Syamsul Yusof Dalam Kesusahan Sekarang Bila Ibu Dia Sendiri Sanggup Jadi Saksi - Menujukebenaran
Semasa

Syamsul Yusof Dalam Kesusahan Sekarang Bila Ibu Dia Sendiri Sanggup Jadi Saksi

Susulan dakwaan nusyuz dan keluar rumah tanpa izin suami, pelakon Puteri Sarah mendedahkan mentuanya, Datin Patimah Ismail menawarkan diri menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangganya bersama Syamsul Yusof.

Menurut Sarah, Patimah menghubunginya bagi menawarkan kesudian memandangkan dia lebih tahu kemelut yang berlaku sepanjang tempoh krisis.

“Pagi tadi mak mentua saya (Patimah) WhatsApp hubungi saya untuk mencelah dan ingin menjadi saksi apabila berhadapan dengan orang ketiga dan Syamsul,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Ketika ditanya reaksi apabila keputusan permohonan perceraian yang ditunggu-tunggu tidak menjadi kenyataan, pelakon itu hanya ketawa.

“Happy birthday to me (Selamat hari jadi untuk saya). Itu sahaja yang boleh saya cakap,” selorohnya.

Menerusi prosiding hari ini, Syamsul enggan melepaskan isterinya, dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Sebelum itu Puteri Sarah mengemukakan bukti baharu yang mendakwa pernah dipukul suaminya itu sekitar 2020, namun tidak membuat laporan polis kerana ketika itu masih sayangkan Syamsul.

Syamsul Tak Nak Lafaz Talak, Puteri Sarah Kemuka Bukti Baru Dakwa Pernah Dipukul
“Saya tak mahu buka cerita mengenai kejadian itu. Akan tetapi Syamsul tidak mahu melepaskan saya.”

Demikian Puteri Sarah yang terpaksa mengemukan bukti baharu kepada mahkamah dengan mendakwa dirinya pernah dipukul suaminya, pengarah Syamsul Yusof.

Klik link di bawah untuk video

VIDEO

Menurut Puteri Sarah, 38, dia bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan polis selepas kejadian tersebut kerana ketika itu masih lagi wujud rasa cinta terhadap suaminya.

Sarah turut mendakwa, ibu mentuanya iaitu Datin Patimah Ismail yang menyelamatkannya dengan membawa dirinya keluar dari rumah.

“Masa itu tak buat (laporan) sebab sayang… bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Sebab saya tak mahu buka aib, malah tiada siapa yang tahu mengenak perkara itu.

“Yang selamatkan saya ketika itu ialah ibu mentua saya. Dia yang keluarkan saya daripada rumah pada tiga tahun lalu. Malah Syamsul pun tahu kenapa (keluar rumah),” katanya kepada MH.

Puteri Sarah ditemui ketika menghadiri sebutan pertama kes perceraian yang difailkan terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur pada Selasa.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata insiden dipukul itu merupakan salah satu fakta anak guamnya keluar dari rumah.

“Itu (dipukul) antara fakta mengapa Sarah membuat keputusan keluar rumah. Kami kemukakan fakta ini selepas Syamsul menuduh anak guam saya bertindak keluar dari rumah (nusyuz).

“Jadi pihak kami perlu memberikan penerangan kepada mahkamah apa yang sebenarnya berlaku. Selepas kejadian itu, beliau (Sarah) kembali semula ke rumah atas sebab jasa baik pihak keluarga mentua.

“Jadi, Syamsul memberi andaian dan gambaran bahawa anak guam saya yang keluar ke rumah tanpa izin. Itu tidak betul sebab anak guam saya ada asas,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusofdiperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Pada prosiding itu, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 38, diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, peguam syarie Roshdan Sujak.

Sebelum ini,  Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.

Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.

Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah.

Sumber: mediahiburan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Sumber : KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button