Baru Je Farid Kamil Tawarkan Kereta, barang kemas, hadiah Sampai RM319 Ribu, Akhirnya Diana Danielle Buat Keputusan Ini

Diana Danielle, 32, tidak mahu apa-apa daripada suaminya, Farid Kamil, 42, sekali gus menolak tawaran perdamaian yang dikemukakan Farid, hari ini.
Peguam Syarie yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, anak guamnya cuma mahu satu ‘amount’ yang berpatutan serta nafkah untuk dua anak mereka, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
” Anak guam tidak mahu apa-apa daripada Farid dan dia cuma minta dilepaskan secara baik.
” Cuma satu yang dia minta iaitu Farid tidak akan mengabaikan tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada dua anaknya selepas mereka bercerai,” katanya kepada Harian Metro.
Mengulas mengenai tawaran Farid itu, Akberdin berkata, Diana menolak kerana ia tawaran perdamaian untuk mereka kembali sebagai suami isteri.
” Anak guam saya mahu bercerai dan menganggap perkahwinan antara mereka sudah berakhir dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi.
” Terma penyelesaian muktamad ini bukan untuk mereka berbaik semula tetapi ke arah perceraian.
” Saya sebagai peguam Diana sudah sampaikan kepada peguam Farid semalam. Penyelesaian ini kita akan muktamadkan dan kemukakan di mahkamah kemudian,”katanya.

Terdahulu, Farid menawarkan beberapa tawaran kepada Diana Danielle bagi menyelamatkan rumah tangganya ketika hadir pada prosiding proses sulh yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, hari ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Farid menyenaraikan empat tawaran dengan jumlah keseluruhan RM319,700 iaitu sebuah kereta Toyota Vellfire berharga RM225,000; barangan kemas bernilai RM10,700; wang pendahuluan nafkah dari Mac hingga Jun 2023 sebanyak RM40,000, dan bayaran balik pakej umrah sebanyak RM44,000.
Pelakon Farid Kamil hari ini mengemukakan beberapa tawaran lumayan sebagai habuan buat Diana Danielle agar isterinya itu menarik semula permohonan cerai yang difailkan Mac lalu.
Perkara itu dinyatakan Farid melalui kenyataan yang dikongsikan kepada media hari ini.
“Saya Farid Kamil Zahari dengan setulus hati di bulan Ramadan, penuh barakah ini ingin menawarkan sebuah Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas (RM10,700), dan wang pendahuluan nafkah untuk Mac hingga Jun (RM40,000) kepada isteri saya sebagai usaha untuk menyelamatkan keluarga yang saya sayangi,” katanya.
Pelakon filem Anwar: The Untold Story itu hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi menjalani proses sulh yang bermula sekitar jam 11.40 pagi.
Bagaimanapun, Diana, 31, tidak hadir ke prosiding tersebut.
Farid juga menawarkan untuk mengganti semula kos perbelanjaan umrah yang ditanggung Diana sebelum ini berjumlah RM44,000 sebelum ini.
“Bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah telah bertukar menjadi hutang RM44,000.
“Justeru, saya berharap, dengan tawaran berjumlah keseluruhan sebanyak RM319,700 ini, mampu melembutkan hati isteri demi anak-anak kami,” katanya.
Pada 10 Mac lalu, pemilik nama penuh Diana Danielle Beeson itu memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari atas alasan mereka sudah tiada persefahaman, selain berlaku shiqaq (pergaduhan berpanjangan) antara mereka.
Namun, Farid, 41, enggan melafazkan cerai terhadap Diana.
Susulan itu, hakim syarie Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses jawatankuasa pendamai (JKP) dan menetapkan 30 Mei ini sebagai tarikh bagi memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporan berkaitan.
Farid dan Diana berkahwin pada 3 Nov 2012. Hasil perkongsian hidup pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Sumber:hmetro