“Datin sendiri cakap dengan saya.. Kalau Sarah nak kahwin lain… Dia” Baru sahaja Cerai.. Tak sangka ini kata2 Yusof Haslam kepada Puteri Sarah.. - Menujukebenaran
Viral

“Datin sendiri cakap dengan saya.. Kalau Sarah nak kahwin lain… Dia” Baru sahaja Cerai.. Tak sangka ini kata2 Yusof Haslam kepada Puteri Sarah..

YUSOF HASLAM HARAP PUTERI SARAH KECAPI BAHAGIA JIKA BERTEMU DENGAN LELAKI LAIN

“Saya tidak mempunyai masalah jika dia (Puteri Sarah) bertemu dengan lelaki lain. Jika ditakdirkan dia kembali semua (dengan Syamsul), Alhamdulillah. Tetapi, jika dia tidak kembali, dan bertemu dengan lelaki lain, saya berharap agar dia bertemu dengan seseorang yang boleh memberikannya kebahagiaan.Kita semua manusia dan manusia berhak untuk mengecap rasa bahagia.

“Lagipun, hubungan kami masih baik. Anak-anak dia adalah cucu saya,” kata pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam yang tidak melarang jika bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana bertemu dan menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki lain selepas pelakon itu bercerai dengan anaknya, Syamsul Yusof baru-baru ini.

 

Tambah Yusof, isterinya iaitu Datin Patimah Ismail juga memahami seandainya Puteri Sarah memiliki seseorang yang baharu dalam hidupnya.

“Datin Alhamdulillah tiada masalah. Datin sendiri cakap dengan saya, yang kalaulah dia (Sarah) berkahwin lain, biarlah dia cari kebahagian. Sebab isteri kata, dia sebagai
seorang perempuan faham dengan situasi yang berlaku,” jelasnya.

Sementara itu, Yusof turut berkongsi mengenai rahsia keunggulan rumah tangganya dengan Patimah yang kini mencecah angka 40 tahun, dimana katanya, apa yang penting adalah sifat memujuk yang perlu ada dalam diri seorang suami.

“Kalaulah isteri merajuk, kita kena tahu pujuk. Perkahwinan banyak cabaran, justeru, kita
sebagai iman dalam keluarga, kita kena pujuk isteri kita. Tak rugi kalau kita berdamai
dengan isteri.Syafiq pun begitu. Kalau isteri dia merajuk dia akan pujuk. Saya sendiri suka memujuk selepas melihat ayah saya memujuk emak saya ketika emak merajuk. Alhamdulillah, antara sebab kita kekal selama 40 tahun,” ujar Yusof.
.

Sumber: kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button