraj

PENAMPILAN penyanyi Baby Shima sering menjadi buah mulut netizen yang beranggapan pemilihan pakaiannya keterlaluan dan menjolok mata.
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Baby Shima atau Nor Ashima Ramli, 31, dipuji peminat kerana mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat.
Shima menggayakan sepasang baju kurung berwarna jingga selain mengenakan hijab yang menutup dada.

“Selesai bergoyang Ya Habibi hari ini. Lain kali datang dulu sebelum berkata-kata,” katanya.
Difahamkan kemunculan Shima di Kuantan bagi meraikan Hari Bandaraya Mesra Komuniti sebelum ini menerima kecaman ramai kerana dikatakan tidak menghormati sambutan Israk dan Mikraj.
Shima memberitahu bahawa penampilannya pada acara itu atas kerelaanya sendiri bagi menghormati hari yang mulia untuk umat Islam.
Tambah Shima dia kecewa apabila ada pihak yang gemar mengecam terlebih dahulu sebelum melihat perkara itu sendiri.
“Bila Shima dapat tahu ada acara dan sambutan Israk dan Mikraj, saya sendiri yang berpenampilan sebegini. Tapi ramai pula sebelum tampil, mereka lebih memilih berkata-kata sebelum melihat. Sampai ada yang berkata saya tidak menghormati hari mulia ini.
“Padahal mereka belum melihat dulu penampilan yang akan Shima mempersembahkan di bulan yang mulia ini. Sempena Israk dan Mikraj ini Shima tahu menyesuaikan diri dalam majlis tanpa disuruh sesiapa,” luahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan Shima yang dilihat sopan terutama apabila menggayakan pakaian menutup aurat.
“Masya Allah cantiknya, suka tengok Shima pakai macam ini. Manusia memang suka lihat keburukan orang tanpa melihat terlebih dahulu.
“Kan cantik macam ini, tutup litup sopan dan sejuk mata memandang. Kalau boleh teruskan pakai macam ini.
Baby Shima akui tahu hormat hari penting umat Islam.
“Elok pun pakai macam ini tapi ayat itu biar ikhlas jangan nampak menyindir sangat,” antara komen netizen.
Sebelum ini, penampilan Baby Shima sering kali menjadi buah mulut netizen yang tidak senang melihatnya malah dia turut menerima pelbagai mesej dan gambar lucah disebabkan penampilannya itu.
Sumber: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: