6 Selebriti Ini Pernah Dibelenggu Kes Hutang. Ada Sampai Jutaan Ringgit

Siapa kata menjadi artis selalu dimandikan dengan wang tunai. Tak semua artis mampu memiliki banyak harta. Ada kalanya mereka juga memiliki hutang seperti kebanyakan orang.

Berikut beberapa artis yang sempat diberitakan memiliki hutang hingga ratusan ribu, malah ada juga mencecah jutaan ringgit seperti yang dirangkumkan oleh Hangat.com.

Tak Bayar Pinjaman Kereta, Wati EliteBerhutang RM 112k

Gagal membayar pinjaman bank untuk ansuran kenderaan jenis Toyota Wish yang menggunakan nama Hana Elite sehingga mengakibatkan Hana diisytiharkan muflis, pelakon Watie Sadalibagaimanapun  tidak membayar hutangnya yang berjumlah RM 112,000 kepada Hana.

Hana diisytiharkan muflis pada 1 April 2013 dan tidak boleh ke luar negara gara-gara Watie gagal membayar bukan sahaja ansuran bulanan malah cukai jalan serta insurans sejak September 2010.

Isu ini memaksa Hana mengheret Wati ke Mahkamah demi mendapt pengadilan. Walaubagaimanapun, Watie mengakui di Mahkamah Sesyen Selayang, hanya mampu membayar RM2,500 sebulan sebagai penyelesaian bayaran tuntutan ganti rugi rakan sekumpulannya, Hana.

Ditipu Kawan, Fizo Omar Dibebani Hutang RM 8 juta

Tiada siapa menyangka dalam mengecapi nikmat hidup sebagai artis dan ahli perniagaan, Fizo Omar terpaksa berhadapan dengan mimpi paling ngeri apabila dibebani hutang RM8 juta.

Apa yang lebih menyakitkan hati, pinjaman itu tidak pernah dilakukan tetapi semua berpunca gara-gara dia terlalu mempercayai rakan kongsinya sehingga tanpa sedar menjadi mangsa penipuan. Difahamkan kes RM8 juta itu kini masih lagi dalam siasatan.

Menceritakan lebih lanjut tentang masalah tersebut, Fizo berkata, dia telah diajak menjadi rakan kongsi sebuah syarikat percetakan di ibu negara oleh seorang kenalan pada tahun 2008.

Hutang Tak Bayar, Shahir AF Masih Berdiam Diri

Penyanyi yang dilahirkan dari program realiti Akademi Fantasia, Shahir AF dikatakan berhutang dengan Raudhatul Ain Rosni dan didakwa tak membayar hutang seperti yang dijanjikan.

Luahan wanita dikenali sebagai Ain itu menarik perhatian ramai kerana tertanya-tanya apakah hubungan mereka berdua serta berapakah jumlah yang dihutang oleh penyanyi tersebut. Malah, Ain turut memuatnaik gambar perbualan Whatsapp bersama Shahir bagi mendapatkan penjelasan daripada artis tersebut namun dikatakan sehingga kini masih tiada penjelasan yang diberi.

Sehingga kini Shahir belum memberi penjelasan kepada orang ramai malah timbul pelbagai spekulasi mengenai isu ini.

Shaheizy Sam Tak Sedar Dah Muflis

Kegagalan melunaskan tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM300,000 menyebabkan Shaheizy Sam dikenakan notis muflis oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor tahun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, sumber memberitahu Shaheizy atau Sam gagal menjelaskan tunggakan tersebut walaupun beberapa notis diberikan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pihak LHDN turut mengeluarkan beberapa surat tuntutan cukai termasuk arahan untuk hadir ke mahkamah kepada Sam, namun tiada maklum balas daripada aktor tersebut.

Bagaimanapun Sam yang telah menyerahkan perkara ini kepada agennya berharap agar ia dapat diselesaikan dengan segera.

Dikhianati ! Amy Search Berhutang Sebanyak RM 200k

Vokalis kumpulan Search, Amy Search dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009.

Menerusi laporan sebuah blog hiburan, satu salinan surat pengisytiharan muflis yang tertulis nama penuh Amy iaitu Suhaimi A Rahman, bersama nombor kad pengenalannya.

Amy mengakui yang dirinya muflis kerana perbuatan khianat kawan sendiri. Dikhabarkan  ianya telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan beliau diisytihar sebagai muflis.

Syarikat terbabit mendakwa Amy berjanji ingin membayarnya. Malah penyanyi itu dikatakan telah memberi 3 cek, tetapi malangnya ia adalah cek tendang. Baki perkhidmatan yang didakwa belum dibayar sehingga kini adalah kira-kira RM200,000.

Datuk Seri Vida Berhutang Dengan LHDN RM 4.6 Juta

Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh  untuk menyelesaikan bayaran cukai pendapatan individu bagi tempoh lima tahun yang dituntut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjumlah lebih RM4.6 juta.

LHDN sebelum ini ada mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Vida, namun beliau gagal mematuhi perbincangan berkenaan menyebabkan tuntutan dibuat di mahkamah.

Menurutnya, kes tuntutan itu akan berjalan pada 21 Mei ini sekiranya pihak Datuk Seri Vida gagal mengadakan perbincangan dan menyelesaikan tuntutan cukai pendapatan individu itu dalam tempoh ditetapkan.

Sumber Mynewshub, Raudhatul Ain Rosni, Says, Harian Metro

Sumber:hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *