5 Selebriti Yang Dahulunya Popular Kini ‘Menghilang’ Tanpa Berita

Nama-nama selebriti ini bukanlah asing dalam industri seni hiburan. Mereka pernah popular dan merangkul pelbagai anugerah bintang popular suatu ketika dahulu. Seperti kata pepatah, langit tak selalu cerah, mendung bukan selamanya.

Begitulah terjadi pada selebriti ini, di mana mereka menghilang senyap seribu bahasa. Masing-masing mempunyai alasan tersendiri sebab mereka meninggalkan dunia glamour ini.

1. Anita Sarawak

Kali terakhir Anita muncul membuat persembahan adalah ketika mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada April 2011.

Hanya dua hari sebelum berangkat, Anita yang lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Kak Nita menemui ahli keluarga untuk menyatakan hasratnya pulang ke Las Vegas.

Selepas itu, bayangan Anita tidak lagi menjelma malah kehilangannya menjadi tanda tanya kepada ramai.

Lebih menyedihkan, Anita tidak pulang untuk memberi penghormatan terakhir ketika ibu tirinya, Allahyarham Datin Umi Kalthum meninggal dunia dalam tidur pada Ramadan 2014.

Update

Dipetik dari BERITA HARIAN

Anita Sarawak sakit?

KUALA LUMPUR: Pelbagai spekulasi kedengaran sejak penghibur terkemuka, Anita Sarawak, 66, tiba-tiba menghilangkan diri dari dunia seni pada pertengahan 2011.

Diam tak diam, sudah hampir tujuh tahun Anita atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nita hilang daripada radar dunia hiburan.

Sejak tujuh tahun lalu jugalah macam-macam versi cerita tersebar, tetapi tiada siapa yang dapat mengesahkannya. Semua yang diperkatakan terus tinggal menjadi tanda-tanya.

Ada yang mengatakan Kak Nita masih tinggal di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat, dan ada juga sumber mendakwa penyanyi lagu Seksis serta Tragedi Buah Epal itu membina kediaman baharu dan menetap di Perancis, sejak beberapa tahun lalu.

Tahun lalu, heboh pula kisah mengatakan Kak Nita kembali menetap di Singapura, selepas seorang peminat terserempak dengannya di sebuah restoran makanan segera yang agak terpencil di Ang Mo Kio.

Peminat itu mendakwa, dia yakin wanita yang ditemui bersama seorang lelaki Mat Salih berambut hitam diyakini adalah suaminya, Mahathir Abdullah.

“Saya yakin wanita itu adalah Kak Nita apabila mendengar suara dan melihat bibirnya. Bagaimanapun, wajahnya cengkung dan rambutnya tidak diwarnakan lagi.

“Saya lihat Kak Nita amat berbeza kali ini. Raut wajahnya seperti orang sakit. Ketika memerhatikannya, dia sedang makan ubat.

“Saya duduk hanya jarak dua meja daripadanya. Saya percaya, itulah Kak Nita kerana saya duduk bertentang dengannya,” kata peminat itu kepada BH Online, tahun lalu.

Tahun lalu juga, misteri kehilangan Anita atau nama sebenarnya, Ithnaini Mohd Taib, sedikit terungkai apabila dokumen urusan jual beli kediaman yang didakwa miliknya tersebar di internet.

Kak Nita dan Mahathir dikatakan menjual kediaman di Spring Valley, Las Vegas, dengan harga kira-kira RM1.4 juta kepada pasangan, Roselinda Cohen dan Lawrence Cohen, pada 31 Julai tahun lalu.

Berdasarkan maklumat diperoleh, suaminya masih bekerja sekitar Las Vegas ketika itu. Siasatan pihak tertentu juga mendapati, pasangan itu membeli kediaman baharu dengan harga RM1.3 juta pada 4 Oktober tahun sama.

Kediamannya itu terletak kira-kira 22 minit dari Las Vegas Strip.

Penemuan itu secara tidak langsung dilihat memberi bayangan perkembangan Kak Nita yang selama ini dikatakan merajuk dan membawa diri. Ia juga menepis khabar angin yang mendakwa, Kak Nita dan suaminya sudah bercerai.

Bagaimanapun, khabar terbaru yang kedengaran, Kak Nita kini dikatakan mendapatkan rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Khabarnya, ada artis lama yang rapat dengannya sudah menziarahinya, tetapi tidak diizinkan membuka mulut atas permintaan penghibur itu sendiri. Dengarnya, wajah Kak Nita sudah jauh berbeza hingga peminat tidak lagi mengenalinya.

Terlalu banyak cerita yang tidak pasti diperkatakan, sampaikan tidak tahu mana yang betul dan mana pula yang salah. Mungkin ada benarnya Kak Nita kurang sihat berdasarkan cerita peminat yang menemuinya itu. Apa juga alasan dirinya memilih pusat rawatan di ibu kota, hanya dia yang tahu.

Apapun, jika benar Kak Nita ditimpa ujian berdepan penyakit kanser, doakan yang terbaik buat superstar kesayangan ramai yang baik budi pekerti ini. Berkat doa peminat pada Ramadan, semoga Kak Nita beroleh kesembuhan.

2. Waheeda

Penyanyi dan pelakon terkenal Waheeda yang pernah popular dengan lagu wassini dan berlakon dalam filem anak mami dan jutawan fakir antara selebriti yang lama menghilang.

Selepas berkahwin, Waheeda yang juga merupakan isteri kepada pendakwah selebriti terkenal Ustaz Akhil Hayy, menumpukan sepenuh masa bersama keluarga.

3. Juliana Banos

Juliana Banos merupakan seorang penyanyi dan pelakon di bawah label KRU pada suatu ketika dahulu. Dahulu lagu yang dinyanyikan oleh beliau mendapat tempat di hati peminat dan menjadi siulan remaja ketika itu.

Walaubagaimanapun, bintang yang tengah bersinar menjadi suram selepas dia berhenti menyanyi setelah berkahwin dengan suaminya Mokhtar Ahmad 12 tahun yang lalu. Bapa Mokhtar Ahmad, Datuk Ahmad Kemin merupakan pengasas Mutiara Motors. Kini suami Juliana merupakan pengarah urusannya.

4. Nasha Aziz

Suatu ketika dahulu, nama Nasha Aziz, cukup menjadi perhatian ramai. Apatah lagi bekas model tinggi lampai ini mempunyai raut wajah yang cukup cantik.

Justeru tidak hairanlah apabila Nasha berdiri sama tinggi dengan beberapa selebriti cantik lain seperti Erra Fazira, Umie Aida dan ramai lagi ketika zaman kegemilangannya. Namun kini, Nasha seolah-olah tidak begitu aktif dengan dunia glamour dan mengambil langkah menjauhkan diri dari media tempatan dan peminatnya.

Dia pernah mengakui masih belum sedia untuk ‘bersara’ sepenuhnya dari dunia lakonan tetapi dia sibuk menguruskan perniagaan membabitkan bidang kecantikan, fesyen dan korporat.

5. Hairie Othman

Pelakon Hairie Othman menamatkan kerjaya lakonannya selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas. Beliau kini memandu GrabCar selepas hampir lima tahun tidak menerima tawaran berlakon.

Hairie, 45, berkata memandu GrabCar menjadi pendapatan sampingan selepas kerjaya seninya “digam” kerana berada di pentas politik.

Pasti ramai orang di luar sana yang merindui untuk artis-artis ini untuk kembali menyinari dunia lakonan dan nyanyian..

Sumber:hangat.com

Inilah Yang Dilakukan Hairie Othman Selepas 7 Tahun Menyepi Dalam Bidang Lakonan!

Pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman sudah 5 tahun menyepi dalam industri lakonan berikutan dirinya pernah terbabit dalam dunia politik suatu ketika dahulu sehingga tidak lagi mendapat tawaran berlakon oleh pihak produksi.

Jelas Hairie, walaupun dia sudah mengumumkan dirinya tidak lagi terlibat dalam mana-mana parti politik menerusi status Facebook, namun masih ramai yang meragui dan tidak yakin untuk mengambilnya berlakon.

Namun, untuk meneruskan kehidupan, Haire terpaksa mencari pekerjaan lain dan memilih untuk menjadi pemandu Grab car. Sejurus gambarnya viral di media sosial selepas seorang penumpang menyedari statusnya sebagai artis , ramai wartawan menghubunginya untuk mengetahui perkembagan terbaru.

Jelas Hairie, dia akui rindu untuk kembali berlakon namun masih tiada rezeki disitu.

“ Saya pernah mengubungi pengarah drama yang saya kenal untuk mengambil saya berlakon tetapi nama saya pernah ditolak 3 kali”

“ Saya harus melakukan apa-apa pekerjaan sekalipun asalkan ia halal”

Hairie jelas sedih dengan nasib yang menimpanya namun terpaksa kuatkan diri untuk menanggung isteri dan 3 orang anaknya agar tidak hidup melarat.

Gambar terbaru Hairie

Sumber:instagram Hairie Othman

Sumber : Mike Manicka

Penumpang Grab Car Teruja Selepas Menyedari Hairie Othman Pemandunya!

Penumpang Grab Car Teruja Selepas Menyedari Hairie Othman Pemandunya!

Seorang penumpang Grab Car, teruja apabila menyedari pemandu pengangkutan awam tersebut merupakan pelakon popular 90an, Hairie Othman.Menerusi laman sosial Facebook, lelaki yang menggunakan nama Mike Manicka itu sempat bertanya kepada Hairie samada dia seorang pelakon.Tulisnya lagi, Hairie hanya tersenyum dan menjawab “Ya”.“Pada mulanya saya tidak perasan yang pemandu Grab Car itu adalah pelakon Hairie Othman, namun mula menyedarinya ketika saya hampir tiba di destinasi saya.“Itupun selepas saya memandang ke arahnya dan terdetik di hati saya yang wajahnya seperti pernah saya lihat. Dan selepas itu barulah saya beranikan diri bertanya samada dia seorang pelakon.“Saya teruja kerana, seorang pelakon hebat seperti Hairie sangat merendah diri dan mesra serta tidak sombong,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.Kali terakhir Hairie Othman, 45, muncul di kaca televisyen ialah pada Jun 2012 menerusi drama lakonannya berjudul Waris.Selepas meninggalkan dunia lakonan lima tahun lalu, teraju utama filem Leftenan Adnan ini lebih aktif menghadiri majlis-majlis agama dan kadang-kala dijemput sebagai penceramah motivasi.Hairie juga dilaporkan sempat mengembara ke India selama empat tahun untuk mempelajari ilmu agama.

Artikel berkaitan

Hairie Othman belajar ilmu agama sampai ke India

KUALA LUMPUR: Lima tahun tidak aktif berlakon, Hairie Othman, 45, menggunakan tempoh berkenaan untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta.

Malah, bintang Leftenan Adnan itu juga sempat mengembara ke India selama empat tahun untuk mempelajari ilmu agama.

Sebelum ini, pelakon yang mula dikenali menerusi filem Kad Cinta itu turut aktif bersama sebuah parti politik.

 

“Ketika itu, saya belajar bersusah-payah demi agama. Dalam hidup ini, kalau kita mahukan sesuatu, kita perlu berusaha dan bersusah-payah untuk mendapatkannya. Kesenangan takkan datang tanpa kita berusaha.

“Sesuatu yang saya belajar ketika mendekatkan diri dengan hal kebaikan ialah kita tak perlu menghukum atau menghakimi orang. Usaha berdakwah ini lebih kepada mengajak orang kepada kebaikan. Kita bukan badan kehakiman yang menentukan sesuatu perkara.

“Saat ini juga, dalam sebulan saya memperuntukkan sekurang-kurangnya tiga hari untuk ke jalan Allah,” katanya dalam pertemuan bersama BH Online baru-baru ini.

Ketika beliau cuba mengimbangi antara duniawi dan ukhrawi, Hairie turut menyatakan keinginannya untuk kembali berlakon.

Selepas mencuba pelbagai pekerjaan, jiwanya masih dekat dengan lakonan yang diceburi sejak hampir dua dekad. Waris terbitan Filmscape Sdn Bhd menjadi drama terakhir lakonannya yang menemui khalayak, iaitu menerusi TV3 pada Jun 2012.

“Saya memang ingin kembali berlakon dan semestinya saya berasakan kerinduan untuk berbuat demikian,” katanya yang kini bahagia dengan perkahwinan keduanya, yang sudah hampir lima tahun usianya.

Menerusi perkahwinan pertama, Hairie dianugerahkan tiga cahaya mata iaitu Dini Marinie, El Farish Kamil dan El Harith Kami

Sumber : Moh Sembang

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *