[VIDEO] Sporting Betul! Yusof Haslam Sanggup Layan Kehendak ‘Intern’ Nak Buat House Tour

Pengarah terkenal Datuk Yusof Haslam tampil berkongsi keindahan rumah agamnya bagi memenuhi permintaan pelajar latihan industri yang bekerja di syarikatnya, Skop Production.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Yusof menerusi sebuah hantaran di TikTok, sebentar tadi.
Dalam video yang berdurasi lima minit lima saat itu, pengarah itu sempat menunjukan segala hasil tanaman dan haiwan ternakan yang dibela di rumah itu.
Selain itu, rumah agam itu juga turut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang pernah dipamerkan menerusi drama dan filem arahannya.
“Hello guys, hari ni ada budak-budak intern duk sibuk nak ikut saya tengok kebun saya, ayam, itik, kambing-kambing yang saya bela. Okay, let’s go!,” katanya.
Melihat sikapnya yang bersahaja, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan netizen di ruangan komen.

Melihat kehebatan dan kejayaan Yusof Haslam dah tentu semua pasti beliau kini merupakan seorang yang berstatus jutawan.
Namun begitu, jarang Yusof Haslam memperlihatkan hartanya terutamanya kediamannya.
Kali ini, Yusof Haslam ada buat sedikit kelainan apabila memuatnaik satu video menunjukkan sedikit kawasan rumahnya.
Dari video, Yusof Haslam membawa pekerjanya iaitu intern, untuk melihat sendiri di belakang rumahnya.
Kelihatan ada gelanggang badminton di belakang rumah Datuk Yusof Haslam.
“Tempat ini dulu saya bermain bersama anak saya, paling banyak dengan Syamsul, masa dia kecil dulu.”
Kemudian Yusof Haslam membawa pekerjanya itu melihat beberapa reban serta kandang haiwan miliknya.
Antaranya ialah reban ayam, angsa dan juga kambing.
“Dia ni memang bising, masa buat penggambaran sini dulu pun, memang dorang ni bising.”
Selain itu, Yusof Haslam juga mempunyai satu terrace di belakang rumahnya dengan pemandangan yang indah, berlatarbelakang hutan sert, bukit.
Jom layan videonya, dibawah ini, rumah Datuk Yusof Haslam.
Selain itu kami selitkan beberapa foto dan Impiana, sekitar rumah Datuk Yusof Haslam.
Memang cantik betul rumah Datuk Yusof Haslam ni, namanya ialah Darul Haslam, terletak di Taman Melawati.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: