Wow 6 Selebriti Ini Dahulunya Gemuk Sekarang Dah Kurus !

Tipulah kalau cakap tak nak kurus bukan? Adalah impian setiap orang yang bergelar gemuk atau obesiti menginginkan bentuk badan yang ideal dan fit.

5 selebriti tempatan ini pernah melalui detik hitam apabila saiz fizikalnya menjadi bualan peminat. Namun setelah berazam mendapatkan bentuk badan yang diinginkan, mereka tampil membuat comeback yang menjadi inspirasi mereka di luar sana

1. Syanie

Masih ingat dengan adegan lakonan Syanietersekat di dalam longkang dan terpaksa diangkat menggunakan jentolak akibat saiz fizikalnya yang besar? Nekad untuk menguruskan badan, Syaniemenjalani rawatan gastric by pass (pemendekan usus).

Hasilnya beliau berjaya menguruskan sehingga 77 kilogram berat badan dan kini tampil lebih berkeyakinan dengan saiznya yang terkini.

2. Enot

Berjaya menghilangkan sehingga 29 kilogram berat badan adalah suatu kejayaan yang besar buat Enot. Berkongsi pengalaman mengamalkan sebuah produk, Enot terus memberi inspirasi untuk tampil lebih ramping berbanding sebelum ini.

3. Zulin Aziz

Tinggalkan nasi serta makanan dan minuman manis selama sebulan setengah berjaya menurunkan berat badan Zulin sebanyak 10 kilogram! Buat anda yang ingin kurus cepat mungkin boleh ikut tips dari Zulin

4. Mek Sayyidah

Dahulunya wajah beliau sentiasa menghiasi rancangan Salam Pantai Timur.

Dahulunya bersaiz besar dan berazam untuk kurus, penampilan Mek mengejutkan ramai pihak dan turut tular ketika itu.

5. Ieda Moin

Pernah mencatat berat sehingga 72 kilogram, Ieda Moin pelakon dan juga pelawak berjaya mengurangkan kepada 48 kilogram.

Semakin cantik!

Sebenarnya ramai lagi selebriti yang berjaya menguruskan badan seperti Aizat Amdan, Catriona Ross, Shaheizy Sam dan ramai lagi.Buat selebriti yang nampak berisi diberinya alasan mengandung walaupun tidak. Alahai..

Sumber:hangat.com

MH pasti ramai yang perasan dengan perubahan bentuk badan pengacara dan pelakon popular, Sherry Alhadad yang kini semakin kurus.

 

Malah penampilannya di malam Anugerah MeleTOP Era 2018 malam tadi juga turut mendapat perhatian peminatnya dan rata-rata memuji dirinya semakin kurus dan cantik.

Dalam pada itu, menurut laporan daripada Mstar Online, Sherry berkata dia mula mengubah gaya hidupnya selepas mendapat nasihat daripada doktor berhubung kesihatannya.

Pelakon ini berkata, doktor memberinya tempoh selama tiga tahun sahaja untuk menjaga kesihatannya jika tidak dia bakal berhadapan dengan risiko penyakit-penyakit berbahaya.

Selepas mengamalkan gaya hidup sihat, Sherry telah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 11 kilogram dalam masa tiga bulan.

“SEBELUM INI SAYA ADA BUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN DOKTOR SELALU CAKAP SAYA ADA TIGA TAHUN SAHAJA UNTUK JAGA KESIHATAN.

 

“BUKAN UNTUK MATI… TAPI UNTUK MENGELAK DARIPADA SEBARANG PENYAKIT. ALHAMDULILLAH, SAYA DAH BERJAYA MENURUNKAN BERAT BADAN SEBANYAK 11 KILOGRAM DALAM MASA TIGA BULAN,” KATANYA KEPADA MSTAR ONLINE.

Pelakon ini juga berkata, dia melakukan senaman dan menjaga pemakanannya untuk sihat dan cergas.

Sherry juga berhasrat untuk mengurangkan berat badannya di bawah 100 kilogram. Sebelum ini berat badannya adalah 119 kilogram dan selepas berjaya menurunkan 11 kilogram, berat terkininya adalah 108 kilogram.

MH doakan Sherry diberi kesihatan yang baik dan berjaya mendapatkan berat yang diingininya.

Sumber: Mstar Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *