“5 tahun bawak beban…” Baru saja heboh lafaz c3rai talak satu, Muat naik Hafidz Roshdi seolah menjawab sesuatu. - Menujukebenaran
Viral

“5 tahun bawak beban…” Baru saja heboh lafaz c3rai talak satu, Muat naik Hafidz Roshdi seolah menjawab sesuatu.

INDUSTRI hiburan kecoh apabila pelakon Hafidz Roshdi dilaporkan sudah melafazkan cerai terhadap isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri pada Rabu.

Adik kepada Shuhada yang mahu dikenali sebagai Sofia, 25, ketika dihubungi mStar mengesahkan lafaz cerai itu dibuat menerusi panggilan telefon di hadapan ahli keluarga.

Kata Sofia, keputusan untuk berpisah itu dicapai bersama antara kedua-dua belah pihak.

“Memang betul semalam (Rabu) Hafidz dah lafazkan cerai talak satu kepada kakak saya melalui telefon di hadapan semua ahli keluarga masing-masing.

“Hafidz berada di Shah Alam dan kami bersama Shuhada kini di Perlis.

“Atas persetujuan keluarga untuk berpisah. InsyaAllah Shuhada akan failkan cerai di mahkamah di Kuala Lumpur nanti. Kami sedang bercakap dengan peguam untuk tarikh perbicaraan sebab ia masih dalam proses,” katanya pada Khamis.

Sebelum itu, menerusi laporan sebuah portal berita, sumber memberitahu Hafidz sudah melafazkan cerai talak satu terhadap Shuhada di hadapan keluarga.

Shuhada dikatakan bakal memfailkan cerai di mahkamah di Kuala Lumpur pada 1 Mac iaitu pada hari lahirnya.

Usaha mStar bagi mendapatkan penjelasan Hafidz bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan dibuat tidak berjawab.

Buat ‘paid review’ produk kurus, netizen dakwa Hafidz Roshdi dah bagi ‘hint’ cerai

Sebentar tadi, kita dikejutkan dengan berita penceraian pelakon Hafidz Roshdi yang dikatakan sudah menjatuhkan talak satu terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri bersaksikan keluarga.

Posting ‘paid review’ cerai dari lemak Hafidz Roshdi

Susulan daripada itu, netizen telah ‘berpusu-pusu’ meninggalkan komen di posting terbaru Hafidz dengan mengatakan bahawa mereka hadir daripada Facebook.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah posting ‘paid review’ Hafidz berkaitan produk pelangsingan tubuh yang menjadi dambaaan kebanyakan wanita di luar sana terhadap penjagaan fizikal.

Menerusi hantaran tersebut, ‘copywriting’ di tulis di ruangan kapsyen tersebut menyatakan dia sudah lama menanggung beban dan akhirnya ‘bercerai’ juga daripada lemak.

Kapsyen mengundang betul!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati apabila Hafidz sanggup mengambil ‘paid review’ yang menggunakan ayat sensitif lebih-lebih lagi melibatkan ‘cerai’.

Mereka berpendapat, perkataam yang digunakan oleh aktor berusia 28 tahun itu agak keterlaluan memandangkan ketika itu sedang ‘hangat’ isunya berlaku cur4ng di belakang isteri.

Kira ‘hint’ ceraikan isteri lah kan?

Tidak kurang juga ada yang mengatakan posting berkenaan seakan memberi bayangan bahawa Hafidz tekad menceraikan isterinya setelah bertahun hidup bersama.

Betul ke dah ceraikan isteri?

Selain itu, ada juga meninggalkan soalan kepada Hafidz sama ada dia sudah menceraikan isterinya selepas mendapat tahu daripada media.

Terdahulu, portal melaporkan pelakon drama Tundukkan Playboy Itu menceraikan isterinya dengan talak satu dengan bersaksikan ahli keluarga.

Bukan itu sahaja, Nurul Shuhada dikatakan bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac ini yang juga jatuh pada hari kelahiran ibu kepada dua orang cahaya mata.

Sekadar info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.

Sumber: Instagram @hafidz.roshdi, Mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button